Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Thursday, February 09, 2006

Bisikan Kasih- Norhayati Abd Malek


My Book Information :

Judul : Bisikan Kasih
Penulis : Norhayati Abd Malek
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-575-1
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 361
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 18.90
Kod : NML0023NOAM001LR

My Rate : ***3/4

Synopsis From Back Cover :

Memang aku tidak ingin mengenangnya. Menjadi miliknya apa lagi, setelah seluruh bahagiaku dimusnahkan, diceroboh dengan cara yang paling kejam. Kini masih adakah yang dinamakan cinta? Masih adakah yang dinamakan sayang? Selain benci dan dendam. Selain sakit hati dan amarah yang tidak akan kunjung padam. Apa lagi yang tinggal? Kalau ada rindu yang datang sekalipun, pastiku campak jauh-jauh, atau kubenam ke dasar lautan yang paling dalam. Usah kau pura-pura tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Usah kau palitkan lagi diriku dengan sisa-sisa kasihmu... kerana mata hatiku telah buta dengan cinta. Telah tuli dengan bisikan-bisikan asmara. Namun hari ini mengapa tiba-tiba hatiku berlainan rasa. Benih kebencian yang kutanamkan rupa-rupanya berbungakan cinta. Dan menyayangimu aku kian dihambat malu dan keliru....

My Review :

Penulis ini saya kira seorang penulis baru tetapi gaya bahasanya sudah menunjukkan kematangan-bersahaja.Saya benar-benar menghayati watak Fatihah-watak utama dalam novel ini. Pergolakan yang berlaku di mana dia terpaksa memilih beberapa kawan lelaki untuk menjadi teman istimewa menjadikan cerita ini benar-benar menarik. Pembangunan watak dalam novel ini sungguh baik menjadikan pembacaan tidak menjemukan.
Olahan plot yang sebenarnya akan menjadi biasa jika ditangan penulis baru lain, menjadi sebegitu menarik ditangan penulis ini. Plot cerita ini sebenarnya telah diguna pakai berulang kali dalam novel--novel lain dan yang membezakan ialah gaya bahasa dan pembangunan watak yang baik di tangan penulis ini. Novel ini juga harus dimiliki bagi peminat novel.

Rahsia Mimpi- Zaifuzaman Ahmad


My Book Information :

Judul : Rahsia Mimpi
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 967-86-0259-8
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Misteri / Romantik
Mukasurat : 415
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 17.00
Kod : NML0023ZAAH001LMR

My Rate : ***

Synopsis From back Cover :

Antara alam realiti dan fantasi, Amri menjadi keliru. Keliru kerana mimpi misteri yang dialaminya dan keliru dengan kehadiran perempuan yang berambut panjang, berwajah pucat, tiada bola mata hitam dan di pergelangan tangannya terdapat lelehan darah yang pekat pada setiap malam.
Sejak membeli tilam terpakai di sebuah kedai perabot, Amri sering bermimpikan Amran, Ariana, Encik Firdaus dan Puan Rohaya. Tanpa diduga mimpi demi mimpi yang dialaminya itu telah mengungkapkan satu cerita percintaan antara Amran dan Ariana. Percintaan yang ikhlas yang lahir daripada hati dua insan ini mendapat tentangan daripada Puan Rohaya.
Setiap kali ingin melelapkan mata atau terjaga daripada lena, Amri diganggu oleh lembaga perempuan yang amat menakutkan. Amri menjadi separuh gila dengan kehadiran lembaga yang tidak diundang yang sering muncul dari dalam tilam. Dihalau ia tetap datang. Yang menghairankan mengapa dia yang sering diganggu, mengapa tidak isterinya. Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Amri? Apakah kaitannya antara mimpi dengan kehadiran lembaga perempuan itu?
Mimpi misteri yang mengendong perjalanan percintaan Amran dengan Ariana telah membuka ruang kepada Amri untuk mengetahui rahsia di sebalik tilam yang mengalas tubuh Amri dan isterinya pada setiap malam.
Siapa sebenarnya lembaga perempuan yang menakutkan itu? Mengapa Amri yang menjadi mangsanya? RAHSIA MIMPI yang penuh saspens dan mendebarkan akan membongkar segala-galanya.

My Review :

Plot dan premis cerita ini sungguh menarik. Benar-benar boleh menjadi hit jika olahan penulis ini menjadi. Namun hakikatnya, penulis ini tidak dapat mewujudkan satu rasa yang umpph dalam diri saya ketika membaca novel ini. Idea yang menarik ini seolah-olah 'membazir'. Penulis sepatutnya mengembangkan lagi plot cerita ini.
Saya benar-benar menyukai idea penulis ini di mana watak utama Amri diganggu hantu perempuan setelah membeli tilam baru-rahsia dan misteri hantu perempuan itu diketahui oleh Amri melalui mimpi. Rantaian mimpi-mimpi itu, sepatutnya dapat membantu Amri dalam menyelesaikan kehadiran hantu perempuan.Menarik bukan?
Tetapi idea yang sebegitu menarik menjadi seakan hambar di tangan penulis ini. Terlalu banyak 'repetitive scenario'- penceritaan pergolakan Ariana dan Amran sebenarnya boleh diolah lagi untuk menjadi lebih menarik, malah ketika saya membaca novel ini, saya sudah 'mencipta' jalan cerita saya sendiri dan saya expect penulis ini dapat membenarkan jalan cerita ciptaan saya ataupun membuat kejutan untuk saya dengan menjadikan cerita itu LEBIH menarik dari jalan cerita ciptaan saya.
Saya berharap penulis ini dapat mengolah ideanya(ideanya yang kreatif dan menarik) supaya menjadi lebih hebat.

Semarak- Lamia Aimal


My Book Information :

Judul : Semarak
Penulis : Lamia Aimal
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-412-7
Edisi : 2001
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 492
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 25.90
Kod : NML0022LAAI001LR

My Rate : ***3/4

Synopsis From Back Cover :

Peritnya mendidik anak bangsa menjadi manusia, perit lagi menahan sakit bila amanah dikhianati manusia-manusia hipokrit. Berbekalkan semangat yang bukan sedikit, diri seringnya dicabar dan tercabar. Lalu tertewaskah dia dengan prinsip sendiri dan menerima salam sayang walau penuh keraguan?

My Review :

Penulis ini memang telah lama saya minati, karya-karyanya terbitan CESB semuanya ada dalam koleksi saya. Saya menyenangi cara penulisan penulis ini. Dengan gaya bahasa yang simple dan sederhana membuatkan pembacaan menjadi laju. Plot cerita ini sebenarnya menarik cuma saya selalu berharap bahawa jika ketebalan buku melebihi 400, cerita itu mesti ada klimaks. Tetapi buku ini agak mendatar- tiada klimaks, namun begitu saya meneruskan pembacaan saya kerana gaya bahasa nya menarik. Tarikan bukan kerana klimaks tetapi gaya bahasa.
Penulis ini memang cukup bagus dalam pembangunan watak-watak. Buku ini juga tidak terkecuali-pembangunan watak yang cukup baik. Buku ini juga dapat mengubati kerinduan saya terhadap penulis ini. Sesiapa yang mengingini buku yang baik gaya bahasa dan penceritaan-buku ini harus dimiliki.

Air Mata Kasih- Norhayati Berahim


My Book Information :

Judul : Air Mata Kasih
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-107-x
Edisi : 2004
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 387
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 15.00
Kod : NML0021NOBE003LR

My Rate : ***1/2

Synopsis From back Cover :

Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakhrulradzi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.
Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!
Tuhan menurunkan 'petunjuk bila Fakhrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holding milik Fakhrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun usahanya itu tidak berpanjangan bila fakhrulrazi kembali.
Di manakah Farah Diba selepas ini? Adakah dendam itu menjadi hitam? Hanya lelaki itu dapat menjawab persoalan ini!

My Review :

Saya menyukai karya ini-seperti biasa penulis ini memang mempunyai gaya penulisan yang bagus-kemas, teratur-yang paling saya suka tentang penulis ini ialah ayat dialog nya terasa ‘logik’. Kerana penulis ini menggunakan percakapan harian dan kedengaran-sesuai dengan setiap percakapan watak-watak. Contoh watak ibu-ibu- ayat dialognya diolah sebegitu cara-seperti ibu-ibu lain yang pernah kita jumpa di dunia nyata.
Cuma watak Daniel agak menyemputkan saya. Lelaki yang mempunya sikap seperti Daniel yang ‘gila boyo’ tidak dapat memenuhi kehendak ‘imaginasi’ kebanyakkan pembaca wanita. Lemas rasanya saya dengan kelakuan watak ini.- Cerita ini cerita yang baik, namun begitu saya percaya ini bukanlah karya terbaik dari penulis ini.

Buku adalah dunia saya

Masa yang saya ada tidak sama dengan keinginan saya untuk menulis review di blog saya. Sebenarnya sudah banyak buku yang telah saya baca cuma masih tidak ada masa yang lapang untuk menulis semua buku-buku yang telah saya baca. Saya antara pembaca yang boleh membaca dua buku dalam satu masa. Jadi kadar membaca saya lebih cepat dari kadar penulisan review di blog ini. Sesetengah orang amat gemar membaca sesebuah novel itu berulang kali-saya pula, tidak menyukainya kerana ada dua sebab, pertama, sudah tahu jalan cerita, kedua, dengan terlalu banyak buku yang perlu dibaca dalam koleksi saya, tidak mungkin saya membaca sesebuah novel itu dua kali.

Matlamat saya ialah menulis kesemua review untuk novel Melayu saya. Dalam simpanan saya, saya ada 200 lebih novel Melayu. 1500 lebih novel Inggeris. dan lebih kurang 100 buku-buku berbentuk ilmiah dan bacaan berat. Itu tidak termasuk komik dan majalah yang tidak terkira.

Ini adalah hobi saya, walaupun saya 'bodoh' dalam menjadikan blog saya ini menarik tetapi semangat ingin berkongsi pendapat tentang buku membuatkan saya berusaha untuk menulis di blog ini.

Secara peribadi, saya jenis pembaca yang jika meminati seseorang penulis, saya akan dapatkan kesemua karya-karya penulis tersebut.inilah kegilaan saya-mencari,menggeledah setiap kedai-kedai buku(besar atau kecil) yang termampu kaki saya melangkah masuk dan sumber kewangan membenarkan. Sampaikan kawan saya berseloroh dengan saya - " Nanti jika ko kahwin suruhlah bakal tunang ko bagi hantaran buku. Kalau 7 hantaran, tujuh-tujuh sekali suruh dia hantar buku". Lambakan buku terus-terusan berlaku dalam rak-rak di rumah saya.


Saya akan menulis tentang pengalaman saya masuk dalam 'jerat percintaan' membaca buku di waktu lapang saya yang lain.

Saya hanyalah pembaca dan penilai buku sama seperti pembaca dan penilai buku yang lain. Bezanya mungkin citarasa, gaya persembahan, suka atau tidak suka terhadap sesebuah buku.

cheerio

Janganlah Kau Bermimpi- Fazurreeny Marhanif

My Book Information :

Judul : Janganlah Kau Bermimpi
Penulis : Fazurreeny Marhanif
Penerbit : Kreatis Medialoka Sdn Bhd
ISBN : 983-2984-05-X
Edisi : 2005
Tema : Romantik
Mukasurat : 244
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 15.00
Kod : NML0020FAMA002R

My Rate : **1/2

Synosis From Back Cover :

Hampir setiap malam, Melinda dibuai mimpi-mimpi bersiri yang membentuk sebuah kisah cinta yang luar biasa. Menerusi mimpi-mimpi yang sama ini, Melinda diketemukan dengan seorang jejaka tampan lagi bermisteri.
Debaran Melinda mencapai kemuncaknya apabila dia terserempak dengan lelaki yang sama itu dalam hidupnya. Demi sebuah kebenaran, Melinda menggagahkan diri untuk berkenalan. Cinta mula berbunga, tanpa Melinda sedari bahawa percintaannya tidak seindah seperti apa yang diimpikan...

My Review :

Ini adalah buku kedua yang saya baca dari penulis ini. Dari pengamatan saya setelah membaca dua bukunya, target penulis ini mungkin ialah remaja perempuan. Nada dan gaya bahasa memang keremajaan. Namun begitu penulisannya 'licin'. Bahasa yang sempoi ini sememangnya tidak sesuai untuk pembaca yang meminati novel 'dewasa'. Saya membeli buku ini kerana benar-benar tertarik dengan sinopsis di belakang buku. Penceritaan tentang Melinda yang tidak cantik dan masih tidak mempunyai teman lelaki sentiasa bermimpikan seorang pemuda misteri-pemuda misteri dalam mimpinya ditemui di alam realiti. Konflik berlaku bila rakan baik Melinda, Shasha turut menyukai lelaki tersebut. Pembangunan watak yang biasa-biasa sahaja saya kira cukuplah untuk pembacaan peringkat remaja.

Nur Penyuluh Hidayah- Tarikuddin Haji Hassan


My Book Information :

Judul : Nur Penyuluh Hidayah
Penulis : Tarikuddin Haji Hassan
Penerbit : Rhythm Distributor Sdn Bhd
ISBN : 983-187-393-9
Edisi : 2004
Tema : Kehidupan / Misteri / Romantik
Mukasurat : 303
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 9.90
Kod : NML0019TAHA001LMR

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Akibat dendam kehidupan tergugat jua. Akob merupakan watak utama dalam cerita ini. Satu demi satu perbuatan khianat dilakukannya terhadap keluarga Pak Kar Kudung sehingga sanggup menipu, memperkosa dan membunuh. Sebuah kisah di perkampungan yang penuh dengan tragedi. Namun ‘Nur Penyuluh Hidayah’ terpancar jua ke sanubari Akob. Berjayakah ‘Nur’ itu mengubah sikapnya? Sebuah cerita yang sungguh mendebarkan!

My Review :

Saya belum pernah membaca karya dari penulis ini. Dan Novel ini adalah karya pertama penulis ini yang saya baca. Saya menyukainya-jika penulis ini ialah penulis baru, gaya bahasa dan olahan nya mampu menambah minat saya untuk mencari karyanya yang lain. Watak-watak dalam novel ini dibangunkan sedemikian rupa mampu menarik keinginan saya untuk tahu sehingga ke penghujung cerita. Gaya bahasa dan olahan cerita yang kemas membuatkan pembacaan saya laju.
Cerita ini satu lagi kisah kehidupan yang disulam dengan misteri yang terkawal. Dan bonus dalam novel ini ialah kesudahan yang menginsafkan-ie dengan cara pendekatan rohaniah(agama) menjadikan novel ini sesuai untuk dimiliki dan dibaca oleh semua lapisan umur.

Teguh- Norhayati Berahim


My Book Information :

Judul : Teguh
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-288-4
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 216
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 12.90
Kod : NML0018NOBE002LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

Setelah kecewa cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukan-lah menjadi idamannya kini tetapi apakah Nina akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti?

My Review :

Ini adalah antara karya awal dari penulis ini. Membaca buku ini, saya sudah tahu novel ini dari penulis novice. Jika dibandingkan dengan karya-karya terbaru penulis ini, novel Teguh jauh kelihatan amateurish. Walaupun begitu, seperti biasa, penulis ini masih mengekalkan watak wanita berkejaya(saya menyukainya kerana rata-rata wanita memang berkerjaya). Walaupun ini karya awal penulis ini, tetapi saya dapat mengesan gaya penulisan yang kemas-‘trademark’ penulis ini. Cuma satu sahaja yang kurang-pembangunan watak yang tak begitu meyakinkan.
Dengan ketebalan 216 mukasurat- penulis tidak sepatutnya mewujudkan terlalu banyak watak. Sehinggakan saya keliru yang mana satu Kamarudin, yang mana satu Johari Aman, yang mana satu Kamal yang mana satu Rajesh yang mana satu Suresh-saya tak dapat bezakah antara Anisah dan Azimah-kerana watak-watak ini seperti ‘dua dimensi’-tidak lekat di hati pembaca-kerana tidak dibangunkan.Walaupun beberapa subplot diwujudkan-subplot itu seolah-olah ditamatkan ‘too abrupt’.Mungkin dengan mukasurat 216 penulis tidak dapat menganyam subplot supaya kelihatan menyakinkan dan tidak ‘too abrupt’. Watak Fikri- yang terlalu ‘miang’ dan mendesak agak menjengkelkan.Memang ada lelaki begitu-saya tidak nafikan. Peminat penulis ini pasti ingin mendapatkan buku ini.

Pei Pan- Ramlee Awang Murshid


My Book Information :

Judul : Pei Pan
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN : 967-61-1298-4-1
Edisi : 2003
Tema : Kehidupan / Misteri
Mukasurat : 443
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 25.00
Kod : NML0017RAM003LR

My Rate : ****

Synopsis From Back Cover :

Menceritakan tentang dunia korporat yang penuh dengan warna kehidupan. Perasaan nafsu tamak, hasad dengki, kepercayaan, perjuangan, persaingan, pembunuhan dan pelbagai kisah yang berlaku dalam dunia korporat ditonjolkan. Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan. Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan. Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntum.

My Review :

Seperti komen saya tentang karya-karya lain dari penulis ini, karya ini juga masih lagi seperti biasa-kemas,pembangunan watak yang baik yang penting masih mengekalkan genre thriller dan misteri. Karya ini menyorot tentang liku-liku pergolakan dalam dunia korporat- bagaimana watak Dato Karim menangani perubahan status korporatnya kepada status 'orang biasa'. Dan seperti biasa juga, subplot-subplot yang cuba dibangunkan oleh penulis ini bergerak selari dengan plot utama. Selepas membaca banyak buku tentang 'scene' di mahkamah- pada mulanya saya berpendapat, betapa penulis ini cuba 'memudahkan' perjalanan 'scene' di mahkamah- ie menerusi watak peguam bela(seolah-olah peguam bela tidak membuat kajian,research yang cukup untuk membela orang yang dituduh)-di pengakhiran cerita semuanya terungkai-penulis membuat 'scene' di mahkamah sebegitu kerana bersebab.
‘Scene’ ketika Datuk Chew dan Julie dibunuh-dan pembunuh menulis sesuatu menggunakan darah(darah siapa? Datuk Chew atau Julie?)-seolah-olah pembunuh mahu mengalihkan kes bunuh itu kepada kes bunuh diri- ‘scene’ ini pada pendapat saya tidak digarap dengan begitu menyakinkan saya-dengan adanya ujian DNA-polis tidak seharusnya menutup kes ini sebagai kes bunuh diri-it is very obvious-dgn hanya mekaji darah siapakah itu-straight away boleh diketahui sama ada kes itu kes bunuh atau kes bunuh diri-teknikal aspek tidak ditangani dengan baik dalam ‘kes’ ini oleh penulis.
Satu yang pasti-penulis ini sungguh berbeza dengan kebanyakkan penulis lain di mana-aspek relationship antara watak tidak hanya kasih saying lelaki perempuan-tapi relationship yang lebih luas-kasih sayang anak-ibu bapa, kawan kepada kawan, pegawai kepada majikan-this kind of relationship sentiasa dikupas dan digarap dengan baik oleh penulis ini-saya turut bersimpati dan terharu di atas setiap replationship itu.
Penulis ini tidak memerlukan gimik hubungan lelaki perempuan(cinta) untuk menarik minat dan simpati pembaca. Ini tidak bermaksud relationship lelaki-perempuan(cinta) itu tidak wajar ditonjolkan.cth:Apa kesudahan watak Halimah?Cuma saya menerangkan trademark penulis ini sahaja. Jika membaca karya penulis ini- pembaca boleh saja expect plot yang lain dari yang lain. Kepada peminat genre misteri dan thriller,seperti saya, novel ini pasti saja akan menambat hati.