Rahsia Mimpi- Zaifuzaman Ahmad
My Book Information :
Judul : Rahsia Mimpi
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 967-86-0259-8
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Misteri / Romantik
Mukasurat : 415
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 17.00
Kod : NML0023ZAAH001LMR
My Rate : ***
Synopsis From back Cover :
Antara alam realiti dan fantasi, Amri menjadi keliru. Keliru kerana mimpi misteri yang dialaminya dan keliru dengan kehadiran perempuan yang berambut panjang, berwajah pucat, tiada bola mata hitam dan di pergelangan tangannya terdapat lelehan darah yang pekat pada setiap malam.
Sejak membeli tilam terpakai di sebuah kedai perabot, Amri sering bermimpikan Amran, Ariana, Encik Firdaus dan Puan Rohaya. Tanpa diduga mimpi demi mimpi yang dialaminya itu telah mengungkapkan satu cerita percintaan antara Amran dan Ariana. Percintaan yang ikhlas yang lahir daripada hati dua insan ini mendapat tentangan daripada Puan Rohaya.
Setiap kali ingin melelapkan mata atau terjaga daripada lena, Amri diganggu oleh lembaga perempuan yang amat menakutkan. Amri menjadi separuh gila dengan kehadiran lembaga yang tidak diundang yang sering muncul dari dalam tilam. Dihalau ia tetap datang. Yang menghairankan mengapa dia yang sering diganggu, mengapa tidak isterinya. Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Amri? Apakah kaitannya antara mimpi dengan kehadiran lembaga perempuan itu?
Mimpi misteri yang mengendong perjalanan percintaan Amran dengan Ariana telah membuka ruang kepada Amri untuk mengetahui rahsia di sebalik tilam yang mengalas tubuh Amri dan isterinya pada setiap malam.
Siapa sebenarnya lembaga perempuan yang menakutkan itu? Mengapa Amri yang menjadi mangsanya? RAHSIA MIMPI yang penuh saspens dan mendebarkan akan membongkar segala-galanya.
My Review :
Plot dan premis cerita ini sungguh menarik. Benar-benar boleh menjadi hit jika olahan penulis ini menjadi. Namun hakikatnya, penulis ini tidak dapat mewujudkan satu rasa yang umpph dalam diri saya ketika membaca novel ini. Idea yang menarik ini seolah-olah 'membazir'. Penulis sepatutnya mengembangkan lagi plot cerita ini.
Saya benar-benar menyukai idea penulis ini di mana watak utama Amri diganggu hantu perempuan setelah membeli tilam baru-rahsia dan misteri hantu perempuan itu diketahui oleh Amri melalui mimpi. Rantaian mimpi-mimpi itu, sepatutnya dapat membantu Amri dalam menyelesaikan kehadiran hantu perempuan.Menarik bukan?
Tetapi idea yang sebegitu menarik menjadi seakan hambar di tangan penulis ini. Terlalu banyak 'repetitive scenario'- penceritaan pergolakan Ariana dan Amran sebenarnya boleh diolah lagi untuk menjadi lebih menarik, malah ketika saya membaca novel ini, saya sudah 'mencipta' jalan cerita saya sendiri dan saya expect penulis ini dapat membenarkan jalan cerita ciptaan saya ataupun membuat kejutan untuk saya dengan menjadikan cerita itu LEBIH menarik dari jalan cerita ciptaan saya.
Saya berharap penulis ini dapat mengolah ideanya(ideanya yang kreatif dan menarik) supaya menjadi lebih hebat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home