Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Wednesday, August 09, 2006

Trilogi Saga 1,2,3- Abdul Talib Hassan

My Book Information :

Judul : Saga
Penulis : Abdul Talib Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors
ISBN : 967-61-0100-1
Edisi : 2004
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 388
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 14.00
Kod : NML0037ATH001LR


Synopsis From Back Cover :

Saga mengisahkan tiga watak utama iaitu Rahmat, Hisyam dan Munirah. Mereka meninggalkan kemewahan hidup di kota dan pulang ke desa terpencil untuk mencurahkan bakti membangun masyarakatnya yang masih jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Perjuangan mereka tidaklah semudah yang dijangka. Mereka turut terjebak dalam pelbagai kancak konflik seperti hasad dengki, khianat dan cabaran-cabaran lain terutamanya oleh sebahagian daripada masyarakat desa yang mencurigai kejujuran dan kemurnian cita-cita mereka.

Judul : Saga Dua
Penulis : Abdul Talib Hassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-065-2
Edisi : 1993
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 440
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 15.90
Kod : NML0038ATH002LR

Synopsis From Back Cover :

Hisham mengahwini Munirah;bekas isteri Rahmat dan dikurniai sepasang anak kembar. Dia berasa kecewa dengan kematian Munirah, lalu menyerahkan Munir dan Manisah untuk dipelihara oleh keluarga arwah isterinya yang beragama Kristian. Rahmat berjaya dalam politik dan cemerlang dalam perniagaan. Munir, membesar digawang pancang salib dan disogok dengan kebudayaan Kristian. Manisah pula melompat dari pelukan ke pelukan lelaki dan akhirnya tersepit ke dalam dakapan Rahmat yang kini bergelar Datuk.

Judul : Saga Tiga
Penulis : Abdul Talib Hassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-433-X
Edisi : 2003
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 441
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 18.90
Kod : NML0039ATH003LR

Synopsis From Back Cover :

Rasa berdosa itu ada. Rasa kesal dan malu jua ada. Membiarkan anak-anak membesar di gawang salib, hati seringnya gerah. Bahang dunia bukan tidak terasa. Bahu juga bagai tidak tertanggung dosa semalam. Dan di kesempatan yang ada, dia bermunajat bersama Khaliknya. Semoga apa yang berlaku semalam, ketidaksengajaan yang tidak akan berulang. Dan hari ini dia sedar; keterlanjuran cerita semalam perlu ditamatkan bersama cerita hari ini dengan penuh kesyukuran.

My Rate : ****

My Review :

Sebenarnya, saya mula diperkenalkan dengan trilogi ini setelah membaca saga 2 ketika berada di tingkatan 2 lagi.dan saya menyukainya. kemudian dalam tahun 2005,ketika minat membaca novel Melayu berputik kembali, saya membeli saga 1 dan 3.Bermulalah pembacaan trilogi saga yang menyeronokkan saya. Menyeronokkan??? Ya, begitu menyeronokkan. Ini bukan kisah cinta dewa-dewi yang tipikal-kisah romantik yang masyuk. Trilogi ini lebih dari itu.
Penceritaan nya berkisar tentang sebuah keluarga yang mempunyai segala-galanya di mata masyarakat tetapi sebenarnya ketandusan kasih sayang. Malah penulis ini mengupas isu yang lebih besar lagi dengan mengambil penceritaan kelaurga ini. Nilai beragama dan nilai-nilai moral yang seakan hilang dari kelaurga ini. Harta yang banyak tidak menjamin kebahagian yang hakiki dalam ukuran yang sebenar. Kisah novel ini diwarnakan lagi dengan pelbagai masalah sekeliling,dengan masyarakt setempat.
Cerita ini berlanjut dari tiga keturunan yang berada pada zaman yang berbeza tetapi mempunyai permasalahan yang sama. Gaya bahasa penulis ini yang cukup baik menjadikan trilogi ini sesuatu yang klasik. Tidak salah, jika saya mengatakan bahawa trilogi saga harus dimiliki oleh peminat sastera. Pembangunan watak yang amat baik-malah terlalu baik menjadikan saya menghayati setiap watak2. Jika dibuat perbandingan antara ketiga-tiga novel ini, Saga Tiga agak kurang setanding dengan yang dua lagi. Namun, demi melengkapkan cerita sebuah keluarga tiga keturunan, kesemuanya wajar dibaca. Belilah dan anda tahu anda tak rugi.

10 Comments:

Blogger SiextyEight said...

sebagai seorg student international baccalaureate,saya perlu mengkaji novel saga. saya agak kagum dengan minat anda terhadap novel-novel melayu..teruskan!!

Wednesday, 22 August, 2007  
Blogger jualbukus said...

terima kasih siextyeight.

Thursday, 27 September, 2007  
Anonymous sahibahfarha said...

Hello (: Saya dari Singapura dan berminat untuk mendapatkan buku Saga tetapi penjualannya agak terhad. Dari manakah dapat saya membelinya? Terima kasih :)

Wednesday, 29 July, 2009  
Anonymous Anonymous said...

emosi sy terganggu apabila membaca konflik2 hubungan antara lelaki n perempuna dalam novel ini..
namun saya berbesar hati sekiranya tuan/puan mempunyai sinopsis lengkap bagi saga 2 and 3.. thanks

Saturday, 23 January, 2010  
Blogger safwanrazali said...

salam, saya pelajar UKM, Bangi dan baru sahaja selesai membaca Saga 1(mungkin), karya Abdul Talib Hassan. Saya rasa terlalu luas dan suci pengorbanan seorang pemuda untuk membantu pembangunan tanah halamannya. Saya masih mencari Saga 2 dan 3, mudahan saya ditemukan. Membaca sahaja ulasan saudara sudah membuakkan rasa ingin membaca Saga 2 dan 3.

Tuesday, 07 September, 2010  
Anonymous Anonymous said...

saya telah membaca ketiga-tiga buku Saga 1,2 dan 3. Cuma nak komen sedikit, setelah habis membaca Saga 3, saya dapat rasakan yang kemungkinan cerita ini ada sambungannya mungkin Saga 4.. tetapi saya belum jumpa lagi di pasaran..ada yang setuju dengan saya??terima kasih.

Wednesday, 08 December, 2010  
Anonymous Anonymous said...

Akhirnya saya menemui juga insan yang meminati Trilogi Saga 1, 2,3 dimana saya sangat meminati jalan ceritanya yang berlatarbelakangkan satu daerah yang saya kenal dan merasakan latarbelakang tersebut memang sesuai dan seolah jalan cerita ini memang betul2 terjadi...saya telah kehilangan Novel SAGA 1 dan SAGA 2 setelah di pinjam oleh seorang teman..di mana ye jika saya ingin mencari semula NOVel SAGA 1 dan SAGA 2..?

Pauziah
fazrin61@yahoo.com

Monday, 01 August, 2011  
Anonymous Anonymous said...

saya baca saga satu jer..betui..citer nih mmg best..novel tuh sy baca ms umo 17 tahun..sekarang dh 32 tahun, masih teringat2 jalan citernye....

Wednesday, 03 August, 2011  
Anonymous Anonymous said...

ko

Wednesday, 03 August, 2011  
Anonymous Anonymous said...

Saya juga sangat menyukai novel Saga the trilogy. Bukan itu sahaja anda patut membaca novel2 lain karya Abdul Talib Hassan. Yg paling menyentuh hati adalah novel Khailee.
Novel beliau yg terakhir adalah Diary Hati namun selepas itu tidak ada lagi novel yg terbaru.:(

Friday, 19 October, 2012  

Post a Comment

<< Home