Buku adalah dunia saya
Masa yang saya ada tidak sama dengan keinginan saya untuk menulis review di blog saya. Sebenarnya sudah banyak buku yang telah saya baca cuma masih tidak ada masa yang lapang untuk menulis semua buku-buku yang telah saya baca. Saya antara pembaca yang boleh membaca dua buku dalam satu masa. Jadi kadar membaca saya lebih cepat dari kadar penulisan review di blog ini. Sesetengah orang amat gemar membaca sesebuah novel itu berulang kali-saya pula, tidak menyukainya kerana ada dua sebab, pertama, sudah tahu jalan cerita, kedua, dengan terlalu banyak buku yang perlu dibaca dalam koleksi saya, tidak mungkin saya membaca sesebuah novel itu dua kali.
Matlamat saya ialah menulis kesemua review untuk novel Melayu saya. Dalam simpanan saya, saya ada 200 lebih novel Melayu. 1500 lebih novel Inggeris. dan lebih kurang 100 buku-buku berbentuk ilmiah dan bacaan berat. Itu tidak termasuk komik dan majalah yang tidak terkira.
Ini adalah hobi saya, walaupun saya 'bodoh' dalam menjadikan blog saya ini menarik tetapi semangat ingin berkongsi pendapat tentang buku membuatkan saya berusaha untuk menulis di blog ini.
Secara peribadi, saya jenis pembaca yang jika meminati seseorang penulis, saya akan dapatkan kesemua karya-karya penulis tersebut.inilah kegilaan saya-mencari,menggeledah setiap kedai-kedai buku(besar atau kecil) yang termampu kaki saya melangkah masuk dan sumber kewangan membenarkan. Sampaikan kawan saya berseloroh dengan saya - " Nanti jika ko kahwin suruhlah bakal tunang ko bagi hantaran buku. Kalau 7 hantaran, tujuh-tujuh sekali suruh dia hantar buku". Lambakan buku terus-terusan berlaku dalam rak-rak di rumah saya.
Saya akan menulis tentang pengalaman saya masuk dalam 'jerat percintaan' membaca buku di waktu lapang saya yang lain.
Saya hanyalah pembaca dan penilai buku sama seperti pembaca dan penilai buku yang lain. Bezanya mungkin citarasa, gaya persembahan, suka atau tidak suka terhadap sesebuah buku.
cheerio

2 Comments:
satu usaha yg bgus..
tidak bodoh saya rasakan..
sbb dgn sinopsis back cover semata-mata tidak cukup utk mgambarkan sesuatu novel..
dan jarang ada manusia yg boleh mbuat review on the spot apabila kite btanya pndapat ttg sesuatu novel..
usaha yg baik..
insyaALLAH byk mbantu pminat novel di luar sana..
terima kasih.
Post a Comment
<< Home