Bisikan Kasih- Norhayati Abd Malek
My Book Information :
Judul : Bisikan Kasih
Penulis : Norhayati Abd Malek
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-575-1
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 361
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 18.90
Kod : NML0023NOAM001LR
My Rate : ***3/4
Synopsis From Back Cover :
Memang aku tidak ingin mengenangnya. Menjadi miliknya apa lagi, setelah seluruh bahagiaku dimusnahkan, diceroboh dengan cara yang paling kejam. Kini masih adakah yang dinamakan cinta? Masih adakah yang dinamakan sayang? Selain benci dan dendam. Selain sakit hati dan amarah yang tidak akan kunjung padam. Apa lagi yang tinggal? Kalau ada rindu yang datang sekalipun, pastiku campak jauh-jauh, atau kubenam ke dasar lautan yang paling dalam. Usah kau pura-pura tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Usah kau palitkan lagi diriku dengan sisa-sisa kasihmu... kerana mata hatiku telah buta dengan cinta. Telah tuli dengan bisikan-bisikan asmara. Namun hari ini mengapa tiba-tiba hatiku berlainan rasa. Benih kebencian yang kutanamkan rupa-rupanya berbungakan cinta. Dan menyayangimu aku kian dihambat malu dan keliru....
My Review :
Penulis ini saya kira seorang penulis baru tetapi gaya bahasanya sudah menunjukkan kematangan-bersahaja.Saya benar-benar menghayati watak Fatihah-watak utama dalam novel ini. Pergolakan yang berlaku di mana dia terpaksa memilih beberapa kawan lelaki untuk menjadi teman istimewa menjadikan cerita ini benar-benar menarik. Pembangunan watak dalam novel ini sungguh baik menjadikan pembacaan tidak menjemukan.
Olahan plot yang sebenarnya akan menjadi biasa jika ditangan penulis baru lain, menjadi sebegitu menarik ditangan penulis ini. Plot cerita ini sebenarnya telah diguna pakai berulang kali dalam novel--novel lain dan yang membezakan ialah gaya bahasa dan pembangunan watak yang baik di tangan penulis ini. Novel ini juga harus dimiliki bagi peminat novel.
1 Comments:
novel ni pada saya membosankan.rugi saya beli sbb ingat best
Post a Comment
<< Home