Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Thursday, February 09, 2006

Teguh- Norhayati Berahim


My Book Information :

Judul : Teguh
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-288-4
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 216
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 12.90
Kod : NML0018NOBE002LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

Setelah kecewa cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukan-lah menjadi idamannya kini tetapi apakah Nina akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti?

My Review :

Ini adalah antara karya awal dari penulis ini. Membaca buku ini, saya sudah tahu novel ini dari penulis novice. Jika dibandingkan dengan karya-karya terbaru penulis ini, novel Teguh jauh kelihatan amateurish. Walaupun begitu, seperti biasa, penulis ini masih mengekalkan watak wanita berkejaya(saya menyukainya kerana rata-rata wanita memang berkerjaya). Walaupun ini karya awal penulis ini, tetapi saya dapat mengesan gaya penulisan yang kemas-‘trademark’ penulis ini. Cuma satu sahaja yang kurang-pembangunan watak yang tak begitu meyakinkan.
Dengan ketebalan 216 mukasurat- penulis tidak sepatutnya mewujudkan terlalu banyak watak. Sehinggakan saya keliru yang mana satu Kamarudin, yang mana satu Johari Aman, yang mana satu Kamal yang mana satu Rajesh yang mana satu Suresh-saya tak dapat bezakah antara Anisah dan Azimah-kerana watak-watak ini seperti ‘dua dimensi’-tidak lekat di hati pembaca-kerana tidak dibangunkan.Walaupun beberapa subplot diwujudkan-subplot itu seolah-olah ditamatkan ‘too abrupt’.Mungkin dengan mukasurat 216 penulis tidak dapat menganyam subplot supaya kelihatan menyakinkan dan tidak ‘too abrupt’. Watak Fikri- yang terlalu ‘miang’ dan mendesak agak menjengkelkan.Memang ada lelaki begitu-saya tidak nafikan. Peminat penulis ini pasti ingin mendapatkan buku ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home