Sejernih Lazuardi- Samsiah Mohd Nor
My Book Information :
Judul : Sejernih Lazuardi
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Penerbit : Citra Kurnia Enterprise
ISBN : 983-41469-6-5
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan
Mukasurat : 321
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 19.90
Kod : NML0036SAMN001L
My Rate : ***1/2
Synopsis From Back Cover :
Tiada
My Review :
Saya sudah lama 'mengenali' penulis ini seawal novel Riana-Novel Remaja Creative Enterprise lagi dilanjutkan dengan novel Sindora-CESB. Sejak dari dulu lagi saya memang menyenangi gaya bahasa penulis ini. Sebenarnya, saya membeli novel ini penghujung tahun 2005 tetapi baru sekarang tibanya 'queue' novel ini untuk dibaca.
Seperti biasa, sama seperti novel2 penulis ini yang lain, gaya bahasa nya baik dan agak unik. Plot utama novel ini bukan nya berkisar kisah ronatik yang mentah semata tetapi penuh pengisian tentang kehidupan sebuah keluarga.Tentang kisah sayang dan harta pusaka menjadi pokok pada penceritaan ini. Kisah agama. Pendek kata, kisah yang dipaparkan 'matang'.
Pembangunan watak yang amat baik. Pada awal novel, penceritaannya agak perlahan di mana penulis mengajak pembaca mengenali watak-watak,dan plot yang cuba disampaikan. Pada pertengahan novel, barulah pembacaan menjadi laju.
Nama penulis ini saya boleh samakan dengan Abdul Talib Hassan di mana setiap novel baru mereka, harus saya miliki kerana keunikan tersendiri mereka dalam bidang penulisan. Peringatan, ini bukan kisah romantik yang biasa-biasa kita selalu baca, tetapi kisah yang memerlukan pembaca berfikir tentang hidup ini.

2 Comments:
Salam, kepada peminat Samsiah Mohd Nor, novel pertama beliau, Tangisan Bulan Madu akan disiarkan di RTM 2 secara bersiri mulai tahun depan (2008) Sila layari blog www.tangisanbulanmadu.blogspot.com
salam saya di sini http://samsiahmohdnor.blogspot.com/
Post a Comment
<< Home