Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Sunday, August 27, 2006

Buku Yang Baru Dibeli

Pagi tadi pergi shopping complex kat area rumah saya. Dalam hati nak cari majalah hidayah dan hai terbaru dan beberapa buku yang memang dah target nak beli tetapi terbeli lebih buku pulak.Majalah Hidayah bulan September belum ada kat kedai mamak tu.

Kau Laksana Bulan-Aina Emir
Duri-Fauziah Ashari
Biarkan Aku Menangis-Norhayati Berahim
Mencari Kekasih-Zaharah Muhammad
Kau Bukan Untukku-Najwa Dania Daniel
Badang-Meor Shariman
Sumpahan Fasha-Meor Shariman
Rengsa-Zharulnizam Shah Z.A

Melalui sinopsis di belakang buku, rasanya, banyak buku-buku yang saya beli kali ini berunsur suspens/misteri.Maklumlah saya ni memang minat novel-novel berunsur suspens dan misteri ni.

Kedai mamak ni special skit, beli satu buku diskaun 5%,beli dua buku diskaun 10%.Di kedai tu saya beli 7 buah buku bermakna saya dapat diskaun 35%!! Sebab tu tak kisah beli banyak skit coz diskaun dia 'melampau'.

Lepas tu, jalan-jalan kat kedai buku dalam shopping complex yang sama-ternampak pula novel Rengsa.Harga RM 31.50.Tebal juga dalam 750 mukasurat.Terus sambar coz sinopsis belakang memang citer seram/suspens/misteri.

Berjanji pada diri sendiri bulan 9 ni stop beli buku kecuali satu buku tu coz ternampak tadi kat kedai buku tu.Harga RM 22.90. Tak beli tadi coz dah tak cukup duit.

Mungkin minggu depan pergi sekali lagi kat shopping complex tu coz nak beli majalah Hidayah dan nak sambar buku tu sebab sinopsis belakang buku nampak menarik.Tentang percintaan pelajar lelaki Indonesia dengan pelajar perempuan Mesir di Universiti Al-Azhar Mesir.Percintaan cara islam.A. Samad Said pun memberi pujian di belakang buku.Penulis dari Indonesia-Novel tu ada menang anugerah apa tah.Memang teruja nak beli coz plot dan jalan citer lain dari yang lain.

23 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam anil saya dah baca 4 buah buku dari list anil tu.

1) Kau Laksana Bulan Aina Aimir
2) Duri - Fauziah Ashaari
3) Biarkan aku menangis - Norhayati
4) Mencari Kekasih - Zaharah Muhammad.

Semua buku ni memenuhi citarasa saya. Nak cadangkan kat anil baca buku Noorsuraya - Nyanyian Tanjung Sepi CESB.

Wednesday, 30 August, 2006  
Blogger jualbukus said...

waalaikumussalam

saya dah beli buku Noorsuraya Nyanyian Tanjung Sepi, cuma belum baca lagi.

Wednesday, 30 August, 2006  
Blogger Zaharah said...

Salam. Anil, terima kasih kerana melawati blog saya. Terima kasih juga kerana memberikan sokongan dan juga membaca karya2 saya. Jujurnya, saya tidak pernah mempunyai apa2 pengalaman juga pendedahan dalam bidang penulisan kreatif sehinggalah saya menulis novel pertama saya. Bukan seperti penulis2 lain yang bermula di bangku sekolah lagi. Jadi, rasa terharu apabila ada yang menganggap karya saya telah memberikan kesan yang positif terhadap pemikiran dan perasaan pembaca. Terima Kasih!

Friday, 01 September, 2006  
Blogger jualbukus said...

waalaikumussalam,

terima kasih juga kepada Zaharah kerana sudi membuat kunjung balas ke blog saya.

InsyaAllah, karya awak akan sentiasa memenuhi koleksi novel saya.

Anggaplah dorongan rasa menulis novel kreatif itu adalah gerakan halus datangnya dari Allah.Yang penting awak ikhlas dalam menyampaikan dakwah dalam bentuk penulisan kreatif ini kerana dakwah yang ikhlas akan lebih terasa di hati pembaca.

Jangan jemu menulis kerana menulis juga boleh dijadikan medium untuk awak mendekatkan diri kepada Allah dan saya juga pasti rasa apa yang awak rasa apabila membacanya.Lantas, kebaikan itu datang dalam dua hala.

Kita bersatu di bawah naungan kuasa Ilahi yang menyemai rasa kecintaan sesama manusia yang tulus mengharapkan keredhaan-Nya.

Friday, 01 September, 2006  
Blogger iejay Zakaria said...

assalamualaikum anil,

saya dapat link ke blog nil melalui blog alia...saya sungguh tertarik apabila membaca blog anil dan sungguh teruja dengan minat anil pada novel... saya juga amat meminati novel berbahasa melayu (bahasa inggeris kurang sedikit)dan sangat teruja untuk mendapatkan sesuatu novel baru terutama dari penulis yang saya sudah biasa baca walaupun masa membaca mungkin kurang kerana kekangan masa. Saya dapati sejarah minat membaca anil juga lebih kurang dengan saya, iaitu sejak sekolah rendah lagi, menyukai komik doraemon dan conan... saya amat berharap dapat mengenali anil dengan lebih rapat lagi. mungkin kita boleh bertukar pengalaman membaca buku.

Wednesday, 13 September, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Salam. Anil, boleh tau kat mana kedai mamak tempat Anil beli buku sampai dapat 35% diskaun. Best jugak tu sebab saya pun jenis yang suka borong buku sekali banyak-banyak.

Friday, 15 September, 2006  
Blogger jualbukus said...

waalaikumussalam,

kedai mamak tu dalam central hypermarket di OUG(Overseas United Garden), Petaling,Kuala Lumpur.

Saturday, 16 September, 2006  
Anonymous Anonymous said...

jemputlah datang ke blog saya

Wednesday, 20 September, 2006  
Anonymous Anonymous said...

hello. boleh saya tau tajuk buku yang ditulis oleh penulis indonesia itu? Saya sedang mencari buku novel karya penulis Indonesia. Di mana ada jual? tq

Saturday, 23 September, 2006  
Blogger Pesquisar said...

salam tuan rumah

boleh sy tau apa tajuk buku pasal pel. indonesia bercinta dgn pelajar mesir tu? dan siapa penulis dia?

Sunday, 24 September, 2006  
Blogger Pesquisar said...

salam tuan rumah

boleh saya tau apa tajuk novel ttg percintaan pelajar indonesia dgn pelajar mesir tu. dan siapa penulis dia?

dekat mana boleh saya cari buku2 lama yg sdr listkan..? tak kira sec manual atau online.

Sunday, 24 September, 2006  
Blogger jualbukus said...

tajuk: ayat-ayat cinta
penulis:habiburrahman el shirazy
harga:RM22.90
penerbit: aR publisher

Thursday, 21 December, 2006  
Anonymous Anonymous said...

hy anil.. sgt teruja coz ada blog yg mcm ni. memang tgh cr geng kaki buku. dulu ada supplier (my roomate buat sewa buku). but now i hvae to find out my self.. terbaru sy jumpa satu keda swa buku located at The mall. the book chest. ya Allah, byknyer buku. sewa plg mahal rm 20, u pay rm 20, then dapat semual rm15. sewa sebulan rm 5 la kiranya.. last weekend saya dah habeskan 3 buah buku, semua abdul rahim awang punya cerita.. terbaru buku dia, 'pulang'.. ala2 cerita kes norita..
about ur new book, sy plg suka 'duri'. tapi cover dia tak cantik kan?? tapi cerita dia sgt best.. for kau laksana bulan is not the best from aina emir, she ca do better. mcm tu gak ngan biarkan ku menangis.. tgh mencr buku terbaru norhayati ibrahim yg tak streotype.. ada suggestion??-- anys

Tuesday, 11 September, 2007  
Blogger jualbukus said...

Hai anys,

First time saya dengar kedai sewa buku The Book Chest. Insyaallah,satu hari saya akan cuba jenguk tempat tu.

Saya juga meminati Abdul Rahim Awang.

Cuba Tiada Batasan Sayang-Norhayati Berahim.Tak tahu lah jika citarasa awak berbeza dengan saya tetapi saya menyukai buku ini.

Thursday, 27 September, 2007  
Blogger Aziah said...

Salam Anil,

Kat mana kedai buku mamak tu...nak juga tau, kalau dekat dengan area saya boleh gi sana. Saya minat novel thriller tapi dalam bahasa malaysia tak banyak.

Tuesday, 26 February, 2008  
Blogger Aziah said...

Salam Anil,

Kat mana kedai buku mamak tu. Kalau dekat dengan area saya boleh gak gi beli...Saya minat novel thriller tapi dalam bahasa malaysia tak banyak...

Tuesday, 26 February, 2008  
Blogger ZAELIS said...

hye...anil...i baru tjumpa blog u ni ms tgh survy2 utk bukz baru...
xtlly...sy ada koleksi buku harry potter...emmm...juz nk share je...dh baca kenang2an seorg geisha ( MEMOIR OF GEISHA ) ~ penceritaannya bagus...

emmm...nmpk cm dh lama xupdate blog u ni since 2006...keep a good work...
nice blog. syg kalau dibiarkan... =)

Saturday, 08 March, 2008  
Blogger jualbukus said...

Salam Aziah,

Kedai mamak tu di area Petaling(bukan Petaling Jaya).Bukan di tengah bandar KL.Di pinggiran KL.

Tuesday, 11 March, 2008  
Blogger jualbukus said...

Salam Eleea,

Saya juga peminat buku Harry Potter.Saya ada buku Harry Potter 1-6.Yang ke-7 belum beli sebab nak tunggu buku tu turun harga.hehe

Memoir Of Geisha-saya takde lagi buku ni walaupun saya aware populariti buku dan filem cerita ini.

terima kasih atas kata2 semangat itu.:)

Tuesday, 11 March, 2008  
Anonymous Anonymous said...

Salam....Sungguh saya mancadangkan bacalah buku ayat-ayat cinta tu..karya habiburrahman....betul2 mengusik jiwa dan ada banyak panduan untuk kita bercinta, cara menghargai pasangan dan lain-lain lagi.....

"rinai tangis dalam hatiku
bagai rintik hujan di kota
apa gerangan makna lesu
yang menyusup masuk kalbuku "

Thursday, 17 July, 2008  
Anonymous Anonymous said...

Jemputlah datang ke blog saya

Wednesday, 17 December, 2008  
Blogger nana said...

kau beli kat kedai mamak kt ner? aku nk beli gak... bgla tau tmptnye... aku ni gile komik conan dh lama dah sejak dia mula2 kuar... dulu harganya RM 3.80 (klu x silap aku la)tiap2 bulan aku beli... tk lama pas tu aku bercople ng sorg mamat ni... dia pun terkena badi aku, gila komik conan, so, tiap2 bulan ktorg syer baca.. kalu bulan ni aku beli, dia x beli, dia baca je.. klu bulan depan dia beli aku x beli..begitula... tp memandangkan masa tu dia tgh study,aku yg berkejaya ni aku lbh byk membeli... aku ok sj la coz aku mmg nk beli...

setelah 7 thn, kmi berpisah ats sbb2 tertentu yg x dpt dielakkan.. tp yg wt aku kecewa... dia langsung x nk bg kt aku buku conan tu hatta sebuah pun.. dh jd hak milik kekal dia... aku pujuk elok2 pun dia x nk bagi... kecewanya aku....waaaa.... sedihnya... sia2 je selama ni aku kumpul duit beli...

aku msh nk beli komik conan tu untu mengubati luka kekecewaan aku... klu korg tau tmpt yg blh beri byk dlm kos yg rendah bgtau la aku...

Monday, 30 March, 2009  
Blogger azieazah said...

Novel DURI tu best tau..

Nyanyian Tanjung Sepi tu best seller tau...

Tuesday, 11 August, 2009  

Post a Comment

<< Home