Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Thursday, August 24, 2006

Norhayati Berahim

Sebelum ini saya memang sudah mendengar nama penulis(dia) ini disebut-sebut oleh peminat-peminat novel romantik.Salah seorangnya ialah kakak ipar saya, tapi pada masa itu tidak terniat nak mengetahui lebih lanjut tentang dia.

Semasa memilih novel-novel di rak buku dalam kedai buku, selalu sahaja pandang novel-novel dia sambil lalu-masa ini saya memang dah agak tawar hati dengan novel-novel Melayu.

Keadaan ini berterusan sehingga bulan November 2005, rasa hati terhadap novel-novel Melayu mula mekar kembali, maka ketika ini jugalah saya mendengar nama penulis ini disebut oleh sepupu saya yang juga peminat novel Melayu.

Jadi, dalam bulan Disember 2006, saya bertekad untuk cuba membaca buku penulis ini.Lantas saya membeli buku dia yang bertajuk Air Mata Kasih diterbitkan oleh Alaf21. Saya memilih buku Air Mata Kasih di rak kerana dalam banyak-banyak buku dia dalam kedai buku itu, buku ini yang hanya tinggal sebuah ditambah pula saya menyukai sinopsis di belakang buku.(P/S: Saya memang terkenal dengan sikap suka membeli buku-buku yang dah tinggal satu di atas rak jika terpaksa membuat pilihan kerana selalu berpendapat, susah nak dapatkan buku-buku yang dah nak habis.hehehe)

Detik itu, bermulalah pengembaraan saya dalam fantasi karya fiksyen yang dicipta oleh penulis ini.

Melalui pembacaan itu,dan pendapat saya berdasar hanya sebuah buku itu, saya berasa penulis ini penulis yang berbakat dalam membentuk ayat-ayat dialog.

Saya cuba lagi untuk kali kedua dengan membeli dan membaca buku Andai Semalam Ku Miliki. Saya menyukainya!!!

Lantas, dengan sikap saya yang akan memborong semua buku daripada penulis yang saya suka pun bermula. Dalam satu tempoh yang singkat, saya berjaya mengumpul semua buku dari penulis ini.

Apa yang pasti, saya puas! Mula-mula saya berfikir hendak buat “marathon”-Ini juga salah satu sikap saya iaitu dalam tempoh tertentu, saya akan membaca dan membaca buku-buku daripada penulis yang sama sehingga habis. Dalam waktu marathon ini, saya tidak akan baca buku-buku daripada penulis-penulis yang lain

Namun, saya rasa cara ini kurang sesuai sekarang(dulu-dulu zaman bebudak boleh la) kerana akan cepat bosan dengan stail seorang penulis dalam tempoh itu. Ditambah pula,selepas tamat tempoh marathon itu, tiada lagi buku daripada penulis itu yang dapat dibaca.

Kedua, penulis-penulis lain juga perlu diberi peluang kerana ramai lagi penulis yang saya minat.

Pada saya, penulisan dia ada satu ‘tarikan’ yang susah saya nak ceritakan.Tapi seperti biasa, ada bukunya yang lebih baik darpada yang lain dan ada buku yang ‘kurang sikit’.Normal lah tu.Semua penulis, jika sudah menulis banyak buku pasti akan terjadi macam ni.

Judul-judul buku Norhayati Berahi di dalam simpanan saya:


1. ...LEWAT MUSIM ITU
2. DENDAM YANG TERLERAI
3. EMOSI
4. HANYA KERANA CINTA
5. INFERIOR
6. NOKTAH
7. PESANAN TERAKHIR S. LELAKI
8. RINDU
9. SEINDAH DERITA
10. SENTUHAN KASIH
11. TEGUH
12. AIR MATA KASIH
13. CINTA PERTAMA
14. EGOIS
15. HATI SEORANG WANITA
16. NOTA CINTA BUATMU
17. SAYANG TAK TERUCAP
18. UNTUKMU SEGALANYA
19. ANDAI SEMALAM KUMILIKI
20. TIADA BATASAN SAYANG
21. CINTA JANGAN KAU PERGI
22. DIA LEBIH MENGERTI
23. TERIMA KASIH KEKASIH
24. SETULUS CINTA
25. HATI YANG LUKA
26. JALINAN MEMORI
27. BUNGA KASIH-NORHAYATI BERAHIM

Yang terbaru bertajuk Biarkan Aku Menangis belum beli lagi.Nanti lah.


Ok lah, lain kali saya akan cerita tentang pengalaman saya meminati penulis-penulis yang lain.

7 Comments:

Blogger Diari Adam said...

saya peminat norhayati juga - ada satu lagi yang terkini - tajuknya CHINTA - memang best

Tuesday, 23 December, 2008  
Blogger Khar said...

Salam, memandangkan sdr/i pembaca buku yang tegar, saya menjemput sdri/i ke blog publisher kami. Insyallah akan datang akan banyak novel yang akan terbit. Terima kasih.

Friday, 30 January, 2009  
Blogger a said...

salam
kakak saya ade koleksi nb yg amat byk. penceritaan die mmg tersusun, sifu dunia penulisan. tapi bg saya karakter utama die kebykannye same. tapi sy plg suke cinta pertama

Thursday, 03 September, 2009  
Anonymous Anonymous said...

sya nak sangat beli novel2 norhayati beharim.... pls email sya...

Saturday, 03 October, 2009  
Blogger Hasni Zurainie said...

salam, saudari ada tak novel lama, penulisnya saya x ingat. tapi watak dlm novel tu namanya 'my honey'..panggilan manja oleh suaminya. kahwin atas pilihan keluarga. dan suaminya bina rumah kayu idaman...kalau sesape tahu tajuk buku dan penulisnya, harap dpt email sy. yoe_nie2001@yahoo.com. tq

Sunday, 25 July, 2010  
Blogger Unknown said...

adakah lagi novel sentuhan kasih di pasaran?mau beli bah,jalan cerita best sgt.tiada kah lg nk terbitkan cetakan baru novel ini?

Tuesday, 17 August, 2010  
Anonymous Anonymous said...

salam....saya suka jugak bca novel norhayati berahim...ada satu novel tu saya pernah baca tapi x ingt title..just ingat nama watak hero je...daniel hilman...nak cri blik novel tu tapi dah lama sgt + xingt title so..mcm susah plak nak cri dkt kdai2 buku..ada sape2x..yg pernah terbaca novel tu and ingt title dia...

Friday, 24 June, 2011  

Post a Comment

<< Home