Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Saturday, July 29, 2006

Nilai Kasih- Radzemah Bolhassan

My Book Information :

Judul : Nilai Kasih
Penulis : Radzemah Bolhassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-575-1
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 361
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 18.90
Kod : NML0030NOAM002LR

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Semuanya atas dasar harta dunia yang amat menakjubkan. Bukan hanya keluarga mereka yang berbicara tentang tanah. Kini, hampir seluruh kampung berbicara soal tanah. Soal pembangunan yang akan dibangunkan di atas tanah pusaka yang telah mereka usahakan sejak bertahun-tahun lamanya.

My Review :

Pokok pada cerita ini adalah kisah tanah pusaka. Konflik yang terjadi antara anak- beranak dalam satu keluarga digarap sebaik mungkin oleh penulis ini. Gaya bahasa penulis ini agak ketara berbeza daripada penulis-penulis yang lain dari segi susunan struktur ayat. Pada mulanya, saya agak kurang selesa tetapi lama-kelamaan jadi biasa. Konflik yang menjadi percaturan dalam novel ini ialah bagaimana hubungan anak-bapa,saudara menjadi keruh disebabkan perebutan harta dunia i.e tanah. Di sini, saya dapat melihat penulis ingin mewujudkan konflik itu dan bagaimana konflik itu dapat ditangani oleh setiap ahli keluarga Pak Husin. Subplot cerita ini tentang percintaan Mahsuri,cinta dalam diam Hani,sikap Maimunah.
Setelah membaca novel ini, jelaslah bahawa penulis ini berjaya menyampaikan mesej yang sungguh berkesan dalam gaya yang tersendiri.

Tiada Batasan Sayang- Norhayati Berahim

My Book Information :

Judul : Tiada Batasan Sayang
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn BHd
ISBN : 983-42115-1-1
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 561
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 21.50
Kod : NML0029NOBE006LR

My Rate : ***3/4

Synopsis From Back Cover :

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa satu ketika dia pasti dihargai.

My Review :

Cerita ini mempunyai banyak subplot. Kesemua subplot-subplot ini pada mulanya langsung tidak berkaitan antara satu sama lain, namun dengan pengalaman penulis ini sebagai penulis, kesemua subplot itu dianyam dengan baik pada akhir cerita. Kisah kehidupan Balkish sebagai gadis yang sederhana dalam menjalani hidup sebagai anak kampung yang berwawasan tinggi, penuh dengan harga diri yang tinggi, sebagai perbandingan, penulis ini mewujudkan watak Jamiah, adik kepada Balkish yang mempunyai sikap kontra.
Kepercayaan Balkish terhadap Allah, menjadikan buku ini lebih menarik. Banyak situasi di mana Dalam pencarian Balkish untuk pelangsungan hidup, dia tidak lupa dalam menyerah diri pada Allah. Pertemuan nya dengan Datin Seri Aida, Nicholas aka Fauzul diterjemah dengan sikap Balkish yang penuh dengan nilai-nilai murni hasil kepercayaan kuat Balkish terhadap Allah.
Elemen cerita ini sendiri bukan hanya pada kisah cinta sesama manusia malah susah nak jumpa situasi romantik dalam buku ini. Buku ini lebih kepada elemen kehidupan. Bagaimana kehidupan Datin Seri Aida, Fauzul dan keluarga Balkish sendiri sebenarnya saling bergantungan tanpa pada mulanya mereka sedari.
Pembangunan watak yang cukup baik dan plot cerita yang lari dari kebiasaannya ie romantik.
Namun terdapat beberapa perkara yang tidak konsisten. Fauzul aka Nick memanggil Dr. Morgan, Pekat sewaktu dulu-dulu. Mengapa Fauzul tidak memanggil dia Pekat? padahal Dr MOrgan masih memanggil Fauzul Nick.
Balkish sentiasa mengenali Datin Seri Aida sebagai Makcik Aida kerana Datin Seri Aida tidak pernah menceritakannya.Tetapi ada satu part, Balkish berbisik pada dirinya, mahukah Datin Seri Aida duduk di kampung. Padahal Datin Seri Aida tidak pernah memberitahu statusnya kepada Balkish.
Namun tidak menyentuh perkara pokok.


Noktah- Norhayati Berahim

My Book Information :

Judul : Noktah
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-387-2
Edisi : 2003
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 235
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 15.90
Kod : NML0028NOBE005LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

Lia, I tahu you benar-benar terluka dengan apa yang terjadi. Hak you untuk menyimpannya sebagai dendam. Namun I tahu, I juga punya hak untuk terus mengasihi you. Lia, Ambilah masa selama mana yang you mahu untuk berfikir dan bagi menghapuskan rasa marah di hati. I percaya suatu masa nanti you akan hargai perasaan ini.

My Review :

Seperti buku nipis yang lain, buku ini juga tidak lari dari masalah yang sama iaitu kekurangan ruang untuk watak berkembang dengan baik. Watak utama Lia yang menjadi janda muda setelah berpisah dengan Wan Saiful yang dikahwini atas dasar memenuhi harapan keluarga masing-masing. Dalam pada masa yang sama, Wan saiful masih menaruh kasih pada kekasih lamanya lantaran mengambil keputusan berpisah dengan Lia.
Lia tegar, lalu dalam kepasrahan menjadi janda, banyak kisah-kisah yang mampu merubah pendirian Lia iaitu tidak mahu berkahwin lagi.Perkenalan dengan Nik Adil adalah titik permulaan untuk perubahan itu berlaku.
Pada saya, dengan buku senipis ini,tidak banyak ruang untuk penulis ini menulis sesuatu yang bisa membangkitkan rasa dalam diri saya, namun buku ini tidaklah begitu teruk cuma bisa-biasa sahaja.


Monday, July 03, 2006

Silhouette-Khairul Aswad Ramli


My Book Information :

Judul : Silhouette
Penulis : Khairul Aswad Ramli
Penerbit : Rhythm Distributor Sdn Bhd
ISBN : 983-187-387-4
Edisi : 2004
Tema : Kehidupan / Misteri/Romantik
Mukasurat : 271
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 12.90
Kod : NML0027KAR001LMR

My Rate : ***3/4

Synopsis From Back Cover :


Erlissa yang mewarisi Silhoutte dari ibunya terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan akibat dari rasa cemburu dan irihati manusia. Kemuncak kegemilangan Silhoutte turut memusnahkan diri dan keluarga Erlissa. Erlissa mati di tangan musuh-musuh Silhoutte. Siapakah pembunuh Erlissa sebenarnya? Adakah Fiona yang sememangnya ingin melihat kejatuhan Silhoutte? Mungkinkah Azlan, Safuan atau Sufian?

My Review :

Ini karya pertama yang saya baca dari penulis ini. Karya ini ada unsur-unsur misteri dan jenayah. Genre misteri dan suspens memanglah menjadi kegemaran saya. Jadi karya ini, walaupun penceritaannya ringkas dengan buku setebal 271 mukasurat tetapi tetap mengundang rasa. Ringkasnya saya menyukainya.



Inferior-Norhayati Berahim


My Book Information :

Judul : Inferior
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-448-8
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 517
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 23.90
Kod : NML0026NOBE004LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

My Review :

Selepas saya tertarik dengan kebolehan penulis ini mengolah ayat-ayat dialog dengan begitu 'real', saya terus membaca karya ini. Ya, memang ini antara karyanya yang lama, tapi saya pun baru sahaja 'mengenali' karya-karya penulis ini selepas saya melihat,mendengar dan membaca bermacam-macam kata tentang penulis ini.
Seperti biasa, penulis ini gemar menggunakan ayat-ayat dialog dan dia tidak ada masalah dalam menulis ayat-ayat dialog yang apabila dibaca seperti percakapan lisan seharian. Itulah kelebihan penulis ini.
Pembangunan watak yang baik walaupun kadang kala agak merimaskan saya dengan cara penulis ini describe watat Intissar. Dalam bab-bab awal saya diundang dengan rasa bosan. Bukan kerana kelemahan olahan, tetapi kerana penulis ini cuba untuk menjadikan isu yang saya kira boleh ditulis dalam satu bab menjadi lebih 10 bab! Seolah-olah penulis ingin menebalkan bukunya. Ini saya panggil kaedah stretch. Kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan penulis untuk menebalkan buku so boleh jual dengan harga mahal sikit.
Padahal, bab-bab awal tidak langsung mengundang rasa, hanya diulang-ulang penulisan itu tetapi dengan pendekatan yang berbeza dan membawa maksud yang sama. Letih!
Namun, buku ini mempunyai plot yang agak menarik di mana watak Intissar menghadapi dilema suaminya berkahwin dua, dan untuk menjadikan cerita ini lebih dramatis, isteri keduanya ialah Nadia kawan baik Intissar yang juga anak kepada bekas orang gaji keluarga Intissar.
Maka, gambaran klasik pun digunakan di mana Intissar baik, Nadia jahat. Tidak mustahil di dunia nyata. Tetapi kekuatan penulis ini ialah watak-watak dalam cerita ini terutama watak2 utama dibangunkan dengan begitu terkesan sekali.
Konflik bermula apabila Intissar mengandung dan kejahatan Nadia tidak lagi hanya di hati tetapi sudah ditonjol secara fizikal. Nadia menjadi psikopatik, dengan memburu Intissar dan Amirul sepanjang masa.
Ada beberapa 'scene' tidak begitu logik tetapi tidak begitu ketara sangat.

Madu Dalam Saringan-Kamala Markandaya


My Book Information :

Judul : Madu Dalam Saringan
Penulis : Kamala Markandaya
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 9836202943
Edisi : 1999
Tema : Kehidupan
Mukasurat : 381
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 12.00
Kod : NML0025KAMA001L

My Rate : ****3/4

Synopsis From Back Cover :

"Dengan novel pertamanya Nectar in a Siere (Madu dalam saringan) yang dihasilkan pada tahun 1954. Kamala Markandaya dianggap oleh kebanyakan pengkritik di Barat sebagai novelis India yang paling berkebolehan menulis dalam bahasa Inggeris. Dan kekuatan novel ini disamakan dengan novel Cry My Beloved Country karya Alan Paton, novel Afrika yang terkemuka. Kamala Markandaya dilahirkan di India Selatan pada tahun 1924. Setelah menamatkan pendidikan di Universiti Madras, Beliau bekerja di sebuah akhbar mingguan di India. Kemudian berpindah ke London dan bekerja di sebuah pejabat peguamcara sejak tahun 1954. Beliau telah menghasilkan lapan buah novel dan pernah memenangi hadiah National Association Of Independent School Award dalam tahun 1967. Novelnya yang lain ialah Soma Inner Fury (1956). A Silence Of Desire (1960), Passession (1963), A Handful Of Rico (1966), The Coffer Dam's (1969), The Nowhere Man (1972), dan Two Virgins (1973). Dalam novel ini, melalui kisah kehidupan keluarga Ruku dan Nathan. Kamala Markandaya telah mendedahkan kehidupan petani-petani India: Kebuluran yang menekan, kemiskinan yang menjerat, ada yang menyerahkan kembali isteri yang tidak dapat memberikan putera dalam perkahwinan dan kehidupan penyewa tanah kepunyaan Zaminda. Kekuatan utama novel ini terletak pada kemampuan pengarangnya menghiris hati pembaca dengan pelukisan jiwa manusia yang menghadapi penderitaan hidup yang serba menekan.""

My Review :

Sebenarnya saya sudah jatuh cinta pada buku ini ketika di Tingkatan 2 lagi. Ketika itu, saya meminjam buku ini daripada kawan saya dengan edisi yang berbeza dan saya amat jatuh cinta dengan its simplicity and yet written with full of compassion. Setiap bait-bait ayat menyentuh jiwa saya yang paling dalam. Sedih, simpati, gembira, marah, geram, benci dan segala macam rasa yang lain bersatu memenuhi ruang jiwa saya ketika itu. Lantas setelah berbelas tahun berlalu, saya cuba mencari buku ini kembali. Dengan harga yang murah, karya agung ini mampu dibaca oleh pembaca yang sedar tentang kehebatan buku ini. Dan rasa yang sama tetap ada, malah respek apabila saya mengulangi pembacaan saya.
Kisah yang diangkat sebenarnya hanyalah kehidupan rutin keluarga miskin di India. Kehidupan meneruskan hidup.Survival.Tetapi karya ini karya hebat. Mengapa? Kerana karya ini mengangkat satu sejarah zaman English menguasai India.Ini kisah cinta tetapi cinta yang lebih luas maksudnya.
Dengan penterjemahan ke Bahasa Melayu yang mudah, cerita ini ditangan penulis ini menjadi begitu menarik. Watak-watak yang wujud dalam karya ini seakan benar. Ini menunjukkan bahawa pembangunan watak yang amat baik. Perjalanan plot cerita yang berkisar tentang rutin keluarga miskin ini dalam cuba mencari rezeki harian dipenuhi dengan peristiwa yang seringkali berlaku dalam kepayahan orang miskin ini menongkah arus.
Jika pembaca mencari kisah cinta lelaki-perempuan, sudah tentu ini bukan buku yang perlu dibaca. Tetapi jika ingin mengetahui maksud cinta yang lebih luas dan jarang diketengahkan, inilah karyanya.

Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid

My Book Information :

Judul : Rahsia Perindu
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-184-3
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Misteri/Romantik
Mukasurat : 576
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 19.90
Kod : NML0024RAM004LMR

My Rate : **

Synopsis From Back Cover :

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental.
Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.
Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.
RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain' sedang memerhatikan anda!

My Review :

Novel ini digarap sebegitu kompleks dengan mengangkat persoalan psychologist dan hypnotist. Saya sudah banyak membaca karya Barbara Vine aka Ruth Rendell yang juga banyak menulis isu-isu yang sama. Jadi semangat ingin tahu bagaimana penulis Melayu menulis isu yang sama.
Mengecewakan! Karya penulis ini begitu mengecewakan saya dan inilah karya pertama beliau yang mengecewakan saya.Nah, persoalan yang cuba diketengahkan tidak ada yang salah dan kekompleksan cerita itu sendiri tidak salah cuma garapan dan olahan penulis ini yang cuba untuk mengelirukan pembaca dengan menjadikan isu yang sedia kompleks menjadi bertambah bercelaru tidak dapat saya maafkan.
Apa yang mengecewakan saya? Pertama, time line tidak ditangani dengan baik. Cerita ini mengambil period yang berbeza berselang-seli dengan dunia nyata dan alam fantasi Leopard. Tidak kemas langsung timeline dalam buku ini padahal penulis ini, apa yang saya ketahui, ialah seorang penulis yang amat menitik beratkan kekemasan timeline dalam buku2nya yang lain.
Kedua, saya langsung tidak boleh telan bahawa Leopard, yang ditangkap dan ditahan reman sementara menantikan perbicaraan di mahkamah, rupa-rupanya hanyalah scapegoat pembunuh yang sebenar dengan cara hipnotis(pukau)??? Setahu saya, kaedah hipnotis tidak dapat kekal lama, paling lama pun dua tiga jam. Tetapi Leopard hanya menyedari dia tidak bersalah selepas 9 hari ditahan reman??? tak logik.
Bukankah dengan kaedah DNA, pihak polis Malaysia yang bijaksana dapat mengetahui darah siapa di hotel tersebut??? straight away sudah tahu bahawa Leopard yang kononnya ditangkap atas tuduhan membunuh Hamdan dan Jeffry bukan pembunuh yang sebenar. Jangan underestimate polis Malaysia. Mereka tidaklah naif dalam menjalankan siasatan pembunuhan.
Yang paling saya tidak boleh terima bahawa pengakuan Leopard, setelah 9 hari berlalu, bahawa dirinya bukanlah lelaki tetapi perempuan bernama Julia!!!! Dan part yang best, Amylia digambarkan begitu terkejut sekali dengan pengakuan Leopard aka Julia itu!!! Surely, Amylia, yang digambarkan seorang peguam yang bijak tahu asas2 utama sebelum menjadi peguam bela Leopard iaitu maklumat PERIBADI anak guamnya.Dan lelaki dan perempuan TIDAK ditempatkan dalam penjara yang sama. Saya sentiasa rasa Leopard adalah lelaki, kerana teman2 sepenjara yang rata2 adalah lelaki. Dan saya sentiasa ingat bahawa Leopard adalah Jeffry.
Watak Junaidah, pada mulanya saya ingatkan ialah ibu kepada Jeffry, rupanya bukan. OK ini saya boleh terima kerana tidak ada satu ayat pun yang mengatakan bahawa Jeffry itu anaknya. Penulis bijak bermain dengan minda pembaca dalam situasi ini. Adil.
Tetapi apa yang saya pertikaikan, apa kaitan Junaidah dengan Leopard aka Julia sehinggakan dia pergi melawat Julia di penjara?Tia kaitan langsung. Paling tidak pun, Leopard DIHIPNOTIS untuk dijadikan scapegoat dalam pembunuhan Jeffry, manusia yang sering mengganggu hidup Junaidah. Very loose end. Alih2 Junaidah serahkan jurnal anaknya kepada Amylia.
Ending lagi lah dah tak tahu nak cakap apa. Terlalu banyak red herring, terlalu banyak kebetulan, terlalu banyak ketidaklogikan. Akhirnya, saya menyerah kalah dalam kepenatan otak to sort things out. Sorry to penulis ini coz this time your novel does not do magic to me. this is not his masterpiece.

Saturday, July 01, 2006

Salam Kembali

Assalamualaikum,

Sudh lama saya tidak menjenguk blog saya ini. Sepanjang tempoh itu, saya menghadapi permasalahan yang melibatkan jiwa. Mahu atau tidak, saya kena lalui. Sama ada dengan sabar atau berputus asa,berselang-seli, saya tetap kena harungi. Saya sentiasa menggagahkan diri untuk melalui period itu dengan kesabaran dan meletakkan segala permasalahan saya di tangan yang Berkuasa-ALLAH.

Saya menjadi lebih peka bahawa dunia belum berakhir hanya disebabkan permasalahan saya itu. Rutin harian perlu diteruskan. Manusia masih tetap akan menghadapi konflik sesama sendiri selagi manusia wujud. Saya menjadi lebih redha dengan setiap ketentuan Allah bahawa ada masanya kita gembir dan ada masanya kita sedih.

Dalam tempoh itu jugalah, apa-apa keadaan atau benda yang mengingatkan saya kepada permasalahan saya itu, cuba saya elakkan. Dan hobi saya membaca novel sedikit sebanyak menerima kesannya. Saya tidak boleh langsung membaca novel-novel yang ada unsur-unsur romantik, cinta, airmata dan apa-apa sahaja bahan bacaan yang boleh menjuruskan pemikiran saya untuk mengingati permasalahan saya.

Lantaran itu, saya tidak dapat menulis review tentang novel melayu dalam tempoh itu. Saya tahu novel melayu, sedikit atau banyak, pasti ada unsur-unsur yang akan mengundang kesedihan dan penyakit jiwa pasti akan kembali. Kesannya blog saya ini tidak dikemaskinikan.

Namun begitu, saya tetap membaca cuma kali ini pembacaan saya lebih banyak tentang buku-buku agama yang membuka mata saya untuk lebih redha dan pasrah menghadapi segala peristiwa kerana setiap peristiwa itu sendiri adalah hak mutlak Allah untuk menguji keimanan hambanya. Tiba-tiba saya menjadi sedar, saya tidak berkeseorangan dalam hal jiwa ini! Saya membaca tafsir Al-Quran untuk menguatkan hujah yang saya buat dalam cubaan memujuk hati saya.Alhamdulillah-dalam mengharungi permasalahan saya tidak memilih untuk melakukan perkara yang ditegah walaupun berdansa di kelab malam. Terima Kasih Allah kerana memandu aku ke jalan yang lebih diredhaimu.Lagipun saya bukan jenis yang bersidai dan keluar malam apatah lagi berani ke kelab malam. Namun ketika menghadapi permasalahan jiwa, apa-apa pun boleh berlaku di luar dugaan manusia!

Setelah penat otak saya bekerja dan hati saya terkesan ketika pembacaan ilmiah itu, saya akan membaca buku kanak-kanak yang ditulis oleh Enid Blyton. Relaks sekejap kerana otak saya tidak perlu berfikir. Saya gembira membaca buku kanak-kanak kerana tiada unsur-unsur romantik.

Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Allah di atas hidayah dan ilham untuk kembali meluruskan jalan mencari kebenaran Islam.

Saya juga perlu berterima kasih kepada keluarga saya di atas kehadiran mereka di sisi,walaupun mereka tidak tahu langsung saya sedang menghadapi permasalahan jiwa. Ketika tempoh ini, saya lebih menyedari kasih-sayang keluarga terhadap saya padahal sebelum ini saya hanya mengamalkan dasar "take it forgranted" dalam menilai kasih sayang mereka. Jangan salah faham, keluarga saya bukanlah jenis keluarga yang akan menyambut hari lahir setiap ahli keluarga, walaupun hanya dengan ucapan-tidak ada. Bukanlah jenis kelaurga yang selalu keluar makan2 di luar. Tetapi saya tahu, saya dan semua ahli keluarga saya mengamalkan dasar "unspoken love" terhadap setiap ahli keluarga kami.

Terima kasih kerana memahami.