Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Monday, July 03, 2006

Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid

My Book Information :

Judul : Rahsia Perindu
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-184-3
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Misteri/Romantik
Mukasurat : 576
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 19.90
Kod : NML0024RAM004LMR

My Rate : **

Synopsis From Back Cover :

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental.
Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.
Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.
RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain' sedang memerhatikan anda!

My Review :

Novel ini digarap sebegitu kompleks dengan mengangkat persoalan psychologist dan hypnotist. Saya sudah banyak membaca karya Barbara Vine aka Ruth Rendell yang juga banyak menulis isu-isu yang sama. Jadi semangat ingin tahu bagaimana penulis Melayu menulis isu yang sama.
Mengecewakan! Karya penulis ini begitu mengecewakan saya dan inilah karya pertama beliau yang mengecewakan saya.Nah, persoalan yang cuba diketengahkan tidak ada yang salah dan kekompleksan cerita itu sendiri tidak salah cuma garapan dan olahan penulis ini yang cuba untuk mengelirukan pembaca dengan menjadikan isu yang sedia kompleks menjadi bertambah bercelaru tidak dapat saya maafkan.
Apa yang mengecewakan saya? Pertama, time line tidak ditangani dengan baik. Cerita ini mengambil period yang berbeza berselang-seli dengan dunia nyata dan alam fantasi Leopard. Tidak kemas langsung timeline dalam buku ini padahal penulis ini, apa yang saya ketahui, ialah seorang penulis yang amat menitik beratkan kekemasan timeline dalam buku2nya yang lain.
Kedua, saya langsung tidak boleh telan bahawa Leopard, yang ditangkap dan ditahan reman sementara menantikan perbicaraan di mahkamah, rupa-rupanya hanyalah scapegoat pembunuh yang sebenar dengan cara hipnotis(pukau)??? Setahu saya, kaedah hipnotis tidak dapat kekal lama, paling lama pun dua tiga jam. Tetapi Leopard hanya menyedari dia tidak bersalah selepas 9 hari ditahan reman??? tak logik.
Bukankah dengan kaedah DNA, pihak polis Malaysia yang bijaksana dapat mengetahui darah siapa di hotel tersebut??? straight away sudah tahu bahawa Leopard yang kononnya ditangkap atas tuduhan membunuh Hamdan dan Jeffry bukan pembunuh yang sebenar. Jangan underestimate polis Malaysia. Mereka tidaklah naif dalam menjalankan siasatan pembunuhan.
Yang paling saya tidak boleh terima bahawa pengakuan Leopard, setelah 9 hari berlalu, bahawa dirinya bukanlah lelaki tetapi perempuan bernama Julia!!!! Dan part yang best, Amylia digambarkan begitu terkejut sekali dengan pengakuan Leopard aka Julia itu!!! Surely, Amylia, yang digambarkan seorang peguam yang bijak tahu asas2 utama sebelum menjadi peguam bela Leopard iaitu maklumat PERIBADI anak guamnya.Dan lelaki dan perempuan TIDAK ditempatkan dalam penjara yang sama. Saya sentiasa rasa Leopard adalah lelaki, kerana teman2 sepenjara yang rata2 adalah lelaki. Dan saya sentiasa ingat bahawa Leopard adalah Jeffry.
Watak Junaidah, pada mulanya saya ingatkan ialah ibu kepada Jeffry, rupanya bukan. OK ini saya boleh terima kerana tidak ada satu ayat pun yang mengatakan bahawa Jeffry itu anaknya. Penulis bijak bermain dengan minda pembaca dalam situasi ini. Adil.
Tetapi apa yang saya pertikaikan, apa kaitan Junaidah dengan Leopard aka Julia sehinggakan dia pergi melawat Julia di penjara?Tia kaitan langsung. Paling tidak pun, Leopard DIHIPNOTIS untuk dijadikan scapegoat dalam pembunuhan Jeffry, manusia yang sering mengganggu hidup Junaidah. Very loose end. Alih2 Junaidah serahkan jurnal anaknya kepada Amylia.
Ending lagi lah dah tak tahu nak cakap apa. Terlalu banyak red herring, terlalu banyak kebetulan, terlalu banyak ketidaklogikan. Akhirnya, saya menyerah kalah dalam kepenatan otak to sort things out. Sorry to penulis ini coz this time your novel does not do magic to me. this is not his masterpiece.

3 Comments:

Blogger HafizAdam said...

cite nie mmg berbelit dan pening..
mmg byk ksilapan dan psoalnb xterjawab..

Monday, 10 September, 2007  
Blogger jualbukus said...

Hai Hafiz,

memang,dlm banyak-banyak buku RAM,buku ni yang paling saya tak suka.

nampaknya awak peminat novel2 RAM.samalah kita.

Thursday, 27 September, 2007  
Blogger Kak Eyo said...

best semua ceta-ceta dalam novel Ramlee Awg Mushid ni. Saya ada semua koleksi novel beliau bersama Alaf 21. Selain alaf21 Ramlee Awang Murshid, ada keluarkan novel dengan penerbit buku lainka?

Wednesday, 03 August, 2011  

Post a Comment

<< Home