Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Saturday, July 01, 2006

Salam Kembali

Assalamualaikum,

Sudh lama saya tidak menjenguk blog saya ini. Sepanjang tempoh itu, saya menghadapi permasalahan yang melibatkan jiwa. Mahu atau tidak, saya kena lalui. Sama ada dengan sabar atau berputus asa,berselang-seli, saya tetap kena harungi. Saya sentiasa menggagahkan diri untuk melalui period itu dengan kesabaran dan meletakkan segala permasalahan saya di tangan yang Berkuasa-ALLAH.

Saya menjadi lebih peka bahawa dunia belum berakhir hanya disebabkan permasalahan saya itu. Rutin harian perlu diteruskan. Manusia masih tetap akan menghadapi konflik sesama sendiri selagi manusia wujud. Saya menjadi lebih redha dengan setiap ketentuan Allah bahawa ada masanya kita gembir dan ada masanya kita sedih.

Dalam tempoh itu jugalah, apa-apa keadaan atau benda yang mengingatkan saya kepada permasalahan saya itu, cuba saya elakkan. Dan hobi saya membaca novel sedikit sebanyak menerima kesannya. Saya tidak boleh langsung membaca novel-novel yang ada unsur-unsur romantik, cinta, airmata dan apa-apa sahaja bahan bacaan yang boleh menjuruskan pemikiran saya untuk mengingati permasalahan saya.

Lantaran itu, saya tidak dapat menulis review tentang novel melayu dalam tempoh itu. Saya tahu novel melayu, sedikit atau banyak, pasti ada unsur-unsur yang akan mengundang kesedihan dan penyakit jiwa pasti akan kembali. Kesannya blog saya ini tidak dikemaskinikan.

Namun begitu, saya tetap membaca cuma kali ini pembacaan saya lebih banyak tentang buku-buku agama yang membuka mata saya untuk lebih redha dan pasrah menghadapi segala peristiwa kerana setiap peristiwa itu sendiri adalah hak mutlak Allah untuk menguji keimanan hambanya. Tiba-tiba saya menjadi sedar, saya tidak berkeseorangan dalam hal jiwa ini! Saya membaca tafsir Al-Quran untuk menguatkan hujah yang saya buat dalam cubaan memujuk hati saya.Alhamdulillah-dalam mengharungi permasalahan saya tidak memilih untuk melakukan perkara yang ditegah walaupun berdansa di kelab malam. Terima Kasih Allah kerana memandu aku ke jalan yang lebih diredhaimu.Lagipun saya bukan jenis yang bersidai dan keluar malam apatah lagi berani ke kelab malam. Namun ketika menghadapi permasalahan jiwa, apa-apa pun boleh berlaku di luar dugaan manusia!

Setelah penat otak saya bekerja dan hati saya terkesan ketika pembacaan ilmiah itu, saya akan membaca buku kanak-kanak yang ditulis oleh Enid Blyton. Relaks sekejap kerana otak saya tidak perlu berfikir. Saya gembira membaca buku kanak-kanak kerana tiada unsur-unsur romantik.

Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Allah di atas hidayah dan ilham untuk kembali meluruskan jalan mencari kebenaran Islam.

Saya juga perlu berterima kasih kepada keluarga saya di atas kehadiran mereka di sisi,walaupun mereka tidak tahu langsung saya sedang menghadapi permasalahan jiwa. Ketika tempoh ini, saya lebih menyedari kasih-sayang keluarga terhadap saya padahal sebelum ini saya hanya mengamalkan dasar "take it forgranted" dalam menilai kasih sayang mereka. Jangan salah faham, keluarga saya bukanlah jenis keluarga yang akan menyambut hari lahir setiap ahli keluarga, walaupun hanya dengan ucapan-tidak ada. Bukanlah jenis kelaurga yang selalu keluar makan2 di luar. Tetapi saya tahu, saya dan semua ahli keluarga saya mengamalkan dasar "unspoken love" terhadap setiap ahli keluarga kami.

Terima kasih kerana memahami.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home