Inferior-Norhayati Berahim
My Book Information :
Judul : Inferior
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-448-8
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 517
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 23.90
Kod : NML0026NOBE004LR
My Rate : ***
Synopsis From Back Cover :
My Review :
Selepas saya tertarik dengan kebolehan penulis ini mengolah ayat-ayat dialog dengan begitu 'real', saya terus membaca karya ini. Ya, memang ini antara karyanya yang lama, tapi saya pun baru sahaja 'mengenali' karya-karya penulis ini selepas saya melihat,mendengar dan membaca bermacam-macam kata tentang penulis ini.
Seperti biasa, penulis ini gemar menggunakan ayat-ayat dialog dan dia tidak ada masalah dalam menulis ayat-ayat dialog yang apabila dibaca seperti percakapan lisan seharian. Itulah kelebihan penulis ini.
Pembangunan watak yang baik walaupun kadang kala agak merimaskan saya dengan cara penulis ini describe watat Intissar. Dalam bab-bab awal saya diundang dengan rasa bosan. Bukan kerana kelemahan olahan, tetapi kerana penulis ini cuba untuk menjadikan isu yang saya kira boleh ditulis dalam satu bab menjadi lebih 10 bab! Seolah-olah penulis ingin menebalkan bukunya. Ini saya panggil kaedah stretch. Kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan penulis untuk menebalkan buku so boleh jual dengan harga mahal sikit.
Padahal, bab-bab awal tidak langsung mengundang rasa, hanya diulang-ulang penulisan itu tetapi dengan pendekatan yang berbeza dan membawa maksud yang sama. Letih!
Namun, buku ini mempunyai plot yang agak menarik di mana watak Intissar menghadapi dilema suaminya berkahwin dua, dan untuk menjadikan cerita ini lebih dramatis, isteri keduanya ialah Nadia kawan baik Intissar yang juga anak kepada bekas orang gaji keluarga Intissar.
Maka, gambaran klasik pun digunakan di mana Intissar baik, Nadia jahat. Tidak mustahil di dunia nyata. Tetapi kekuatan penulis ini ialah watak-watak dalam cerita ini terutama watak2 utama dibangunkan dengan begitu terkesan sekali.
Konflik bermula apabila Intissar mengandung dan kejahatan Nadia tidak lagi hanya di hati tetapi sudah ditonjol secara fizikal. Nadia menjadi psikopatik, dengan memburu Intissar dan Amirul sepanjang masa.
Ada beberapa 'scene' tidak begitu logik tetapi tidak begitu ketara sangat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home