Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Sunday, August 27, 2006

Buku Yang Baru Dibeli

Pagi tadi pergi shopping complex kat area rumah saya. Dalam hati nak cari majalah hidayah dan hai terbaru dan beberapa buku yang memang dah target nak beli tetapi terbeli lebih buku pulak.Majalah Hidayah bulan September belum ada kat kedai mamak tu.

Kau Laksana Bulan-Aina Emir
Duri-Fauziah Ashari
Biarkan Aku Menangis-Norhayati Berahim
Mencari Kekasih-Zaharah Muhammad
Kau Bukan Untukku-Najwa Dania Daniel
Badang-Meor Shariman
Sumpahan Fasha-Meor Shariman
Rengsa-Zharulnizam Shah Z.A

Melalui sinopsis di belakang buku, rasanya, banyak buku-buku yang saya beli kali ini berunsur suspens/misteri.Maklumlah saya ni memang minat novel-novel berunsur suspens dan misteri ni.

Kedai mamak ni special skit, beli satu buku diskaun 5%,beli dua buku diskaun 10%.Di kedai tu saya beli 7 buah buku bermakna saya dapat diskaun 35%!! Sebab tu tak kisah beli banyak skit coz diskaun dia 'melampau'.

Lepas tu, jalan-jalan kat kedai buku dalam shopping complex yang sama-ternampak pula novel Rengsa.Harga RM 31.50.Tebal juga dalam 750 mukasurat.Terus sambar coz sinopsis belakang memang citer seram/suspens/misteri.

Berjanji pada diri sendiri bulan 9 ni stop beli buku kecuali satu buku tu coz ternampak tadi kat kedai buku tu.Harga RM 22.90. Tak beli tadi coz dah tak cukup duit.

Mungkin minggu depan pergi sekali lagi kat shopping complex tu coz nak beli majalah Hidayah dan nak sambar buku tu sebab sinopsis belakang buku nampak menarik.Tentang percintaan pelajar lelaki Indonesia dengan pelajar perempuan Mesir di Universiti Al-Azhar Mesir.Percintaan cara islam.A. Samad Said pun memberi pujian di belakang buku.Penulis dari Indonesia-Novel tu ada menang anugerah apa tah.Memang teruja nak beli coz plot dan jalan citer lain dari yang lain.

Thursday, August 24, 2006

Norhayati Berahim

Sebelum ini saya memang sudah mendengar nama penulis(dia) ini disebut-sebut oleh peminat-peminat novel romantik.Salah seorangnya ialah kakak ipar saya, tapi pada masa itu tidak terniat nak mengetahui lebih lanjut tentang dia.

Semasa memilih novel-novel di rak buku dalam kedai buku, selalu sahaja pandang novel-novel dia sambil lalu-masa ini saya memang dah agak tawar hati dengan novel-novel Melayu.

Keadaan ini berterusan sehingga bulan November 2005, rasa hati terhadap novel-novel Melayu mula mekar kembali, maka ketika ini jugalah saya mendengar nama penulis ini disebut oleh sepupu saya yang juga peminat novel Melayu.

Jadi, dalam bulan Disember 2006, saya bertekad untuk cuba membaca buku penulis ini.Lantas saya membeli buku dia yang bertajuk Air Mata Kasih diterbitkan oleh Alaf21. Saya memilih buku Air Mata Kasih di rak kerana dalam banyak-banyak buku dia dalam kedai buku itu, buku ini yang hanya tinggal sebuah ditambah pula saya menyukai sinopsis di belakang buku.(P/S: Saya memang terkenal dengan sikap suka membeli buku-buku yang dah tinggal satu di atas rak jika terpaksa membuat pilihan kerana selalu berpendapat, susah nak dapatkan buku-buku yang dah nak habis.hehehe)

Detik itu, bermulalah pengembaraan saya dalam fantasi karya fiksyen yang dicipta oleh penulis ini.

Melalui pembacaan itu,dan pendapat saya berdasar hanya sebuah buku itu, saya berasa penulis ini penulis yang berbakat dalam membentuk ayat-ayat dialog.

Saya cuba lagi untuk kali kedua dengan membeli dan membaca buku Andai Semalam Ku Miliki. Saya menyukainya!!!

Lantas, dengan sikap saya yang akan memborong semua buku daripada penulis yang saya suka pun bermula. Dalam satu tempoh yang singkat, saya berjaya mengumpul semua buku dari penulis ini.

Apa yang pasti, saya puas! Mula-mula saya berfikir hendak buat “marathon”-Ini juga salah satu sikap saya iaitu dalam tempoh tertentu, saya akan membaca dan membaca buku-buku daripada penulis yang sama sehingga habis. Dalam waktu marathon ini, saya tidak akan baca buku-buku daripada penulis-penulis yang lain

Namun, saya rasa cara ini kurang sesuai sekarang(dulu-dulu zaman bebudak boleh la) kerana akan cepat bosan dengan stail seorang penulis dalam tempoh itu. Ditambah pula,selepas tamat tempoh marathon itu, tiada lagi buku daripada penulis itu yang dapat dibaca.

Kedua, penulis-penulis lain juga perlu diberi peluang kerana ramai lagi penulis yang saya minat.

Pada saya, penulisan dia ada satu ‘tarikan’ yang susah saya nak ceritakan.Tapi seperti biasa, ada bukunya yang lebih baik darpada yang lain dan ada buku yang ‘kurang sikit’.Normal lah tu.Semua penulis, jika sudah menulis banyak buku pasti akan terjadi macam ni.

Judul-judul buku Norhayati Berahi di dalam simpanan saya:


1. ...LEWAT MUSIM ITU
2. DENDAM YANG TERLERAI
3. EMOSI
4. HANYA KERANA CINTA
5. INFERIOR
6. NOKTAH
7. PESANAN TERAKHIR S. LELAKI
8. RINDU
9. SEINDAH DERITA
10. SENTUHAN KASIH
11. TEGUH
12. AIR MATA KASIH
13. CINTA PERTAMA
14. EGOIS
15. HATI SEORANG WANITA
16. NOTA CINTA BUATMU
17. SAYANG TAK TERUCAP
18. UNTUKMU SEGALANYA
19. ANDAI SEMALAM KUMILIKI
20. TIADA BATASAN SAYANG
21. CINTA JANGAN KAU PERGI
22. DIA LEBIH MENGERTI
23. TERIMA KASIH KEKASIH
24. SETULUS CINTA
25. HATI YANG LUKA
26. JALINAN MEMORI
27. BUNGA KASIH-NORHAYATI BERAHIM

Yang terbaru bertajuk Biarkan Aku Menangis belum beli lagi.Nanti lah.


Ok lah, lain kali saya akan cerita tentang pengalaman saya meminati penulis-penulis yang lain.

Saturday, August 19, 2006

Apa itu STEREOTYPE?!

Terlalu ramai orang membincangkan masalah stereotype.Dahulu saya juga mempersoalkan masalah streotype ini.

Pengklasifikasian streotype itu sendiri berbeza mengikut pandangan masing-masing.

Tulislah apa saja.Kalau dah minat tetap minat.

Tulislah apa saja.Kalau dah tak minat tetap tak minat.

Senang. Itulah manusia.

Masalah streotype ini sebenarnya tidak hanya berlaku dalam novel-novel Melayu. Malah jika sesiapa yang banyak membaca novel-novel Inggeris pasti tahu betapa streotypenya novel-novel Inggeris kerana masih membawa tema universal iaitu cinta.

Cuma setting novel-novel Inggeris(yang kita tidak biasa dan terdedah dengannya) berbeza dengan novel-novel Melayu(yang kita biasa dan terdedah dengannya) menyebabkan kita mudah melabelkan novel-novel Melayu itu streotype.

Yang membezakan seorang penulis dengan penulis yang lain dalam penceritaan sesebuah novel itu ialah cara persembahan dan teknik yang digunakan untuk dihidangkan kepada pembaca yang juga dikenali sebagai olahan.

Adakah dengan cara yang cukup membosankan? Atau adakah dengan cara yang membuatkan kita terkesan dan berasa teruja? Di sinilah letaknya kelainan rasa daripada seorang pembaca dengan pembaca yang lain.Jika A menganggap karya Z membosankan.Masakan B juga berpendapat sedemikian. Semuanya bergantung kepada penghayatan,pengalaman membaca dan citarasa seseorang pembaca itu sendiri.terlalu subjektif untuk ditentukan.

Fasa pertama: Bagi yang baru baca novel pasti tak terkesan ‘masalah’ streotype ini.

Fasa kedua: Bagi yang dah banyak membaca novel pasti sudah dapat mengesan ‘masalah’ streotype ini dan rasa bosan dengan ‘masalah’ itu.

Fasa ketiga: Bagi yang membaca lebih banyak novel dan menggunakan fikirannya pasti akan memahami mengapakah masalah streotype ini berlaku.

Ini kerana hidup manusia itu sendiri sungguh stereotype!!! Dari zaman Adam dan Hawa sehingga kini, permasalahan jiwa menjadi omongan manusia.Dan itulah yang menjadi titik paling asas dalam karya fiksyen terutamanya dalam genre romantik.Itulah dinamakan karya fiksyen.

Persoalannya siapakah yang boleh lari dari rasa cinta??? Cinta terlalu universal.Bukan setakat cinta asyik masyuk yang meleweh-leweh.Cinta ketuhanan,Cinta seorang sahabat,Cinta kepada tanah air,Cinta kepada ibu bapa,Cinta kepada binatang, Cinta kepada harta,Cinta terlarang,Cinta dilarang. Oh my, the list goes on.

Cuma sekarang sesetengah karya fiksyen sudah berevolusi dengan memasukkan fakta ilmiah dengan harapan untuk menjadikan novel mereka berlainan daripada yang lain.Tetapi perlu diingat,tidak semua pembaca boleh menerima cara ini.

Bayangkan jika semua penulis menggunakan rumusan yang sama.Pastilah masalah streotype ini akan berulang kerana setiap kali kita membaca karya fiksyen pasti kita akan dihidangkan dengan fakta ilmiah!!! Ketika itu pasti ada suara-suara yang akan membangkitkan isu stereotype kembali.Manusia, mana pernah puas.

Untuk lari dari stereotype.Lahirlah beberapa genre fiksyen.

Masalah streotype ini juga berlaku dalam genre misteri/crime. Genre misteri pasti akan membawa kes pembunuhan.Streotype bukan??? Hanya olahan penulis dan setting sahaja yang membezakan.

Sebab itu setiap kali saya membaca novel genre romantik,awal-awal lagi saya dah set dalam kepala saya bahawa permasalahan besar yang akan dibawa pastilah temanya cinta. Namun, saya ingin melihat dan menganalisis bagaimana seseorang penulis boleh menghidangkan penceritaan mereka dengan cara yang mampu membuatkan saya berfikir wow!

Bagaimana pembangunan watak dikembangkan.Bagaimana keselarian plot dengan membawa plot yang unik.Kehebatan penulis menggunakan bahasa sebagai wadah untuk menyampaikan maksud kepada pembaca dengan tidak mengelirukan pembaca.

Saya pernah menyaksikan satu filem Iran, masih menggunakan tema paling general dan paling asas iaitu cinta-tetapi cara pengarah itu mengolah permasalahan jiwa ie cinta itu cukup simple dan sungguh berlainan daripada apa yang selalu disogokkan oleh cerita-cerita Melayu dan Inggeris sehingga amat terkesan dalam hati saya sampai sekarang saya masih teringat cerita itu.

Dengan mengambil contoh di atas, masalah di sini bukan tema cinta yang sungguh stereotype menjadi persoalan tetapi OLAHAN penulis itu yang menjadikan sesebuah karya itu lebih memberi impak dalam hati pembaca.

Saya sentiasa sarankan-selitkan sedikit dengan fakta ilmiah(jangan terlalu banyak sehingga membosankan) dan wujudkan sedikit unsur misteri(tidak hanya bermakna pembunuhan sahaja), jika ingin masukkan unsur-unsur fairytale juga pun tidak apa.Tapi yang penting olahan mesti baik.

Penulis boleh membantu impression pembaca dengan mengurangkan kesalahan tatabahasa,konsisten sepanjang novel,menggunakan kata ganti nama diri yang konsisten kecuali jika memang berhasrat menukarnya tetapi perlu memberitahu pembaca sebab penukaran supaya pembaca tidak mempersoalkan kredibiliti seseorang penulis itu. Penulis juga diharapkan dapat melicinkan karya mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan flashback, kata hati, ataupun penceritaan yang membawa tempoh yang panjang.

Kesimpulannya, selepas saya baca dan baca novel(Inggeris/Melayu) dan tonton dan tonton filem(Inggeris/Melayu/dan lain-lain) dan fikir dan fikir. Akhirnya, dapatlah saya rumuskan bahawa tema memang streotype tetapi OLAHAN seseorang penulis yang menjadikan karya mereka istimewa dan memberi kelainan antara satu dengan yang lain.

Inilah hakikat karya dalam kategori FIKSYEN. Karya yang lahir dari imaginasi seseorang penulis.

Sesuatu yang saya ‘pelajari’ setelah memasuki(saya rasa) fasa ketiga, berilah tema dan plot apapun yang sangat klise dan stereotype, tetapi jika penulis mampu mengolah cerita itu dengan baik, menariklah jadinya cerita tersebut. Dan saya, salah seorang pembaca cerita itu mungkin masih lagi mampu berkata WOW!

Kreatif satu hal,inovatif satu hal yang lain. Alangkah berbahagianya seorang pembaca dan penilai seperti saya jika penulis dapat menggabung jalinkan kedua-dua ciri ini dalam penghasilan novel mereka.

Cerita tidak ubah seperti masakan. Masakan tetap menggunakan bahan-bahan yang 'stereotype' untuk bahan perisa ie garam dan gula. Dua bahan paling asas dalam masakan, tetapi berilah ikan,ayam atau sayur apapun. Masakan tersebut tetap menjadi sedap jika tukang masak tahu ukuran sukat yang sesuai untuk setiap bahan dan rencah lain untuk menyedapkan masakannya.Maka terhasillah masakan yang tidak lagi 'stereotype' dan unik dengan menggunakan bahan-bahan yang 'stereotype'.

Jika ada pembaca yang tidak mahu membaca cerita-cerita berunsur fairytale.misteri,romantik,thriller dalam karya FIKSYEN bolehlah membaca buku-buku NON-FIKSYEN yang terdapat banyak di pasaran.

Friday, August 18, 2006

Tiada Lagi Cinta-Nor Rafishah Md. Hassan

My Book Information :

Judul : Tiada Lagi Cinta
Penulis : Nor Rafishah Md. Hassan
Penerbit : Rhythm Publishing Sdn. Bhd.
ISBN : 983-187-539-7
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 297
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 17.90
Kod : NML0041NRMH001LR

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati. "Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku" - Kerana cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu. Tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati melainkan percaya; kebahgiaan itu tetap ada.

My Review :

Penulis ini bukannya baru dalam arena penulisan. Novel ini membuktikan kematangan penulis ini dalam menulis novel. Persembahan novel ini cukup unik dengan beberapa bab awal dan beberapa bab akhir diambil daripada dua watak utama iaitu Amir Asyraf dan Mashitah. Dalam bab-bab ini banyak monolog bertukar ganti.Monolog Amir dan Mashitah. Monolog(luahan rasa hati mereka) ini diselang seli dengan dialog. Peralihan antara monolog dan dialog ini kadangkala membuatkan saya keliru dan sedikit pening.

Penceritaan bermula apabila dua insan yang langsung tiada kaitan, pada mulanya berjumpa secara kebetulan di bumi Terengganu. Pertemuan pertama itu menjadi mudah mesra selepas kedua-duanya menganggotai Rejimen Askar Wataniah.
Penulis menggunakan “Rejimen Askar Wataniah” untuk memesrakan Amir dan Mashitah dengan cepat di bab-bab awal supaya penceritaan seterusnya boleh dicerita dengan cepat. Saya rasa ini sesuatu yang baik.

Memang banyak novel sebelum ini yang menamakan bab dengan nama-nama watak(Saga-Abd Talib Hassan) tetapi belum pernah saya membaca novel Melayu yang menggunakan cara ini untuk mempertemukan dua watak yang langsung tak kenal antara satu sama lain pada awalnya.

Cerita ini berkembang, pada dasarnya bukan kerana watak utama itu sendiri tetapi orang-orang di sekeliling dua watak utama. Dua watak utama itu seperti pencerita/penggerak untuk watak-watak sekeliling seperti bekas-bekas kekasih mereka,kawan-kawan,adik angkat dan ibu bapa berkembang.Ini sesuatu yang unik saya kira.

Saya sendiri terkejut dengan misteri di sebalik jemputan perkahwinan untuk Amir dan Mashitah yang menyebabkan kedua-duanya berada di Terengganu.Memang tak sangka!

Pembangunan watak yang biasa tetapi method penceritaan yang unik dan segala-galanya terungkai di akhir novel. Cuma ada kelemahan. Penulis ini ada kalanya menggunakan perkataan yang kurang sesuai.Contoh syarat terutama, hati terkecewa. Sedangkan boleh saja ditulis syarat utama, hati kecewa.

Jika ingin tahu kesudahan di sebalik misteri kad jemputan, bacalah novel ini kerana saya tidak mahu membocorkan misteri itu.

Cuma mengapa perhubungan Mashitah dan Amir Asyraf seperti tergantung? Maksud saya mereka baru nak bercinta akhirnya.Mungkin penulis berhasrat ingin menulis sekuel kepada novel ini. Siapa tahu.

Wednesday, August 09, 2006

Apa yang sedang saya baca???

Tengah queue untuk dibaca dan direview

1)Tiada Lagi Cinta-Nor Rafishah Md Hassan-Rthym Publishing Sdn Bhd
2)Alunan Rindu-Ruhana Md Zaki-NHF Media
3)Hadirmu Satu Kurnia-Fariza Zuliana-Alaf 21 Sdn Bhd

Sabtu Lepas saya telah membeli tiga novel baru

Tiada Lagi Cinta-Rthym
Takdir Cinta-Nylea Publishing
Sayangku...Latifah-Nylea Publishing

Bermula Dan Berakhir- Naguib Mahfouz

My Book Information :

Judul : Bermula Dan Berakhir
Penulis : Naguib Mahfouz
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 983-62-3825-5
Edisi : 1993
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 622
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 22.00
Kod : NML0040NAMA001LR

My Rate : ****

Synopsis From Back Cover :

Bermula dan berakhir, yang berlatarbelakangkan kota raya Kaherah pada masa perang dunia kedua, menggambarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh sebuah keluarga Mesir yang tiba-tiba berhadapan dengan kemiskinan apabila ketua keluarga itu, satu-satunya insan yang menyara hidup mereka, meninggal dunia dengan tiba-tiba. Akibatnya, kedudukan dan kebiasaan hidup mereka sebagai kelas menengah hanya dapat diteruskan dengan bergantung hidup pada abang dan kakak yang mengorbankan maruahnya dengan melibatkan diri dalam kegiatan haram di Kaherah. Novel ini ialah sebuah mahakarya yang menyentuh perasaan kemanusian yang memperlihatkan konflik kebendaan, moral dan kerohanian keluarga itu dengan penuh simpati dan perasaan hiba yang seimbang.

My Review :

Saya membeli novel ini ketika bercuti di Langkawi pada awal tahun 1999 di kampung buku. Sebenarnya, sudah lama saya membaca novel ini, dan saya masih ingat jalan cerita novel ini. Ini menunjukkan novel ini sangat baik penceritaannya.
Kisah keluarga di Mesir yang menjadi kalut akibat kehilangan 'punca rezeki' yang menjadikan mereka hidup dalam 'kesenangan' sebelum ini. Dengan kematian bapa mereka yang mencari 'punca rezeki', adik-beradik dalam keluarga itu terpaksa bertungkus lumus menyara kelaurga besar itu. Bermulalah konflik demi konflik yang membelenggu keluarga ini dari pemasalahan harta ke permasalahan yang lebih parah iaitu jiwa dan moral. Terlalu banyak yang digadaikan demi meneruskan perlangsungan hidup.
Gaya bahasa yang sederhana dan penuh dengan nada2 sinis,menjadikan konflik dalam novel ini terasa lebih menarik.

Watak Hasan, Hasanein, Nafisah yang menjadi watak utana dalam novel ini digarap dengan sungguh baik hingga saya mampu menangis kerana mereka. Terlalu banyak perkara yang menyayat hati sepanjang pembacaan saya. Wajib baca.





Trilogi Saga 1,2,3- Abdul Talib Hassan

My Book Information :

Judul : Saga
Penulis : Abdul Talib Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors
ISBN : 967-61-0100-1
Edisi : 2004
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 388
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 14.00
Kod : NML0037ATH001LR


Synopsis From Back Cover :

Saga mengisahkan tiga watak utama iaitu Rahmat, Hisyam dan Munirah. Mereka meninggalkan kemewahan hidup di kota dan pulang ke desa terpencil untuk mencurahkan bakti membangun masyarakatnya yang masih jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Perjuangan mereka tidaklah semudah yang dijangka. Mereka turut terjebak dalam pelbagai kancak konflik seperti hasad dengki, khianat dan cabaran-cabaran lain terutamanya oleh sebahagian daripada masyarakat desa yang mencurigai kejujuran dan kemurnian cita-cita mereka.

Judul : Saga Dua
Penulis : Abdul Talib Hassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-065-2
Edisi : 1993
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 440
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 15.90
Kod : NML0038ATH002LR

Synopsis From Back Cover :

Hisham mengahwini Munirah;bekas isteri Rahmat dan dikurniai sepasang anak kembar. Dia berasa kecewa dengan kematian Munirah, lalu menyerahkan Munir dan Manisah untuk dipelihara oleh keluarga arwah isterinya yang beragama Kristian. Rahmat berjaya dalam politik dan cemerlang dalam perniagaan. Munir, membesar digawang pancang salib dan disogok dengan kebudayaan Kristian. Manisah pula melompat dari pelukan ke pelukan lelaki dan akhirnya tersepit ke dalam dakapan Rahmat yang kini bergelar Datuk.

Judul : Saga Tiga
Penulis : Abdul Talib Hassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-433-X
Edisi : 2003
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 441
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 18.90
Kod : NML0039ATH003LR

Synopsis From Back Cover :

Rasa berdosa itu ada. Rasa kesal dan malu jua ada. Membiarkan anak-anak membesar di gawang salib, hati seringnya gerah. Bahang dunia bukan tidak terasa. Bahu juga bagai tidak tertanggung dosa semalam. Dan di kesempatan yang ada, dia bermunajat bersama Khaliknya. Semoga apa yang berlaku semalam, ketidaksengajaan yang tidak akan berulang. Dan hari ini dia sedar; keterlanjuran cerita semalam perlu ditamatkan bersama cerita hari ini dengan penuh kesyukuran.

My Rate : ****

My Review :

Sebenarnya, saya mula diperkenalkan dengan trilogi ini setelah membaca saga 2 ketika berada di tingkatan 2 lagi.dan saya menyukainya. kemudian dalam tahun 2005,ketika minat membaca novel Melayu berputik kembali, saya membeli saga 1 dan 3.Bermulalah pembacaan trilogi saga yang menyeronokkan saya. Menyeronokkan??? Ya, begitu menyeronokkan. Ini bukan kisah cinta dewa-dewi yang tipikal-kisah romantik yang masyuk. Trilogi ini lebih dari itu.
Penceritaan nya berkisar tentang sebuah keluarga yang mempunyai segala-galanya di mata masyarakat tetapi sebenarnya ketandusan kasih sayang. Malah penulis ini mengupas isu yang lebih besar lagi dengan mengambil penceritaan kelaurga ini. Nilai beragama dan nilai-nilai moral yang seakan hilang dari kelaurga ini. Harta yang banyak tidak menjamin kebahagian yang hakiki dalam ukuran yang sebenar. Kisah novel ini diwarnakan lagi dengan pelbagai masalah sekeliling,dengan masyarakt setempat.
Cerita ini berlanjut dari tiga keturunan yang berada pada zaman yang berbeza tetapi mempunyai permasalahan yang sama. Gaya bahasa penulis ini yang cukup baik menjadikan trilogi ini sesuatu yang klasik. Tidak salah, jika saya mengatakan bahawa trilogi saga harus dimiliki oleh peminat sastera. Pembangunan watak yang amat baik-malah terlalu baik menjadikan saya menghayati setiap watak2. Jika dibuat perbandingan antara ketiga-tiga novel ini, Saga Tiga agak kurang setanding dengan yang dua lagi. Namun, demi melengkapkan cerita sebuah keluarga tiga keturunan, kesemuanya wajar dibaca. Belilah dan anda tahu anda tak rugi.

Sejernih Lazuardi- Samsiah Mohd Nor

My Book Information :

Judul : Sejernih Lazuardi
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Penerbit : Citra Kurnia Enterprise
ISBN : 983-41469-6-5
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan
Mukasurat : 321
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 19.90
Kod : NML0036SAMN001L

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Tiada

My Review :

Saya sudah lama 'mengenali' penulis ini seawal novel Riana-Novel Remaja Creative Enterprise lagi dilanjutkan dengan novel Sindora-CESB. Sejak dari dulu lagi saya memang menyenangi gaya bahasa penulis ini. Sebenarnya, saya membeli novel ini penghujung tahun 2005 tetapi baru sekarang tibanya 'queue' novel ini untuk dibaca.
Seperti biasa, sama seperti novel2 penulis ini yang lain, gaya bahasa nya baik dan agak unik. Plot utama novel ini bukan nya berkisar kisah ronatik yang mentah semata tetapi penuh pengisian tentang kehidupan sebuah keluarga.Tentang kisah sayang dan harta pusaka menjadi pokok pada penceritaan ini. Kisah agama. Pendek kata, kisah yang dipaparkan 'matang'.
Pembangunan watak yang amat baik. Pada awal novel, penceritaannya agak perlahan di mana penulis mengajak pembaca mengenali watak-watak,dan plot yang cuba disampaikan. Pada pertengahan novel, barulah pembacaan menjadi laju.
Nama penulis ini saya boleh samakan dengan Abdul Talib Hassan di mana setiap novel baru mereka, harus saya miliki kerana keunikan tersendiri mereka dalam bidang penulisan. Peringatan, ini bukan kisah romantik yang biasa-biasa kita selalu baca, tetapi kisah yang memerlukan pembaca berfikir tentang hidup ini.

Menyemai Cinta- Iffa Irdina

My Book Information :

Judul : Menyemai Cinta
Penulis : Iffa Irdina
Penerbit : Nylea Publishing
ISBN : 983-3686-02-8
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 610
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 21.90
Kod : NML0035IFIR001LR

My Rate : ****

Synopsis From Back Cover :

Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikankeseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Vinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yang selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. Terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia mendyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu.

My Review :

Ini novel pertama yang saya baca dari Nylea Publishing dan penulis ini tidak pernah saya dengar sebelum ini(tak tahulah jika penulis lama yang menggunakan nama pena). Pada awalnya, saya berasa was-was untuk membeli buku dari penerbit yang baru ini-maklumlah takut ceritanya mengecewakan ditambahkan saya agak kureng dengan novel yang melebihi 550 mukasurat. Terus-terang saya katakan, cover novel ini yang membuatkan saya beli.
Namun setelah membacanya, saya memang tidak rugi membeli novel ini! Jika penulis ini ialah penulis baru, dia telah berjaya menambat hati saya.
Kisah cerita ini saya kira sudah agak biasa diguna pakai tetapi yang menjadikan novel ini lain ialah gaya bahasa dan cara penulis ini mempersembahkan cerita itu dengan baik sekali. Saya dibawa dengan gaya bahasanya itu untuk menyelami rasa hati dan kehidupan Anissa aka Nissa. Saya benar-benar menjiwai watak utama ini. Ini menunjukkan pembangunan watak yang amat baik. Sepanjang pembacaan saya,tiada kekeliruan yang saya alami walaupun penceritaan novel ini bermula seawal dizaman belajar Nissa lagi. Bagaimana dia menangani setiap masalah yang melanda hidupnya terutama dalam soal jodoh.
Walaupun setebal 610 mukasurat(lebih dari mukasurat yang mampu menekalkan tahap mood saya) tetapi dengan pelbagai kisah2 menarik yang dijadikan subplot menjadikan saya tidak terasa bosan membaca novel ini. Wajib beli.



Kasih Bersemi- Rozita Abd Wahab

My Book Information :

Judul : Kasih Bersemi
Penulis : Rozita Abd Wahab
Penerbit : Diwangsa Publications & Distributors
ISBN : 983-9459-54-6
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 571
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 19.90
Kod : NML0034ROAW001LR

My Rate : ****

Synopsis From Back Cover :

Hanim guru muda yang baru sahaja ditugaskan di sebuah sekolah di utara menjadi perhatian guru-guru dan penduduk kampung sekitar rumah sewanya. Dia menjadi buah mulut masyarakat di situ apabila dikatakan akan bertunang dengan Awaludin, anak bujang Mak Yam. Malu dan marahnya bukan kepalang kerana cerita tidak berasas itu.
Untuk menutup rasa tertekan, Hanim mereka cerita bahawa dirinya sudah bertunang, Bagaimanapun cerita rekaannya itu mengundang kecewa Mak Piah pula. Mak Piah menyimpan angan hendak menjodohkan guru itu dengan anak terunanya Akmal,lelaki yang amat pendiam!
Siapa pun tidak menyangka cerita rekaannya menjadi kenyataan bila dia terpaksa juga bertunang dengan Shafri teman lelakinya yang kerap melukakan hatinya. Hanim menerima ikatan itu kerana segala kebaikan Puan Asma, wanita yang dianggap ibu kandungnya.
Kematian Shafri akibat kemalangan menyulitkan lagi hati Hanim. Mengapa Awaludin yang menginginkan Hanim, berkahwin pula dengan Amirah? Bagaimana Hanim mengubati hati kecewanya?

My Review :

Sebab utama saya membeli novel ini, bukan kerana penulis ini, tetapi kerana Cikgu. Saya begitu obses dengan novel yang memaparkan kisah guru ataupun watak utamanya guru. Saya pun tak tahu mengapa. Tapi yang penting, saya tidak rugi membeli buku ini!!!
Buku ini memang best dan menyeronokkan untuk dibaca. Memang patut dimiliki oleh peminat novel romantik/kehidupan. Novel ini ialah novel pertama yang saya baca hasil tulisan penulis ini.
Novel ini mengisahkan tentang guru baru yang menghadapi konflik dengan 'jodoh' yang dirancangkan untuknya. Hanim digambarkan sebagai gadis ideal yang menjadi idaman para ibu. Demi mengelakkan dirinya dijadikan seperti 'barang dagangan', Hanim mereka cerita bahawa dia sudah bertunang dengan Shafri, tunangnya.Konflik ini menjadi lebih teruk apabila dia benar-benar bertunang dengan Shafri! Namun kematian Shafri seakan membuka kembali peluang Mak Piah dan Mak Yam untuk mencuba menjodohkan Hanim dengan anak-anak mereka ie Awaludin dan Akmal.
Pembangunan watak yang amat baik. Plot yang menarik dan konsisten. Novel ini tidak ada masalah untuk sukar difahami dengan gaya bahasa yang cemerlang penulis ini. Diselitkan dengan beberapa adegan yang mampu mencuit hati ie lucu.
Secara peribadi saya amat neyukai watak Akmal,penulis ini berjaya menjadikan watak Akmal lain dari yang lain.Best!
Penceritaan penulis ini juga baik dan menarik dengan plot yang jaran-jarang diketengahkan oleh penulis lain.Pendek kata, novel ini wajib beli oleh semua peminat novel romantik yang menyukai sentuhan lucu sedikit.


Tuesday, August 08, 2006

Sayangku... Latifah-Dhiya Syakhira

My Book Information :

Judul : Sayangku... Latifah
Penulis : Dhiya Syakhira
Penerbit : Nylea Publishing
ISBN : 983-3686-03-6
Edisi : 2006
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 457
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 20.90
Kod : NML0033DHSY001LR

My Rate : ***1/4

Synopsis From Back Cover :

Dirinya dibenci dan dihina sejak kecil kerana kejelikan wajahnya. Dia digelar 'katak puru', si gemuk, si hodoh lantaran kulitnya yang hitam dan menggerutu. Giginya yang berkarat kerana tidak pernah bergosok dan pakaiannya yang buruk tidak berganti membuatkan dia menjadi mangsa ejekan kanak-kanak sebaya. Namun dia sabar kerana dia tahu keadaannya. Dia bahagia dengan Nek Timah yang mengasuhnya sejak kecil. Dia puas dengan Iwan yang menjadi satu-satunya sahabat sejatinya.
Masa berlalu dan dia menjadi Latifah yang baru. Seorang Latifah yang digilai oleh semua lelaki yang memangdangnya. Tetapi hidup bersama ibu saudara yang zalim selepas kematian Nek Timah tidak seindah yang disangka. Dia tidak pernah diberi ruang untuk menentukan hidupnya sendiri. Kepulangan Iwan selepas sepuluh tahun menghilang dirasakan mampu mengubah hidupnya. Tetapi ikhlaskah Iwan padanya? Sungguhkan kasih itu dilahirkan seikhlas hati buatnya?


My Review :

Novel ini baru sahaja saya beli hari Sabtu yang lepas. Saya terus teruja untuk membacanya dan memotong 'queue' novel yang lain. One thing saya suka cover novel-novel terbitan Nylea Publishing. Sungguh simple dan menarik pada pandangan saya.
Saya terpikat dengan sinopsis di belakang cover. Entah mengapa saya suka watak utama dilakar sedemikian rupa in a sympathetic way. Saya suka watak yang 'extremely not good' in a sense that can make reader to sympathize with the character.
Novel ini mengisahkan Tipah gadis kampung bermula dari budak hingusan yang buruk dari segala segi tetapi mempunyai perasaan yang sama sahaja dengan manusia lain yang berubah menjadi gadis pilihan jejaka apabila besar. Persahabatannya dengan keluarga Hj Zaman dan Puan Zaharah terutamanya Iwan anak mereka menjadikan diri Tipah sekurang-kurangnya seperti manusia lain yang ingin dilayan dengan sewajarnya.
Watak Mak Uda Rahmah dan anaknya Leman diwujudkan untuk membuatkan pembaca lebih bersimpati dengan watak Tipah. Atira, anak Mak Uda Rahmah dan Nek Timah pula diwujudkan untuk menjadi kontra dengan watak Mak Uda.
Persahabatan dengan Iwan terputus seketika ie 10 tahun, pertemuan semula antara mereka menyaksikan bagaimana perubahan drastik Tipah, budah hingusan yang buruk segala segi menjadi wanita pujaan lelaki.
Novel ini lebih kepada rentetan hidup gadis bernama Tipah. Pembangunan yang amat baik. Melalui novel ini, penulis ini saya kira berjaya menjadikan saya bersimpati dengan watak Tipah dan saya dapat menghayati watak Tipah. Saya kenal siapa dia Tipah yang sebenar.
Gaya bahasa penulis ini santai. Satu yang saya amati, penulis ini suka menulis ayat-ayat yang pendek.Senang difahami. Tidak ada ayat-ayat yang terlalu panjang yang banyak menggunakan kata hubung.
Setelah dua buah buku dari Nylea saya baca(the first one:Menyemai Cinta), saya menyukai hasil karya kedua-dua novelis ini. Seakan mereka sudah lama menulis walaupun saya tak pasti sama ada mereka penulis baru atau lama.


Realiti-Abdul Rahim Awang

My Book Information :

Judul : Realiti
Penulis : Abdul Rahim Awang
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-650-2
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Misteri/Detektif
Mukasurat : 534
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 23.90
Kod : NML0032ARA002LMD

My Rate : ***3/4

Synopsis From Back Cover :

Cinta itu telah membutakan matanya. Mengheretnya dalam kancah rumah tangga yang penuh kekejaman. Bila nafsu ditindas buas... bila kasih sayang diperkosa penuh kejam... apalah ertinya sebuah perkahwinan. Memiliki seorang suami yang tidak tahu menghargai, lebih baik mati daripada diseksa sampai mati. Masliza sengsara... Masliza menderita jiwa dan raga. Jalan ke luar juga bagai dipenuhi cerucuk... tersalah langkah, maut menantinya di mana-mana. Sedang dia perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Demi Sarah, permata hati yang disayangi. Lantaran tidak ingin mengaku kalah, Masliza menyerahkan seluruh jiwanya pada Ron. Bersama lelaki itu, Masliza temui cintanya yang hilang, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus nafsu yang tidak bertepi... demi memohon pelindung untuknya bernaung. Ketangkasan Ron, satu kekaguman padanya. Keberanian Ron, memberi kekuatan padanya... dan bersama lelaki itu, ada kepuasan yang tidak pernah dikecapinya... walau dia sedar, ada bahaya yang menantinya di luar sana...

My Review :

Saya menyukai karya ini. Selepas membaca kesemua novel-novel daripada penulis ini, saya dapat sategorikan karya ini sebagai karya tipikal daripada penulis ini. Seakan trademark. Pembangunan watak,setting suasana,bercerita tentang kepolisan-semua ini adalah perkara mudah bagi penulis berpengalaman ini dalam mewujudkan cerita berbentuk thriller.
Kisah ini berkisar tentang Masliza aka Ana yang mencuba untuk mempelajari pelbagai bentuk latihan dalam mempersiapkan dirinya berhadapan dengan bekas suaminya Yusoff Arshad aka Joe-bekas polis.
Masliza belajar dengan Ron ie bekas polis. Along the way, Ana bukan sahaja berhadapan dengan karenah Ron dan kenangan lalu yang sering menghantuinya tetapi juga turut mengetahui kisah kehidupan Ron ie perhubungan dengan bapa dan adik perempuan Ron ie Nisa(juga anggota polis).
Kisah ini dihebatkan lagi selepas Ron terlepas dari penjara dan dalam cubaan untuk mencari bekas isterinya ie Masliza aka Ana.
Banyak kejutan yang saya jumpa dalam cerita ini. Penulis ini mengupas isu kepolisan dengan baik-logik walaupun kesahihannya tidak dapat saya tentukan. Pembangunan watak yang baik di mana orang baik tidak selalunya baik dan orang jahat tidak selalunya jahat. Penulis berjaya melakar watak dengan not too tipikal.
Dalam novel ini juga banyak menggunakan teknik flashback. Dengan pengalaman yang luas sebagai penulis, setiap flashback tidak mengelirukan saya. Apa yang penting, jika anda peminat novel misteri/thriller dan lebih-lebih lagi peminat penulis ini-novel ini memang patut dimiliki.Namun, jika anda tidak minat genre misteri/thriller dan berharap novel ini ialah novel romantik-ya, ada sedikit romantik but not a typical love story.


Friday, August 04, 2006

Bagaimana Caranya Anda Membaca Novel???

Tetiba rajin pulak nak tulis pasal ni.

Sesetengah orang akan membaca start dari tengah novel hingga akhir.

Sesetengah orang akan baca skip2 cari part yang best2 je

Sesetengah orang jika buku tu tak menepati citarasa atau bosan terus tak sentuh buku tu lagi walaupun hanya baca 5 6 helai je!!!

Sesetengah orang pula baca dari mukasurat pertama sampai habis tanpa skip tak kira buku tu best atau bosan.

Saya pula dalam kategori yang akhir. Saya akan baca dari awal sampai abis.tapi part2 yang agak bosan,saya baca laju.

lagi satu sikap saya, saya akan baca dua novel dalam sekali baca-maksudnya saya baca gilir2 antara dua novel tu.

so biasanya saya akan pilih satu novel tebal, satu lagi tak begitu tebal-dari dua penerbit dan penulis yang berbeza.seboleh-bolehnya dari genre yang berbeza.mungkin satu romantik/satu lagi kehidupan.

anda pula macam mana???

p/s:ari ni tetiba je rajin nak meghupdate blog walaupun tangan dah penat menaip coz idea tengah banyak nak citer. kepenatan tangan terpaksa diabaikan dek idea datang mencurah-curah.hehehe

Jerat Percintaan Terhadap Buku-Kerja Gila Sepanjang Zaman

Seperti yang pernah saya janjikan, inilah kisah saya bagaimana saya telah masuk dalam jerat percintaan terhadap buku

Macam mana nak mula ya...(cewah cam penulis buku lak...writer's block la tu)

Saya minat buku ni sejak dari kecik lagi...saya dah lupa umur berapa saya boleh baca, tapi yang dalam memori ni, memang dari kecik la...dulu koleksi buku semuanya cerita kanak-kanak-picture's book.

Time sekolah rendah, memang selalu la pergi library sekolah, library sekolah ni memang macam tempat pertapaan saya lah kiranya-maklum lah kecik-kecik dulu mana ada duit sendiri nak beli buku-kalau ada duit pun, beli mainan tak pun beli cekedis(junk food)- time ni lah saya kenal enid blyton,alfred hitchcock,nancy drew,hardy boys dan buku-buku kanak-kanak yang lain yang memang penulisnya orang Malaysia.

Tambahan pula, mak kerja sebagai kerani sekolah di sekolah saya, apa lagi time cuti sekolah(kerani kena pergi kerja macam biasa), saya mesti ikut mak saya pergi sekolah, ambik kunci library dan terus bertapa dalam library.Macam di 'syurga'. Time ni la saya cari buku yang belum saya baca, saya susun buku-buku ikut kategori yang sesuai, saya buat kod sendiri-dan kalau tak sempat habis buku tu, saya pinjam bawak balik(pinjam sendiri, tak payah cop-cop)-one thing dari dulu sampai sekarang, kalau pinjam buku kat sesiapa atau di mana-mana mesti saya pulangkan balik.

Mak akan pergi KL Batu Road (jalan TAR) sebanyak dua kali setahun-time puasa dan time nak buka sekolah.Memang happy sangatlah time ni kerana saya tahu apa 'habuan' untuk saya nanti-buku. Lepas dah shopping baju segala dekat Globe, mak pasti bawak saya singgah minerva. Mak pergi seksyen buku agama, saya dengan riang hatinya pergi ke seksyen buku cerita(tak suka pergi seksyen buku sekolah). Mak suruh saya pilih sendiri buku-buku cerita yang saya nak-biasanya mak dah bagi warning awal-awal-"3 cukup". So, saya meneruskan pencarian buku-buku yang belum pernah saya baca- Siri-siri Nancy Drew, Enid Blyton, Alfred Hitchcock menjadi pilihan saya. "Eh, ni aku belum baca"-saya berkata dalam hati. Kebiasaaannya saya mesti angkut buku lebih dari yang mak saya benarkan. Tapi yang bestnya mak saya mesti akan bayar juga untuk kesemua buku-buku yang saya angkut tu. "Ainil kena habiskan baca 8 buku-buku ni, kalau tak rugi je beli tapi tak baca". Of course, itu mak tak payah risau sebab itulah niat saya, membaca buku yang saya beli- satu hari saya boleh habiskan satu atau dua buku.

Dek terpengaruh dengan buku penyiasatan kanak-kanak, saya dan kawan-kawan pun tubuhkan lah satu pasukan penyiasat-konon-konon la(pengaruh buku pada kanak-kanak). Setakat ni sume buku-buku yang saya baca ialah buku-buku berbahasa Melayu. Time darjah lima, saya melihat kawan sedarjah(dia ni pun memang ulat buku) saya membaca buku cerita English(Enid Blyton), pada zaman saya, hanya sesetengah siri Enid Blyton sahaja yang diterjemah ke Bahasa Melayu, selebihnya masih berbahasa English. Perasaan ingin tahu tentang cerita yang sedang dibaca kawan saya itu berkobar-kobar. Tapi saya lemah bahasa English.

Untuk mengatasinya, saya beli satu buku English (Enid Blyton) yang saya kira agak mudah dan cuba membacanya. Memang lah payah, mana taknya sekejap-sekejap tengok kamus, kat buku tu penuh dengan garis-garis (perkataan yang saya tak faham, saya gariskan). Inilah pengalaman pertama saya membaca buku English.-waktu ini juga saya melanggan dewan pelajar.

Bila dah darjah enam, kawan saya bernama Norhayati membawa dan membaca novel Melayu-pertama kali saya melihat novel Melayu dewasa.Tajuknya Konspirasi oleh Abdul Rahim Awang. Saya jadi ingin tahu, lalu saya meminjam buku tu dari kawan saya. Balik sekolah (seingat saya esoknya cuti) terus saya baca buku tu (pada pendapat saya ketika itu buku tu terlalu menarik) dan hanya bangun untuk makan,sembahyang dan mandi je. Keesokkan harinya sambung lagi sehingga habis. Itulah novel Melayu dewasa saya yang pertama dan yang pasti bukan yang terakhir. Maka bermulalah pencarian novel Melayu.

Time tu, memang novel Creative Enterprise yang glamor, seingat saya takde lagi syarikat penerbitan yang lain kecuali DBP,Fajar,Marwillis. Time ni jugak lah dah pandai simpan duit (especially duit raya-dulu selalu dapat duit raya 300 lebih ke atas)- hampir semua duit simpanan saya saya borong buku Creative Enterprise. Saya order melalui borang dalam majalah gila-gila. Main belasah je tanda buku mana nak beli(padahal tak baca sinopsis lagi). Lepas dah isi borang semua, kena buat wang pos- masa tu kan kecik lagi, mana lah tahu prosedur nak buat wang pos, apa lagi mak saya suruh la office boy sekolah tempat mak saya kerja pergi buat wang pos dan pos kan borang tu sekali. Semenjak dari tu lah, si office boy tu menjadi 'mangsa' saya untuk buat wang pos.
-waktu ini pula saya melanggan dewan siswa

Bukan sedikit saya beli buku-buku kat Creative Enterprise, adalah dalam 60 buah buku. Dulu buku Creative Enterprise murah-murah. Di sinilah ,saya kenal dengan Abdul Rahim Awang, Abdul Talib Hassan, Lamia Aimal, Shamsiah Mohd Nor, Raja Azmi- instantly mereka ni menjadi favourite author saya. Ada banyak lagi yang saya tak mention. "Kerja gila" ni berlangsung sehingga ke tingkatan 2.

Sepupu saya juga minat membaca novel, tetapi dia meminati novel-novel English- Sweet Dreams, Mills & Boons, Silhoutte, Siri Valley High School, Siri Freshman dan novel-novel berat yang lain. Saya yang pernah pergi ke rumahnya dan tengok koleksi novel-novelnya menjadi teruja. Terus simpan niat nak novel-novel macam tu juga. Apa lagi, terus saya mengumpul koleksi-koleksi novel-novel English ni. Dulu murah-murah je. Siri Sweet Dreams(teenager's romance) dan Silhoutte(adult's romance) sekitar 6 7 ringgit je. Memang borong habis lah time ni ditambah dengan novel-novel tebal English yang lain. By this time, saya dah boleh membaca novel English dengan lancar.

Di samping tu saya tengah gila dengan komik bersiri doraemon. Sampai sekarang saya masih menyimpan koleksi komik doraemon."Kerja gila" ni hanya sampai tingkatan 3.Semasa di tingkatan 4, saya masuk asrama, so kerja gila ni memang terus pupus.

Tapi saya tetap akan kumpul novel-novel Abdul Rahim Awang(sebab kebanyakkan novel-novel dia ni ada unsur misteri-kan saya minat misteri sejak dari zaman sekolah rendah) dan Lamia Aimal jika ada dijual di pasaran. Dan juga novel-novel Melayu yang ada unsur misteri or seram.Sehingga lah saya masuk U pertengahan tahun 1997 memang dah jarang sangat beli novel. Time ni memang saya tak pandang dah novel-novel romantik(English or Malay)-bosan dan muak.Mungkin masa ni darah muda yang kononnya geli dengan percintaan.Saya asalnya memang meminati genre misteri, penyiasatan. The only penulis yang saya still akan beli ialah Abdul Rahim Awang dan novel-novel Melayu yang berbentuk misteri,penyiasatan(dulu tak banyak sangat).-time ni lah terjumpa buku cincin permata biru. Pada awal tahun 1998, saya membeli buku Ramlee Awang Murshid yang pertama Tombiruo(ketika guna kertas kuning),Klon Zaifuzaman Ahmad sebaik berkenan dengan sinopsis di belakang buku. Sempat juga memborong buku Suite 1908 dan Masihkah ada kasih.

Ini kes pelik kerana ketika ini saya memang dah muak ngan buku berunsur romantik tetapi saya tertarik membelinya setelah membaca sinopsis.

Saya yang meminati genre misteri(sejak dari kecik) cuba mencari novel-novel sebegini dan ini menemukan saya pada satu penulis yang sampai sekarang saya amat kagumi dan minat iaitu Agatha Christie. Kisahnya begini, tahun 1998 ,time saya jalan-jalan (dahagakan buku misteri/penyiasatan) di CM cuba nak cari buku yang menarik minat saya membawa saya ke sebuah kedai buku terpakai yang penuh dengan novel-novel English(masa tu memang tak berharap lah nak jumpa buku-buku misteri).

Lepas tu di rak paling bawah(duk mencangkung) saya terpandang satu novel dan penulisnya ialah Agatha Christie-time ni memang saya pernah dengar nama dia dan saya tahu dia ni penulis buku misteri yang dah lama. Saya punyalah gembira tapi masih teragak-agak nak beli coz takut novel tu punya bahasa English susah(maklumlah penulis lama). Tapi bila tengok sinopsis kat belakang buku tu memang teruja yang teramat sangat lah. Akhir nya saya memborong 12 buku Agatha Christie :). Excited nak baca nih. Balik terus baca sebuah novelnya yang bertajuk "Peril at Ends House"-inilah karya pertama dia yang saya baca dan sungguh membuatkan saya tak toleh ke penulis lain.

Dan dalam tahun ini jugalah saya terjumpa karya Ramlee Awang Murshid(sila baca di atas).

So time period ni(1998-awal 2005), saya hanya akan beli novel2 melayu karya Abdul Rahim Awang(coz penulis misteri dan saya dah minat dari awal), Ramlee Awang Murshid(tapi tak pernah baca sehingga tahun 2004!),novel2 melayu yang berunsur misteri,suspens.
Tetapi ada juga terbeli novel2 melayu yang berunsur romantik ie Masihkan ada kasih,suite 1908,keranamu ain-noor suraya(beli semata-mata kerana sama ngan nama saya). Koleksi buku melayu romantik+misteri memang dah berlambak di rumah saya pada ketika ini.

Dalam period ini jugalah saya mengumpul dengan begitu banyak sekali novel2 English berunsur thriller/suspense/mystery/horror. Dan juga saya mengumpul koleksi Enid Blyton(in English) untuk mengembalikan nostalgia saya dan beberapa siri kanak2 seperti Harry Potter, Chronicles of Narnia(C.S Lewis)

Pernah satu ketika saya memborong 34 buah buku Agatha Christie di kinokuniya Sogo(dedulu Kinokuniya English di Kompleks Sogo KL) kerana kedai buku terpakai di CM dah takde tajuk2 buku Agatha Christie. Saya spend RM 800.00 lebih!!! Terkejut cashier tu!

Kegilaan saya terhadap Agatha Christie tidak berakhir dengan buku2 misterinya sahaja. Apa2 buku ilmiah yang berkaitan dengan Agatha Christie(biography) pun saya beli di Abebooks(online buku terpakai).

Sekarang saya ada kesemua novel2 Agatha Christie sebanyak 83 buku misteri, dan 6 buku romantik/kehidupan yang ditulis oleh Agatha Christie di bawah nama pena Mary Westmacott.

Ketika ini juga, ketagihan terhadap buku2 misteri saya berkembang. Saya mula membeli novel2 misteri tahun 1920an-zaman Golden Age(peminat misteri tahu apa maksudnya).

Penulis Arthur Conan Doyle(Sherlock Holmes)-complete
Penulis Dorothy L. Sayers(Siri Peter Wimsey)-Semua ada kecuali satu buku
Penulis Ngaio Marsh(Inspector Alleyn)-Complete
Sue Grafton
Laurie R. King
Colin Dexter-complete
Emily Brightwell
Sidney Sheldon-complete
Michael Palmer
John Grisham
Dean Koontz
P.D James dan terlalu banyak lagi…dalam koleksi saya.

Begitu juga dengan penulis Enid Blyton- saya ada semua siri enid blyton(long story).Yes all!!! Kecuali short stories yang terlalu lah banyak.

Dan dalam period ini juga komik detektif conan dan penyiasat remaja menjadi buruan saya setiap bulan. Gilakan?!
Plus majalah remaja dan mastika. Dan bapa saya pula melanggan reader’s digest.

Saya sebagai peminat buku-menyimpan setiap koleksi ini walaupun majalah doremon masih ada dalam simpanan.

Buku2 ilmiah dan agama kebanyakan bapa saya yang beli tapi saya yang uruskan susun aturnya.

Antara peralihan ke waktu sekarang, saya dah muak yang teramat untuk membeli apa2 jenis buku. Kecuali majalah hidayah(masih melanggan sehingga sekarang) sehinggalah sepupu saya duduk di rumah saya awal 2005. minat terhadap novel Melayu kembali berputik sehinggalah sekarang.Ketika ini lah mula minat novel2 dari penulis2 Melayu seperti Norhayati Berahim,Anis Ayuni dan lain2

Dan novel2 English saya beli hanya untuk melengkapkan siri2 yang ada saja-no new series yang saya beli. Ataupun buku2 non mystery yang saya kira menarik untuk dibeli(P/S: sampai skang tak beli2 lagi buku A suitable Boy-vikram seth hehehe)

Lambakan novel2 Melayu mula menguasai rak-rak buku di rumah saya.So some of the older books have to keep them in the kotak or almari baju to make way to the new ones.

Itulah Ainil dengan kegilaannya.Oklah dah penat menaip.

Hatiku Milikmu-Zaharah Muhammad


My Book Information :

Judul : Hatiku Milikmu
Penulis : Zaharah MUhammad
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-622-7
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 525
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 22.90
Kod : NML0031ZAMU002LR

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Isteriku, Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini... Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku... mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah... kini engkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan biarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku... dan kini adalah masa untuk aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah... kerana aku memberikan apa yang kuada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku.... Tunggulah... engkau akan faham juga nanti. Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku ini. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana cinta kita bukan ilusi....

My Review :

Setelah membaca dua karya penulis ini, nampaknya penulis ini telah memasuki list wajib beli untuk karya-karya penulis ini yang seterusnya. Seperti biasa, tema yang dibawa ialah tema percintaan di mana watak utama, Aisyah memperjuangkan rasa minat yang pertama terhadap seorang lelaki,yang hanya dikenali namanya sahaja ie Amirul Hakim. Rasa minat yang mendalam berputik menjadi rasa cinta yang dipendam sekian lama lantas membibit rindu kala terpisah untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
Sepanjang episod kehidupan, Aisyah sentiasa diduga rasa cintanya terhadap Amirul Hakim. Dugaan dalam bentuk cubaan untuk mengahwinkan dia dengan Ustaz Zamri dan Azlan.Namun,dek rasa cinta sebelah pihak terhadap Amirul,membuatkan Aisyah menjadi keras hati untuk menentang percubaan untuk menjodohkannya dengan kedua-dua lelaki itu.
Episod hidupnya tidak hanya meraih cinta Amirul sahaja, tetapi along the way dia menjadi faham erti persahabatan yang sejati dengan kehadiran Salmi. Yang utama, rasa kasihnya kepada Allah menjadi lebih mekar dengan penantian takdir Allah dalam menyatukan dirinya dengan Amirul.
Pembangunan watak yang seimbang di mana saya tahu 'siapa' itu Aisyah. Plot cerita yang disulam dengan pelbagai subplot lain menjadikan cerita ini lebih menarik.
Paling saya suka dengan penulis ini ialah rasa hati Aisyah terhadap kasihnya kepada Ilahi yang saya rasakan cukup meruntun jiwa saya. Belum pernah rasanya saya membaca novel yang bijak mengupas rasa kasih yang lahir dari hati yang suci terhadap Ilahi.Sampai saya menangis menghayati rasa kasih itu yang jauh lebih suci dan utama bukan sahaja dalam hidup Aisyah tetapi juga dalam hidup kita sebagai hambanya yang satu hari pasti akan diadili.Best!!!
Namun, seperti trademark penulis ini-1/3 pertama novel ini,penulis ini menulis 'Aisyah' tetapi 2/3 seterusnya bertukar menjadi 'aku'.Kata ganti nama diri yang tidak konsisten membuatkan saya menyoal kredibiliti penulis ini sebagai penulis yang berwibawa.Alhamdulillah, rasa itu diselamatkan dengan kupasan yang bernas terhadap rasa kasih Ilahi.
Perkara lain, saya agak keliru bagaimana ketika Aisyah ingin diijabkabulkan dengan Azlan, dia boleh melarikan diri dan Irene Maria menggantikannya sedangkan rancangan itu tidak diberitahu kepada Irene Maria,wanita yang menjadi pujaan Azlan. Nasib baik tak menyentuh perkara pokok. Bagaimanapun di akhir novel,serasa tidak logik dengan kebetulan demi kebetulan yang keterlaluan ketika terserempak,berjumpa,perkenalan,teguran pertama dan identiti dengan lelaki bernama Amirul Hakim.sigh

Apa yang saya review???

One of my friend who has visited my blog told me or should i say, condemned me in a positive light. She, in a way, trying not to be too sarcastic though she failed to do so, had asked me the reason why i gave a review that didnt help her to know the plot of a particular novel.

as far as she concerned,she wanted a review that can help her to buy a good book and i've failed to fulfill her intention.

and to let her know, I a more interested to see how each novelist execute their idea into words.how they build the wataks. And how they present their work to the reader.whether they can use words as a tool to make reader comprehend and read along their ideas well.whether it's complex or santai is not an issue. From here, I can evaluate using my own faculty with my own judgment-whether the novelist is competent enough or not.-my own perspective.nevertheless, I bear in my mind, some of the novelist I review are freshies, so I allow myself a buffer to be linient.

to me, this is an element that i really interested in. i have read so many novels and currently at a stage where i want to analyze the novels not in an ordinary way but in a way that a scholar(if there is one and I'm not good enough to be considered as that) reviews it.

and obviously, the reason why i make a segment that show back cover synopsis or blurp-to help people to know the plot of the novels.

to her-who-must-not-be named, please excuse my words of sarcasm,if there is one, due to me being an ignorant lot. ;)

let cherish our hobby of reading novels.be it a strenght to strenghten our frenship. let us make ourselves accept any differences(ideas) that arise so often.
ie ku minat ct,ko minat nc-but what the heck right???

Novel Melayu Yang Ingin Dimiliki

Di bawah saya letakkan tajuk-tajuk novel melayu yang ingin saya beli/miliki. List ini akan bertambah dari semasa ke semasa.List ini juga akan berkurang dari semasa ke semasa apabila saya sudah beli atau miliki sesebuah novel itu.(list novel english lain)

1. kau bukan untukku-Najwa Dania Daniel
2. takdir cinta-Dina Najat
3. Sayangku...Latifah-Dhiya Syakira
4. Bila lagi mentari limpahkan sinar-ahadiat akashah
5. kisah satu malam-ahadiat akashah
6. air mata pertama-mohd nasruddin dusuki
7. sebening air mata-mohd nasruddin dusuki
8. anggerik di tangkai mawar-manaf hamzah
9. lagenda seribu kekasih-diya elora
10. mahligai-salina ibrahim
11. tirai impian-ma lee chuswan
12. diari seorang petualang-naguib mahfuz
13. persinggahan-norhisham mustafa
14. sutera dalam lukisan-abd talib hassan
15. khailee-abd talib hassan
16. jerebu-abd talib hassan
17. lambaian huda-mohd nazmi yaakub
18. danur kasih-
19. tiada lagi cinta-norafishah md hassan
20. demi kasih demi sayang-liza meor rashdi
21. kau kekasihku-anis ayuni
22. hati yang tertusuk-nia azalea
23. mencari kekasih-zaharah muhammad
24. permata asmara-rozita a wahab
25. tunjukkan aku satu bintang-john norafizan
26.sentuhan-hasanuddin md isa
27.sinar kasihmu-mohd hizam hj ali
28.tak ingin menagis lagi-maharam mamat
29.warna-warna kasih-zulkarnain estar
30.selaut kasih-azilawati mat angsar
31.ke mana hatimu-ayman haikal
32.kisah kasih-kreisya reisya
33.impian kasih-liza zahira
34.mencari cinta-leeya myra
35.bila cinta membara-mazia harris
36.kasih antara kita-aleeya aneesa
37. adam dan hawa-aisya sofea
38.sehangat asmara-aisya sofea
39.tiada lagi mimpi-sharifah abu salem
40.tak semanis impian-sharifah abu salem
41.tak seindah mimpi-sharifah abu salem
42.fantasia romantika-rio hermawan
43.beberapa novel dari penulis khairul aswad ramli(novel2 dia memang semua thriller/misteri/penyiasatan ke???)

kebiasaannya, saya mesti akan beli novel2 yang dah nak pupus(maksudnya novel2 yang sudah lama diterbitkan. ataupun novel2 yang diterbitkan oleh penerbit selain dari alaf21 dan cesb)kenapa? kerana novel2 ni kalau sold out-susah nak cari balik manakala kalau novel terbitan alaf 21 dan cesb senang nak cari di mana2 kedai buku atau pun boleh beli online.

p/s:sebab tu banyak novel2 alaf 21 dan cesb yang sengaja saya tangguhkan pembelian supaya saya dapat membeli novel2 yang saya tahu akan pupus kalau lambat beli.

lebih2 lagi novel2 alaf 21-saya 'terpaksa menganaktirikan' novel2 alaf21 kerana servis alaf21 sangat baik dan efisien ditambah dengan novel2 alaf21 ada di mana2(menunjukkan promosi sangat berkesan). saya tahu jika 5 tahun akan datang, saya tetap boleh beli novel2 alaf21 yang lama2. saya pernah berurusan dengan pekerja alaf21(melalui telefon)-servis mereka sungguh baik.saya dilayan dengan baik dan efisien.setiap pertanyaan dijawab dengan baik dan suara yang mesra-professional.

semua ni sememangnya dianggap remeh bagi sesetengah penerbit tetapi percayalah servis(perkhidmatan) dan layanan yang baik mencerminkan mutu sesebuah syarikat penerbit.

yang penting list saya ni pasti akan berubah-ubah jika ada buku2 yang baru.:)

Thursday, August 03, 2006

Koleksi Novel Melayu

Kali ini, saya cuba menggagahkan diri saya untuk menyenaraikan semua koleksi novel2 saya yang sempat saya geledah. Koleksi novel-novel ini yang berada dalam rak buku saya. Novel-novel lama yang dalam kotak dan dalam almari baju tu malas la pulak saya nak geledah. Tak kuasa saya nak geledah!Nanti-nantilah. Hajat di hati nak rekodkan semua buku-buku saya dan menjadikan lebih tersusun dan mudah dicari dengan menggunakan rekod.

ALAF 21 SDN. BHD.

ANIS AYUNI

1.GEMERSIK KALBU
2.YANG TERINDAH
3.SUARA HATI
4.MANISNYA CINTA

NIA AZALEA

5.SEREDUP KASIHMU
6.KAU YANG SATU

NORHAYATI BERAHIM

7.AIR MATA KASIH
8.CINTA PERTAMA
9.EGOIS
10.HATI SEORANG WANITA
11.NOTA CINTA BUATMU
12.SAYANG TAK TERUCAP
13UNTUKMU SEGALANYA

RAMLEE AWANG MURSHID

14ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)
15BAGAIKAN PUTERI
16HATIKU DI HARAJUKU
17MANDATORI
18RAHSIA PERINDU
19RANGGAU
20ATU JANJI
21SEMANGAT HUTAN
22TOMBIRUO
23TOMBIRUO TERAKHIR

ZAIFUZAMAN AHMAD

24ANGKARA SAKA
25DENDAM SEMALAM
26MISTERI JULIA
27RAHSIA MIMPI
28KLON
29JALAN TERAKHIR

DAMYA HANNA

30ICARA HATI
31SEPI TANPA CINTA


32ORIGINAL-DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ
33RINDU YANG PERGI-FAZIE HANNA
34PELABUHAN KASIH-LILY SURIANI
35ARJUNA HATI-NORZAILINA NORDIN
36RATU-RICHIE RACHMAN
37DIARI SEORANG GURU-S. HAWA
38KASIHKU ABADI-SHANIKA LATISHA
39MASIHKAH ADA KASIH-SHARIFAH ABU SALEM
40UTERA KASIH-SIRHAN ANSARI
41SUITE 1908-SRI DIAH
42OMBAK RINDU-FAUZIAH ASHARI
43CINTA RAHSIA-LIZA ZAHIRA
44HADIRMU SATU KURNIA-FARIZA ZULIANA


CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD.

NORHAYATI BERAHIM

45. ...LEWAT MUSIM ITU
46. DENDAM YANG TERLERAI
47. EMOSI
48. HANYA KERANA CINTA
49. INFERIOR
50. NOKTAH
51. PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI
52. RINDU
53. SEINDAH DERITA
54. SENTUHAN KASIH
55. TEGUH

NOOR SURAYA

56. BIRU UNGU CINTA
57. NYANYIAN TANJUNG SEPI
58. RINDUNYA KIAN MEMBARA
59. TANAH ANDRIYANA
60. KERANAMU AIN

SALINA IBRAHIM

61. ATAS NAMA KASIH
62. KOMBINASI BUNGA CINTA

SITI HAZNEZA ABDUL HAMID

63. ANGIN DINGIN DARI UTARA
64. CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
65. MIMPI KITA SERUPA

FATINILAM SARI AHMAD

66. ANTARA DUA HATI
67. MEGALOMANIA
68. MEGALAMONIA 2
69. CENDERAWASIH
70. KESTURI
71. PEREMPUAN TANPA DOSA

ZAHARAH MUHAMMAD

72. HATIKU MILIKMU
73. MAAFKANLAH AKU

ABDUL RAHIM AWANG

74. BARA
75. MAMA
76. REALITI
77. EGO
78. ORANG KETIGA
79. GENERASI YANG HILANG
80. JEJAK-JEJAK SONGSANG
81. SAKA
82. LEGASI
83. VERDICT
84. BONEKA

LAMIA AIMAL

85. DONIA
86. SEMARAK
87. TIGA WAJAH
88. TITIAN USANG
89. WAJA

ABDUL TALIB HASSAN

90. SAGA 2
91. SAGA 3
92. DIARI HATI
93. WARISAN
94. CINTA SEMALAM
95. JELAGA
96. PRIMADONA
97. MEGA-MEGA
98. AIRANI
99. ARITA KASUMA
100.DI RAHANG SUMPAH
101.PELARIAN
102.BEBAYANG UNGU

NAZIFAH HALMI

103.INDAHNYA CINTA
104.SELEMBUT KASIH

MA LEE CHUSWAN

105.SELAMAT TINGGAL SAYANG
106.PERMATA HATI
107.LAMARAN KEDUA

AHADIAT AKASHAH

108.HORIZON
109.GIGOLO
110.BUDAK KOSMOPOLITAN

UJANG

111.JIBAM
112.CINTA TERAKHIR

SHAMSIAH MOHD NOR

113.SINDORA
114.RIANA

MALUNGUN

115.DENDAM
116.RAHSIA DI SEBALIK WAJAH

117.ANUGERAH PERTAMA-RAMLEE AWANG MURSHID
118.AYAHANDA-AZIZI HAJI ABDULLAH
119.BAHANG-ISMAIL BABU
120.BILA MUSIM BERGANTI-NORHISHAM MUSTAFFA
121.BISIKAN KASIH-NORHAYATI ABDUL MALEK
122.CANGERAI-BAHA NORDIN
123.CINCIN PERMATA BIRU-MIOR SHARIMAN HASSAN
124.DINIHARI-ZEEREE KAMRENG
125.HANYA KAU SEGALANYA-JESSY MOJURU
126.IMPIAN TERLERAI-MOHD GHAZALI TOCHEH
127.JIBAM-UJANG
128.KASIH ANTARA MUSIM-LIANA AFIERA MALIK
129.KAU TETAP DIHATIKU-JAMILAH AHMAD
130.KEHILANGAN-ELIAS HJ IDRIS
131.MENANTI SURIA-SUZANA SALEH
132.MENITI SENJA-RAFIZAH NORDIN
133.MEREKA YANG TERTEWAS 2-HASANUDDIN MD ISA
134.NALURI-MOHAMMAD NAZIR SAAD
135.OPERASI 999-MOHD ALI MS
136.PARUT-SITI ROHAYA ABU SAMAH
137.PELANGI IMPIAN-AINI BALQIS
138.RAGAU-SABRI SAID
139.SEMPADAN TANPA SERI-JOHN NORAFIZAN
140.TAMU-WAN YUSOF HASSAN
141.TIDAK SEINDAH SENYUMMU-HAMIZA
142.TITIAN–MOHD DAUD SHADZLI
143.UNTUKMU-AZILAH WAHAB
144.UZLAH-NORA
145.DI SINI LURUHNYA MUSIM KASIH-SITI ROHAYAH ATAN
146.SUTINAH-A. SAMAD ISMAIL



RHYTHM PUBLISHING CO. SDN. BHD.

JESSY MOJURU

147.MAYANG SARI
148.TANGISAN DI PUSARA CINTA

KHAIRUL ASWAD RAMLI

149.SILHOUETTE
150.SUATU MASA… DI BULAN NOVEMBER
151.…DAN DEDAUN PUN BERGUGURAN

152.HERLINA-JENN PG
153.NUR PENYULUH HIDAYAH-TARIKUDDIN HAJI HASSAN
154.KERUH DI MUARA-RADZEMAH BOLHASSAN
155.CINTA TERLUKA-RAIHANAH SALLEH
156.KACA-KACA BERSERAKAN-MOHD GHAZALI TOCHEH
157.KESETIAAN CINTA-ANDIKA WIRA JIWA
158.NYAH II:SEMUANYA BUKAN KUPINTA-ROSE
159.DI PERSISIRAN RINDU-ANNIE VINCENT
160.LUKA SEKEPING HATI-NORAFISHAH MD. HASSAN

SIRI PENYIASATAN CHRISTIE

ALFIANNA

160.MAYAT MISTERI
161.PENYAMARAN
162.KAWASAN LARANGAN



NB KARA SDN. BHD.

NORHAYATI BERAHIM

163.ANDAI SEMALAM KUMILIKI
164.TIADA BATASAN SAYANG
165.CINTA JANGAN KAU PERGI
166.DIA LEBIH MENGERTI
167.TERIMA KASIH KEKASIH
168.SETULUS CINTA

KAKI NOVEL ENTERPRISE

169.TANPAMU DI SISI-PUTERI ANDALAS
170.RINDU SALIHA-ANITA ABDULLAH

KREATIS MEDIALOKA SDN. BHD.

FAZURREENY MARHANIF

171.JANGANLAH KAU BERMIMPI LAGI
172.SEABADI KERDIPAN CINTAMU

173.SENTUHAN MAYA BAYANGAN MILA-FARANINA ZULFAR
174.PRIMADONA YANG PULANG-MERLIZA RADIMAN
175.METAMORFORSIS MAHARANI-KASH S. JOHAN

KHALYSA PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS

176.ANDAINYA KUTAHU-PUTERI ANDALAS
177.CINTA JATI KLASIK-SHAMSIAH MOHD. NOR

NYLEA PUBLISHING

178.MEYEMAI CINTA-IFFA IRDINA
179.KERANA KAU LELAKIKU-TEJA AUFI NASRUL

NHF MEDIA

NORHAYATI BERAHIM

180.HATI YANG LUKA
181.JALINAN MEMORI

182.KU PENDAM DUKA-ARN FAISAL
183.SETIA JANJI-SAZLINA SULAIMAN
184.ALUNAN RINDU-RUHANA MD ZAKI

DIWANGSA PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS

185.BUNGA KASIH-NORHAYATI BERAHIM
186.KASIH BERSEMI-ROZITA ABD WAHAB

ARA COMMUNICATIONS

ABDUL RAHIM AWANG

187.METERAI
188.OBSESI
189.JAGUH
190.ZAMRUD
191.SHIT SEMBELIT

192.SEMPENA-ROSLI MOHD. SAH

UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS

193.NILAI KASIH-RADZEMAH BOLHASSAN
194.PEI PAN-RAMLEE AWANG MURSHID
195.SAGA-ABDUL TALIB MOHD. HASSAN

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

196.SEBUAH KAMPUNG DI PINGGIR LAUT-ANITA DESAI
197.POTRET DORIAN GRAY-OSCAR WILDE
198.SI FADET KECIL-GEORGE SAND
199.DOKTOR JEKYLL DAN ENCIK HYDE-ROBERT LOUIS STEVENSON
200.BERMULA DAN BERAKHIR-NAGUIB MAHFOUZ
201.VOSS-PATRICK WHITE
202.MAKTAB IBU KANDUNG-SHAARI ISA
203.JELATANG MALGUDI-R.K. NARAYAN
204.PEMBURU MIMPI-SALEHA HUSSIN
205.MENITI SENJA-SAWAKO ARIYOSHI
206.HUJAN SUDAH TEDUH-ZAHARAH NAWAWI
207.MADU DALAM SARINGAN-KAMALA MARKANDAYA
208.IGAUAN MAUT-RAMLEE AWANG MURSHID
209.MEMBELA KEBENARAN-DANIEL JEBON JANAUN
210.OPERASI MATRIK-FATIMAH SAIDIN
211.MENCARI KEBEBASAN-ZULKIFLI MANSOR
212.ISTERI-ROSMINI SHAARI
213.SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN-GABRIEL GARCIA MARQUEZ

PELBAGAI PENERBIT

SIRI CRIME

214.MAUT DI VILLA INDAH-NOOR
215.PARASIT-SUZIE
216.MAYAT MISTERI-NOOR
217.THE O PANAS-AQILLA

218.SEJERNIH LAZUARDI-SAMSIAH MOHD. NOR
219.JOURNAL SEORANG PELAUT-HASRUL SYAH B. HASSAN
220.MENYINGKAP ILUSI-HATIKASIH
221.CINTA YB-HASAN HAMZAH
222.AURA CINTA-AINA EMIR
223.RAHSIA AGENDA ALAM HITAM KELAHIRAN MUFRAD-ZEHANN UR RAKHIE
224.BIARLAH SEMUANYA BERLALU-NINA KIRANA
225.DUKA YANG TERPENDAM-NINA KIRANA
226.DI SEBALIK SENYUMANKU-NINA KIRANA
227.EVOLUSI SEMALAM-ANIS MANJA
228.GADIS IMAI-PULYNOOR
229.FARIDA BENEDICTA-W.S. UZALA
230.DI SUDUT KOTA-SHAILEY AZIZAH
231.LORNE DOONE-R.D. BLACKMORE
232.DAHAGA DI LAUTAN MADU-HALIM MAHMOOD
233.SKANDAL REMAJA-HALIM MAHMOOD
234.CAMELIA GADISKU-RAHMANIAH HJ KANTAN
235.OH….AZIZAH!-NORAZIZAH ABU BAKAR
236.PAGAR MAKAN PADI-WAHID KASRAN
237.BAPAK AYAM-WAHID KASRAN
238.SUARA DALAM DINDING-AHMAD IDRIS
239.ORANG HANYUT-ALI JUSOH
240.SURUT-SURUT OMBAK-AZAHA OTHMAN
241.IDAYU-ROZNINAH ABD. AZIB
242.PENGORBANAN-ABDUL RAHIM HARUN
243.DISKET MISTERI-ADMUA M.N
244.BAGAI MENJULANG SERAPI-OTHMAN PUTEH
245.DI BALIK OMBAK-HAMDAN RAJA ABDULLAH
246.MEKAR DI KELOPAK LAIN-SABAR BOHARI
247.JUBANG
248.PULAU IMPIAN-ADI ALHADI
249.PANTAI KASIH BERPUTIK SAYANG-DILLA
250.DEBU-DEBU KERESAHAN-DILLA
251.KEMELUT DI HUJUNG RINDU-DILLA
252.SEUNTAI BENANG CINTA-FREDY S
253.BAHTERA CINTA-FREDY S
254.MENANTI FAJAR MENYISING-R. DALY LAGIMIN
255.ADIK TERATAI RATU-HAMDAN RAJA ABDULLAH
256.AYAHKU SENIMAN-OTHMAN PUTEH
257.PERWIRA EMPANGAN PECAH-OTHMAN PUTEH
258.MEMBAWA HARAPAN-ISMAIL AHMAD
259.PURBAWESA-MUHD NASRUDDIN DASUKI
260.PANTAI KEBENARAN-NARIZAH SAMAT
261.JALUR SINAR DI CELAH DAUN-ZAHARAH NAWAWI
262.BUKAN IMPIAN HATI-ATMA A.M
263.BUKIT TEMBAGA-MOHD ZAHIR ISMAIL
264.DIA YANG KUSAYANG:AINI FAREHA-ZIZMA ROSZA
265.PUNKID CINDERELLA-MAZHAN NORDIN
266.MALIM DEMAN MENUNAI JANJI-RAHIMY
267.MALANG TIDAK BERBAU-KHADIJAH HASHIM
268.ARNIZAH-KHADIJAH HASHIM
269.ANAK MANJA AYAH-AINI MAJID
270.KISAH ANAK KAMPUNG-MISRAN LASIMAN
271.CABARAN HIDUP REMAJA-OTHMAN PUTEH
272.LANGKAH PERTAMA-KHADIJAH HASHIM
273.ORANG-ORANG HUKUMAN-R EFFENDI K.S
274.GADIS BERJAKET HITAM-ROSLI MD
275.DEE-AZIZI HJ. ABDULLAH
276.JENTAYU-ISMAIL HANAPIAH
277.PELARIAN KE ANGKASA-ABDUL AHMAD
278.PEMANCING UDANG GALAH-MATLOB
279.BERUKERA DARI PLANET ULBA-MOHD ISMAIL SARBINI
280.MISTERI PLANET MARIKH-ILIAS HAJI ZAIDI
281.SYUKUR DAN KUFUR-REJAB F.I
282.JANGAN IKUT JALAN INI-A. SAMAD SAID
283.TAKDIR ILAHI-REJAB F.I
284.RM 100,000-RINA KHAN
285.JENDELA PUTIH-RAJA AZMI
286.AIR MATA-MAZ A.Z
287.AWEK PENGKID-NUR I DEE
288.OTAK-AHADIAT AKASHAH
289.PROFESSIONAL-AHADIAT AKASHAH
290.MISS X-NATASYA KASHAH
291.MATILDA-AHADIAT AKASHAH
292.STAR-AHADIAT AKASHAH
293.SI LEMBUT-AHADIAT AKASHAH
294.MR. NICE GUY-ZURAIDAH OTHMAN
295.MR. X-AZNIL HJ NAWAWI


NOVEL-NOVEL YANG HILANG

1. BLACK WIDOW-RAJA AZMI
2. LAGENDA BUDAK SETAN-AHADIAT AKASHAH
3. CINDERELLA’98-AHADIAT AKASHAH
4. BUDAK MOMOK-AHADIAT AKASHAH
5. KONSPIRASI-ABDUL RAHIM AWANG
6. BEBERAPA BUKU DARI PENULIS KHADIJAH HASHIM
7. BEBERAPA NOVEL DARI CREATIVE ENTERPRISE
8. BEBERAPA NOVEL DARI MARWILLIS
9. BEBERAPA NOVEL DARI PENERBIT FAJAR

SAYA DAH LUPA TAJUK KEBANYAKAN NOVEL-NOVEL YANG HILANG.
SAYA MENGUMPUL NOVEL-NOVEL MELAYU DAN ENGLISH SEJAK DARI DARJAH TIGA LAGI.

DARJAH TIGA DAN DARJAH EMPAT KUMPUL BUKU PENYIASATAN ENID BLYTON,SIRI SALMA,SIRI ALFRED HITCHCOCK,SIRI HARDY BOYS DALAM BAHASA MELAYU.SAYA JUGA MENGUMPUL NOVEL-NOVEL YANG SESUAI UNTUK BACAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA.

DARJAH ENAM, SELEPAS MEMBACA KONSPIRASI-ABDUL RAHIM AWANG(PINJAM KAWAN PUNYA), TERUS MINAT GILA2 NAK BELI DAN KUMPUL KOLEKSI SENDIRI.BERMULALAH LAMBAKAN NOVEL-NOVEL MELAYU DAN ENGLISH DEWASA.

ENTRI YANG LAIN SAYA AKAN SENARAIKAN NOVEL-NOVEL ENGLISH SAYA.

PADA ENTRI YANG LAIN JUGA SAYA AKAN TULIS SEBAB SAYA MEMINATI BEBERAPA NOVELIS.NOVEL-NOVEL MEREKA MASUK DALAM 'MUST BUY' SAYA. SAYA PUNYA PERANGAI,JIKA MEMINATI SESEORANG PENULIS, MESTI NAK KUMPUL SEMUA NOVEL PENULIS TERSEBUT.SEDAP TAK SEDAP BELAKANG KIRA.

SELAIN ITU, SAYA JUGA AKAN SENARAIKAN NOVEL-NOVEL YANG TERINGIN/AKAN SAYA BELI.

p/s: SEBENARNYA,KEBANYAKAN NOVEL-NOVEL LAMA SAYA,TELAH SAYA BACA.NAMUN, UNTUK MENULIS REVIEW,TERPAKSALAH SAYA MEMBACA SEMULA NOVEL-NOVEL ITU DI MANA SAYA TAK KUASA(NAK BACA) KERANA HALANGANNYA, TERLALU BANYAK NOVEL-NOVEL BARU YANG BELUM DIBACA.

KESIMPULANNYA-BACA LAJU,TULIS REVIEW MALAS!HEHE

PENATNYA!