Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Thursday, January 26, 2006

ADAM- Ramlee Awang Murshid



My Book Information :

Judul : ADAM

Penulis : Ramlee Awang Murshid

Penerbit Alaf 21 Sdn Bhd

ISBN : 983-124-099-5

Edisi : 2002

Tema : Kehidupan/ Misteri/ Romantik

Mukasurat : 568

Kulit Buku : Lembut

Harga : RM 19.90

Kod : NML0016RAM002LMR

My Rate : ****1/2

Synosis From Back Cover :

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA...
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

My Review :

Hebat! Memang hebat! Buku ini terlalu best-dan penulis ini is one of the kind-Semakin banyak saya membaca novel-novel penulis ini, semakin saya meminati dan respect penulis ini.

Sepanjang saya membaca novel ini, walaupun plot nya sangat berat dan kompleks, tidak pernah saya keliru atau lost. Ini menunjukkan penulis ini mampu menulis plot dan cerita yang sungguh kompleks dengan terlalu banyak subplot- tetapi tetap menjaga 'timeline'. Novel ini adalah contoh terbaik, apa yang pernah saya katakan- logic in itself( walaupun cerita ini hanya khayalan penulis) dan tidak ada kekeliruan 'timeline'. Begini lah contoh penulisan yang ingin menulis sesuatu peristiwa dalam tempoh yang panjang or even flashback- saya tak pernah keliru langsung. Well Done bro.

Pembangunan watak, tak payah cakap lah-very good. Saya berdebar,saya bersimpati,saya menangis, saya ketawa bersama setiap watak-watak ciptaan penulis ini. Saya bangga kerana ada penulis melayu yang boleh membuat novel thriller yang hebat-Sama hebat dengan Sidney Sheldon, Jeffery Archer, Dean Koontz dan ramai lagi penulis novel-novel Inggeris.

Pengetahuan penulis tentang politik di US, tempat-tempat di New York dan Washington DC cukup meyakinkan. Tidak ada apa-apa yang cacat cela, cuma edisi saya ini ada typo error sana sini.

Semua subplot-subplot itu dianyam dengan amat kemas dengan plot utama di pengakhiran cerita- dan saya baru sedar mengapa diwujudkan subplot-subplot itu di awalan cerita- kerana subplot-subplot itu sendiri adalah plot utama!!! very nice stail. Cuma Subplot di Banjaluka, Bosnia- yang saya tak tahu mengapa ia diwujudkan- mungkin untuk menunjukkan bahawa Hilman adalah competent sharpshooter.

Overall, best sangat!!!Bukan tak rugi membelinya tapi rugi sesape yang tak membelinya!!!

Andai Semalam Ku Miliki- Norhayati Berahim

My Book Information :

Judul : Andai Semalam Ku Miliki
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
ISBN : 98342115-3-8
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 562
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 21.50
Kod : NML0015NOBE001LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta. Cinta itu tetap bersemadi.
Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukah diberitahu pada Wardah yang menanti? Arggh...dia benar-benar tidak sampai hati. Di sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.
Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh kumiliki....seorang lelaki bernama Zafri itu pasti todak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika Wardah kembali...

My Review :

Ini adalah karya kedua penulis ini yang saya baca. Sebelum ini saya memang mengenalinya, tetapi tidak pernah membeli novel-novelnya-bukan kerana tak suka tetapi tidak pernah terambil novel-novelnya di rak-rak buku. Selepas membaca begitu begini tentang penulis ini, saya berkata pada diri saya sendiri-Let me judge her myself. Jadi saya membeli novelnya yang bertajuk Air Mata Kasih- dan saya sukakannya. No doubt, penulis ini is one of the competent novelist. Gaya bahasa dan olahan cerita yang mengalir bagai air- kemas dan bersahaja membuatkan pembacaan menjadi laju.
Novel ini juga menampakkan kemampuan dan kematangan penulis dalam mengolah cerita. Pembangunan watak yang baik ditunjukkan bukan sahaja dalam ayat-ayat naratif tetapi juga ayat-ayat dialog. Penulisan yang kemas dan bersahaja saya temui di sepanjang pembacaan novel ini. Tidak ada masalah timeline.Dan ada beberapa konflik dalam novel ini yang menaikkan semangat saya untuk menghabiskan buku ini.
Sepanjang pembacaan saya, banyak info-info menarik dan pengetahuan tentang sesuatu yang baru boleh didapati dari buku ini. Nampaknya, penulis ini luas pengetahuan-mungkin melalui pembacaan atau pengalaman sendiri.
Cuma, pada pendapat saya, novel ini tetap boleh menjadi novel yang baik jika ditulis dalam 300 lebih mukasurat instead of 562 mukasurat. Plot cerita ini baik, tetapi ada bab-bab yang ditulis hanya untuk menebalkan buku. Jika ketiadaan bab-bab ini, masih tidak mengganggu struktur perjalanan cerita utama. Ada sedikit sana sini typo error. Tersalah nama orang.
Secara keseluruhannya, berdasarkan novel ini,penulis ini ternyata penulis yang berbakat- dalam mewarna dan membangunkan watak-watak. Penceritaan yang bersahaja dan kemas. Tetapi novel ini sendiri tidaklah begitu best jika dibandingkan dengan Air Mata Kasih-juga karya penulis yang sama. Namun, novel ini tidak rugi dibeli.

Wednesday, January 25, 2006

Cincin Permata Biru- Mior Shariman Hassan


My Book Information :

Judul : Cincin Permata Biru
Penulis : Mior Shariman Hassan
Penerbit Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-167-5
Edisi : 1996
Tema : Kehidupan /Misteri/ Romantik
Mukasurat : 492
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 19.90
Kod : NML0014MSH001LMR

My Rate : ****

Synopsis From Back Cover :

Apakah benar cincin itu membawa tuah ? Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar...cincin permata biru penghias jari...

My Review :

Inilah salah satu contoh yang baik. Buku ini penuh dengan misteri dan menyeramkan, anda jangan terkejut jika saya katakan buku ini juga penuh dengan humor yang terkawal. Pada saya gaya bahasa penulis ini amat baik, pengolahan yang bagus. Jangan teragak-agak untuk membeli buku ini kerana saya jamin buku ini pasti membuatkan anda tak nak tidur bukan kerana takut, tapi kerana nak tahu kesudahan cerita. Buku ini cukup perencah, all in one, seram,misteri,cinta,kelakar-semuanya ada.
Dialog 'witty', penbangunan watak yang baik, gaya bahasa dan olahan cerita yang amat baik, plot yang amat menarik dan kompleks tetapi tidak mengelirukan.
Buku ini amat tidak merugikan untuk dibeli. Jika anda terjumpa buku ini di mana-mana kedai buku, terus sambar dan baca.Pasti tidak dikecewakan, ini jaminan saya. Lain dari novel yang lain. Saya jamin 100%!

Sunday, January 15, 2006

Sutera kasih- Sirhan Ansari


My Book Information :

Judul : Sutera Kasih

Penulis : Sirhan Ansari

Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd

ISBN : 983-124-180-0

Edisi : 2005

Tema : Romantik

Mukasurat : 353

Kulit Buku : Lembut

Harga : RM 15.00

Kod : NML0013SIAN001R

My Rate : *1/2

Synopsis From back Cover :

Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?
Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!
Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.
Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!

My Review :

Saya tertarik dengan buku ini selepas membaca sinopsis di belakang buku. It looks promising. Jadi saya pun membelinya. Saya yang sudah beratus-ratus membaca novel-novel Melayu dan Inggeris straight away boleh detect bahawa karya ini bukan lah karya yang baik selepas membaca sekerat jalan. Plot yang hendak ditampilkan memang 'memberangsangkan' tetapi olahan cerita yang tak menarik, pembangunan watak yang lemah.

Tapi yang betul-betul membuatkan saya hilang mood ialah 'repetitive scenario'. Penulis berulang-ulang kali menceritakan benda yang sama. Seolah-olah dia nak menggambarkan betapa 'lemah'nya watak utama itu dan nak meraih 'simpati' pembaca untuk turut bersimpati dengan nasib watak itu.

One thing, editor dia tak buat kerja ke? This book is badly in need for editing.

Review ini tidak bermaksud untuk melemahkan semangat penulis ini, tetapi saya berharap penulis itu mengkaji setiap 'kesalahan' dia ketika menghasilkan karya ini dan berusaha untuk memperbaiki karyanya di masa depan. Saya ingin berharap penulis ini dapat menulis lagi dengan menghasilkan karya-karya yang baik walaupun tidak hebat.



Saturday, January 14, 2006

Kau Tetap Di Hatiku- Jamilah Ahmad

My Book Information :

Judul : Kau Tetap Di Hatiku
Penulis : Jamilah Ahmad
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-620-0
Edisi : 2005
Tema : Romantik
Mukasurat : 414
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM20.90
Kod : NML0012JAAH001R

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Apa saja yang kau inginkan... walau sekadar melintas di fikiran, atau singgah sebentar di pojok anganan, aku sedia mengalah, berundur, memberi ruang untuk kau memilikinya. Sesaat pun tidak inginku sakiti hatimu. Walau segaris, walau dengan setitis air mata. Seorang sahabat bukan untuk kukhianati hatinya. Terpelihara dalam genggaman yang kukuh. Undur diri, Rosnah memberi ruang kepada Azie, sahabat yang paling disayangi, merampas kekasih hati. Satu,satu... Rosnah cuba kenang pengorbanan lalu. Lara hati didiamkan. Sakit hati dipendamkan. Rajuk hati dipujuk perlahan-lahan. Namun sengketa jua sudahnya. Dan Azie membawa rajuknya yang panjang dengan membiarkan Rosnah dihimpit duka sendirian. Lelah mengalah, Rosnah kembali menganyam cintanya yang tidak kesampaian... kembali mengintai si jejaka yang pernah hadir dalam mimpi dan jaganya...

My Review :

Novel ini memaparkan jalan cerita yang baik. Awalan yang agak panjang sebelum menyentuh plot utama menyebabkan pembacaan 'lambat panas'. Bab 1-22 lebih banyak berkisar kepada plot sekunder iaitu cerita watak antara Rosnah dan Putri. Kehebatan penulis mula terserlah apabila plot utama mula beraksi antara watak Rosnah dan Azie. Penulis berjaya menyelami dasar suasana dan cerita dengan cemerlang. Penulis turut bermain-main dengan senario cerita yang seakan-akan benar-benar berlaku iaitu kehidupan sebagai seorang jururawat pelatih, nampak 'real' mungkin berdasarkan pengalaman penulis jika tidak pun, penulis membuat homework.

Namun begitu, kesinambungan bab- bab dianyam dengan kemas sehingga kelarai bab awalan ( berkisar plot sekunder) dan bab-bab seterusnya tidak berjurang malahan teranyam rapi. Walaupun hampir-hampir menerjah kebosanan pada bab-bab awal, namun kekuatan dan kemantapan gaya penulisan membuatkan saya 'memberi peluang' dan di bab-bab pertengahan dan akhir terus membangkitkan minat saya untuk menetahui kesudahan cerita. Dan ternyata ianya berbaloi.

Saturday, January 07, 2006

Mimpi Kita Serupa- Siti Hazneza Abdul Hamid



My Book Information :

Judul : Mimpi Kita Serupa

Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid

Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd

ISBN : 983-893-581-6

Edisi : 2005

Tema : Kehidupan/Romantik

Mukasurat : 353

Kulit Buku : Lembut

Harga : RM 18.90

Kod : NML0011SHAH001LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

Tanpa sedar kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkaan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. mereka sudah cukup dewasa... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata ...

My Review :

Pada pendapat saya, novel ini tidak ada 'kesalahan' apa-apa dari pembangunan watak. Cuma ketika saya membaca novel ini, terlintas di fikiran saya apa kaitan antara first-half dan second half novel ini.Saya rasakan first half of the story adalah subplot manakala second half adalah plot utama. Subplot yang diwujudkan seolah-olah hanyalah untuk menebalkan buku, dan tidak dianyam rapi dengan plot utama.

Ketika membaca buku ini, saya benar-benar berharap akan adanya klimaks di mana-mana lampir mukasurat kerana saya tahu penulis ini is one of the competent novelist. Tetapi saya kecewa kerana cerita ini tidak ada klimaks seperti yang saya harapkan.

Secara keseluruhan novel ini sebenarnya adalah novel yang baik, cuma novel ini akan jadi lebih baik jika diwujudkan satu klimaks. Novel ini saya kira masuk dalam kategori cerita 'berat'. Dan cerita 'berat' selalunya saya mengharapkan ada bahagian klimaksnya.