Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Thursday, January 26, 2006

Andai Semalam Ku Miliki- Norhayati Berahim

My Book Information :

Judul : Andai Semalam Ku Miliki
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
ISBN : 98342115-3-8
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 562
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 21.50
Kod : NML0015NOBE001LR

My Rate : ***

Synopsis From Back Cover :

Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta. Cinta itu tetap bersemadi.
Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukah diberitahu pada Wardah yang menanti? Arggh...dia benar-benar tidak sampai hati. Di sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.
Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh kumiliki....seorang lelaki bernama Zafri itu pasti todak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika Wardah kembali...

My Review :

Ini adalah karya kedua penulis ini yang saya baca. Sebelum ini saya memang mengenalinya, tetapi tidak pernah membeli novel-novelnya-bukan kerana tak suka tetapi tidak pernah terambil novel-novelnya di rak-rak buku. Selepas membaca begitu begini tentang penulis ini, saya berkata pada diri saya sendiri-Let me judge her myself. Jadi saya membeli novelnya yang bertajuk Air Mata Kasih- dan saya sukakannya. No doubt, penulis ini is one of the competent novelist. Gaya bahasa dan olahan cerita yang mengalir bagai air- kemas dan bersahaja membuatkan pembacaan menjadi laju.
Novel ini juga menampakkan kemampuan dan kematangan penulis dalam mengolah cerita. Pembangunan watak yang baik ditunjukkan bukan sahaja dalam ayat-ayat naratif tetapi juga ayat-ayat dialog. Penulisan yang kemas dan bersahaja saya temui di sepanjang pembacaan novel ini. Tidak ada masalah timeline.Dan ada beberapa konflik dalam novel ini yang menaikkan semangat saya untuk menghabiskan buku ini.
Sepanjang pembacaan saya, banyak info-info menarik dan pengetahuan tentang sesuatu yang baru boleh didapati dari buku ini. Nampaknya, penulis ini luas pengetahuan-mungkin melalui pembacaan atau pengalaman sendiri.
Cuma, pada pendapat saya, novel ini tetap boleh menjadi novel yang baik jika ditulis dalam 300 lebih mukasurat instead of 562 mukasurat. Plot cerita ini baik, tetapi ada bab-bab yang ditulis hanya untuk menebalkan buku. Jika ketiadaan bab-bab ini, masih tidak mengganggu struktur perjalanan cerita utama. Ada sedikit sana sini typo error. Tersalah nama orang.
Secara keseluruhannya, berdasarkan novel ini,penulis ini ternyata penulis yang berbakat- dalam mewarna dan membangunkan watak-watak. Penceritaan yang bersahaja dan kemas. Tetapi novel ini sendiri tidaklah begitu best jika dibandingkan dengan Air Mata Kasih-juga karya penulis yang sama. Namun, novel ini tidak rugi dibeli.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home