Sutera kasih- Sirhan Ansari
My Book Information :
Judul : Sutera Kasih
Penulis : Sirhan Ansari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-180-0
Edisi : 2005
Tema : Romantik
Mukasurat : 353
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 15.00
Kod : NML0013SIAN001R
My Rate : *1/2
Synopsis From back Cover :
Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?
Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!
Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.
Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!
My Review :
Saya tertarik dengan buku ini selepas membaca sinopsis di belakang buku. It looks promising. Jadi saya pun membelinya. Saya yang sudah beratus-ratus membaca novel-novel Melayu dan Inggeris straight away boleh detect bahawa karya ini bukan lah karya yang baik selepas membaca sekerat jalan. Plot yang hendak ditampilkan memang 'memberangsangkan' tetapi olahan cerita yang tak menarik, pembangunan watak yang lemah.
Tapi yang betul-betul membuatkan saya hilang mood ialah 'repetitive scenario'. Penulis berulang-ulang kali menceritakan benda yang sama. Seolah-olah dia nak menggambarkan betapa 'lemah'nya watak utama itu dan nak meraih 'simpati' pembaca untuk turut bersimpati dengan nasib watak itu.
One thing, editor dia tak buat kerja ke? This book is badly in need for editing.
Review ini tidak bermaksud untuk melemahkan semangat penulis ini, tetapi saya berharap penulis itu mengkaji setiap 'kesalahan' dia ketika menghasilkan karya ini dan berusaha untuk memperbaiki karyanya di masa depan. Saya ingin berharap penulis ini dapat menulis lagi dengan menghasilkan karya-karya yang baik walaupun tidak hebat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home