Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Thursday, January 26, 2006

ADAM- Ramlee Awang Murshid



My Book Information :

Judul : ADAM

Penulis : Ramlee Awang Murshid

Penerbit Alaf 21 Sdn Bhd

ISBN : 983-124-099-5

Edisi : 2002

Tema : Kehidupan/ Misteri/ Romantik

Mukasurat : 568

Kulit Buku : Lembut

Harga : RM 19.90

Kod : NML0016RAM002LMR

My Rate : ****1/2

Synosis From Back Cover :

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA...
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

My Review :

Hebat! Memang hebat! Buku ini terlalu best-dan penulis ini is one of the kind-Semakin banyak saya membaca novel-novel penulis ini, semakin saya meminati dan respect penulis ini.

Sepanjang saya membaca novel ini, walaupun plot nya sangat berat dan kompleks, tidak pernah saya keliru atau lost. Ini menunjukkan penulis ini mampu menulis plot dan cerita yang sungguh kompleks dengan terlalu banyak subplot- tetapi tetap menjaga 'timeline'. Novel ini adalah contoh terbaik, apa yang pernah saya katakan- logic in itself( walaupun cerita ini hanya khayalan penulis) dan tidak ada kekeliruan 'timeline'. Begini lah contoh penulisan yang ingin menulis sesuatu peristiwa dalam tempoh yang panjang or even flashback- saya tak pernah keliru langsung. Well Done bro.

Pembangunan watak, tak payah cakap lah-very good. Saya berdebar,saya bersimpati,saya menangis, saya ketawa bersama setiap watak-watak ciptaan penulis ini. Saya bangga kerana ada penulis melayu yang boleh membuat novel thriller yang hebat-Sama hebat dengan Sidney Sheldon, Jeffery Archer, Dean Koontz dan ramai lagi penulis novel-novel Inggeris.

Pengetahuan penulis tentang politik di US, tempat-tempat di New York dan Washington DC cukup meyakinkan. Tidak ada apa-apa yang cacat cela, cuma edisi saya ini ada typo error sana sini.

Semua subplot-subplot itu dianyam dengan amat kemas dengan plot utama di pengakhiran cerita- dan saya baru sedar mengapa diwujudkan subplot-subplot itu di awalan cerita- kerana subplot-subplot itu sendiri adalah plot utama!!! very nice stail. Cuma Subplot di Banjaluka, Bosnia- yang saya tak tahu mengapa ia diwujudkan- mungkin untuk menunjukkan bahawa Hilman adalah competent sharpshooter.

Overall, best sangat!!!Bukan tak rugi membelinya tapi rugi sesape yang tak membelinya!!!

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

leh tak saya tahu siapa di sebalik blog ni? email pada saya leh? ad_han@yahoo.com

Wednesday, 08 February, 2006  
Blogger jualbukus said...

salam perkenalan,

saya ainil pembaca dan penilai buku kerana membaca adalah hobi saya

Thursday, 09 February, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Hi ainil, sememangnya komen anda amat menarik. Bagi saya ramlee awang mursyid tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau antara novelis yg betul2 saya kagumi di Malaysia. Kesemua bukunya keluaran Alaf21 dan Utusan Publishing telah saya beli, cuma sedikit kecewa saya tak dapat menjumpai satu karangan beliau yg dikeluarkan oleh Creative Enterprise (tak ingat tajuknya).
Keep up the good works Ramlee Awang Murshid

Monday, 03 July, 2006  
Blogger jualbukus said...

assalamualaikum hanafi-salam perkenalan

buku Ramlee Awang Murshid terbitan CESB, bertajuk anugerah pertama boleh dibeli secara online di cesb.net.my

Wednesday, 05 July, 2006  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum.. seronok sy membaca komen2 kamu semua.. seperti anda, sy pn peminat ramlee awang murshid.. mungkin sy agak terlewat utk memuji hasil tulisan beliau tetapi better late then never kan? walaupn br mengenali beliau, sy sudah pn selesai membaca semua novel alaf21 beliau, sangat best..usaha sy seterusnya untuk mencari n membaca novel2 beliau yg lain. sy semacam addicted dgn hasil tulisan beliau,satu2nya novelis yg menarik minat sy kpd novel2 melayu.harap anda dpt membantu sy dlm mencari hasil2 tulisan terbaru beliau ye :)
wasalam

Friday, 03 November, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum, saya baru aje habiskan 100 muka surat pertama. Setelah membaca blog ni, semakin tak sabar-sabar untuk habiskannya. Apa-apa pun, harap anda boleh ulas lebih banyak novel berbentuk thriller seperti ini. Saya cadangkan anda membaca buku Garis-garis Dejavu, John Norafizan, terbitan Jemari Seni.

Friday, 28 November, 2008  

Post a Comment

<< Home