Mimpi Kita Serupa- Siti Hazneza Abdul Hamid
My Book Information :
Judul : Mimpi Kita Serupa
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-581-6
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan/Romantik
Mukasurat : 353
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 18.90
Kod : NML0011SHAH001LR
My Rate : ***
Synopsis From Back Cover :
Tanpa sedar kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkaan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. mereka sudah cukup dewasa... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata ...
My Review :
Pada pendapat saya, novel ini tidak ada 'kesalahan' apa-apa dari pembangunan watak. Cuma ketika saya membaca novel ini, terlintas di fikiran saya apa kaitan antara first-half dan second half novel ini.Saya rasakan first half of the story adalah subplot manakala second half adalah plot utama. Subplot yang diwujudkan seolah-olah hanyalah untuk menebalkan buku, dan tidak dianyam rapi dengan plot utama.
Ketika membaca buku ini, saya benar-benar berharap akan adanya klimaks di mana-mana lampir mukasurat kerana saya tahu penulis ini is one of the competent novelist. Tetapi saya kecewa kerana cerita ini tidak ada klimaks seperti yang saya harapkan.
Secara keseluruhan novel ini sebenarnya adalah novel yang baik, cuma novel ini akan jadi lebih baik jika diwujudkan satu klimaks. Novel ini saya kira masuk dalam kategori cerita 'berat'. Dan cerita 'berat' selalunya saya mengharapkan ada bahagian klimaksnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home