Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Saturday, January 14, 2006

Kau Tetap Di Hatiku- Jamilah Ahmad

My Book Information :

Judul : Kau Tetap Di Hatiku
Penulis : Jamilah Ahmad
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-620-0
Edisi : 2005
Tema : Romantik
Mukasurat : 414
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM20.90
Kod : NML0012JAAH001R

My Rate : ***1/2

Synopsis From Back Cover :

Apa saja yang kau inginkan... walau sekadar melintas di fikiran, atau singgah sebentar di pojok anganan, aku sedia mengalah, berundur, memberi ruang untuk kau memilikinya. Sesaat pun tidak inginku sakiti hatimu. Walau segaris, walau dengan setitis air mata. Seorang sahabat bukan untuk kukhianati hatinya. Terpelihara dalam genggaman yang kukuh. Undur diri, Rosnah memberi ruang kepada Azie, sahabat yang paling disayangi, merampas kekasih hati. Satu,satu... Rosnah cuba kenang pengorbanan lalu. Lara hati didiamkan. Sakit hati dipendamkan. Rajuk hati dipujuk perlahan-lahan. Namun sengketa jua sudahnya. Dan Azie membawa rajuknya yang panjang dengan membiarkan Rosnah dihimpit duka sendirian. Lelah mengalah, Rosnah kembali menganyam cintanya yang tidak kesampaian... kembali mengintai si jejaka yang pernah hadir dalam mimpi dan jaganya...

My Review :

Novel ini memaparkan jalan cerita yang baik. Awalan yang agak panjang sebelum menyentuh plot utama menyebabkan pembacaan 'lambat panas'. Bab 1-22 lebih banyak berkisar kepada plot sekunder iaitu cerita watak antara Rosnah dan Putri. Kehebatan penulis mula terserlah apabila plot utama mula beraksi antara watak Rosnah dan Azie. Penulis berjaya menyelami dasar suasana dan cerita dengan cemerlang. Penulis turut bermain-main dengan senario cerita yang seakan-akan benar-benar berlaku iaitu kehidupan sebagai seorang jururawat pelatih, nampak 'real' mungkin berdasarkan pengalaman penulis jika tidak pun, penulis membuat homework.

Namun begitu, kesinambungan bab- bab dianyam dengan kemas sehingga kelarai bab awalan ( berkisar plot sekunder) dan bab-bab seterusnya tidak berjurang malahan teranyam rapi. Walaupun hampir-hampir menerjah kebosanan pada bab-bab awal, namun kekuatan dan kemantapan gaya penulisan membuatkan saya 'memberi peluang' dan di bab-bab pertengahan dan akhir terus membangkitkan minat saya untuk menetahui kesudahan cerita. Dan ternyata ianya berbaloi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home