Diari Seorang Guru- S. Hawa
Judul : Diari Seorang Guru
Penulis : S. Hawa
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-000-6
Edisi : 2005
Tema : Kehidupan
Mukasurat : 259
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 11.00
Kod : NML0010SHA0001L
My Rate : ***
Synopsis From Back Cover :
Kisah seorang guru yang mengajar di pendalaman Sabah. Dia mula mengenal erti ketabahan dan cinta. Diarinya menjadi perakan suka dan duka. Ingin kenali guru sebagai insan seni, inilah rahsianya.
My Review :
Satu sebab utama saya membeli buku ini ialah kerana tajuknya. Entah mengapa, saya selalu tertarik dengan novel-novel yang mengisahkan tentang guru. Saya menyukai profession perguruan walaupun saya bukan seorang guru.
Novel ini saya kategorikan sebagai bacaan 'santai'.Novel ini digarap dari diari peribadi seorang guru bernama Cikgu Kameliah.Saya selalu beranggapan bahawa diari sepatutnya melahirkan rasa,jiwa dan pendapat seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku di sekeliling.Tetapi sayang diari Cikgu Kameliah tidak ada rasa,emosi dan jiwa.Seolah-olah catatan repot yang kaku (formal). Apa yang baik tentang novel ini ialah garapan kemas,gaya bahasa mudah sesuai untuk bacaan santai. Malahan sepanjang saya membaca novel ini,at one point, saya sudah dapat mengagak apa kesudahan cerita di hujung novel nanti.Dan ternyata agakan saya tepat!
3 Comments:
Hai Ainil, you pun minat novel ke? Ada sesiapa yang boleh guide saya untuk menjadi penulis yang baik tak?
hi shay,
first of all,saya bukan lah penulis-saya hanyalah pembaca dan penilai sesebuah novel.
jika shay benar-benar ingin menjadi penulis yang baik,shay bolehlah bertanya dengan penulis2 novel di malaysia(terlalu ramai penulis yang berbakat dan mungkin ada yang berbesar hati ingin mengajar shay) dengan melayari blog2 mereka
thank you
saya suka novel ni! sebab ia nipis dan sangat menghiburkan.. hehe bukan senang nak cari novel nipis2 tapi seronok dibaca :)
sure fine whatever
rinn
Post a Comment
<< Home