Koleksi Jual Bukus

Blog ini secara khususnya adalah untuk saya me'review' buku-buku koleksi saya.Novel-novel Melayu dan English.Segala maklumat tentang buku-buku ini turut dipaparkan supaya senang untuk sesiapa yang berminat membeli buku-buku tersebut mencarinya di pasaran.Saya juga berharap agar blog saya ini dapat membantu peminat-peminat buku mendapat maklumat dan idea tentang sesuatu buku sebelum membelinya.

Friday, December 30, 2005

Apakah Definisi Karya yang Baik?

Pada saya, secara amnya, karya yang baik ialah karya yang mampu membuatkan pembaca membaca sesebuah novel tanpa rasa bosan.Karya yang membawa unsur 'logik'. Logik di sini bukan bermaksud cerita fantasi tidak baik, tetapi cerita walau apa tema sekalipun, believable. Make your story believable.Saya pernah membaca satu novel di mana setiap rentetan peristiwa yang berlaku tidak selari dengan peristiwa sebelumnya.Ini sudah membuatkan novel ini jatuh dalam kategori 'tidak logik'.

Kriteria karya yang baik:-

Pada saya,tulislah apa saja tema yang ingin ditulis samada kehidupan,romantik,misteri,fantasi dalam apa saja bentuk-cerita kompleks,santai,remaja tetapi tulislah dengan baik.

1) Karya yang baik ialah karya yang membenarkan peristiwa yang sebelumnya.Konsisten sepanjang novel. Jangap pandang enteng pada 'time line' terutama cerita yang melibatkan 'flash back'. Jadikan karya itu 'kemas' dengan mengambil berat masalah 'time line'. Kepada pembaca sekalian, pernahkah anda membaca satu karya di mana anda keliru dengan 'time line'. cth dialog dalam hati pembaca "eh,ni time bila ni? sekarang ke or zaman flashback? atau "apsal, tak alih-alih dia ni buat benda ni , padahal baru tadi aku baca dia buat benda lain". Kalau pernah, karya itu menghadapi masalah "time line"

2) Jika ada fakta ilmiah(lebih baik),pastikan fakta itu betul,dengan melakukan research melalui pembacaan,interview atau pengalaman sendiri.jangan 'menipu' pembaca. Tulislah fakta ilmiah ni seolah-olah anda tidak 'membebel' pada pembaca dan dalam masa yang sama pembaca mendapat manfaat dari ilmu tersebut. Penulis perlu ingat karya yang dihasilkan ialah karya fiksyen, jika ingin memasukkan fakta ilmiah biarlah dengan cara pembaca tidak terasa bosan. Jika ingin berdakwah dalam karya fiksyen, pastikan anda tidak membosankan pembaca. Gunakan gaya bahasa yang mampu membuatkan pembaca terdetik keinsafan-mungkin anda dapat pahala melalui dakwah tak langsung itu.

3)Gunakan bahasa yang mudah difahami kerana apa ertinya guna bahasa 'hebat' tetapi maksudnya tidak sampai ke pembaca.Percayalah, anda adalah penulis yang hebat jika pembaca faham apa yang ingin anda sampaikan walaupun menggunakan bahasa yang 'simple'. Gaya bahasa berbeza untuk setiap penulis. Tetapi biarlah gunakan gaya bahasa yang 'simple'. Saya cukup 'pantang' jika membaca karya yang terlalu berpuitis dan berbunga-bunga.Percayalah karya yang berpuitis tidak menjadikan karya anda hebat.

4) Jangan terlau panjang menerangkan tentang sesuatu.Ini membuatkan pembaca cepat bosan. Biarlah 'flow' cerita itu laju.

5) Pembangunan watak amat penting,pastikan anda sebagai penulis meluangkan sedikit masa untuk 'berkenalan' dengan setiap watak yang anda cipta sebelum menulis karya anda. Jika anda sendiri tidak 'kenal' dengan watak yang anda cipta masakan pembaca mampu mengenal watak yang anda cipta.Pembaca boleh tahu watak mana yang berkembang iaitu wujud dalam 3 dimensi dan watak mana yang hanya wujud dalam dua dimensi saja(tidak berkembang). Pembangunan sesuatu watak dikira hebat dan berjaya jika pembaca mampu menghayati dilema watak tersebut. Apa yang penting, pembaca peduli tentang watak itu. Pembaca akan gembira,bersimpati,sedih,marah,benci dalam menghayati setiap watak dan jalan cerita. Penulis harus tahu bagaimana 'bermain' dengan emosi pembaca. Jangan terlalu banyak mencipta watak kerana hanya akan mengelirukan pembaca.

6) Perlu ada sedikit moral.Biarlah karya itu karya yang bermoral.

7) Janganlah terlalu taksub untuk menulis buku yang terlalu tebal kerana pada pendapat saya,karya yang mempunyai mukasurat antara 250 sehingga 450 sudah cukup memberi ruang untuk karya itu berkembang. Dan paling maksimum pun sekitar 500. Cukup untuk pembangunan watak, cukup untuk memasukkan unsur ilmiah atau dakwah, cuku untuk describe sesuatu, cukup untuk mengembangkan plot cerita.Kiranya dalam bahasa mudah mukasurat 250 hingga 450 mampu untuk penulis menjadikan karya mereka hebat dengan merencanakan cerita tersebut.Cukup perisa,masam,manis,pahit,pedas.

Secara peribadi, saya kurang menyukai untuk membaca novel tebal kerana ketiadaan masa, secara amnya pembaca membaca kerana hobi dan jika buku terlalu tebal, it loose its drive to attract reader's attention. Kebanyakkan karya yang tebal ni, lebih banyak meleweh-leweh and tend to be repetitive-berulang-ulang. Kecuali jika penulis mampu membuatkan cerita itu hebat,then it's okay seperti karya Warisan- Abdul Talib Hassan yang bermukasurat 800 lebih tetapi karya itu karya yang hebat,tiada ulangan, ada driver untuk menarik perhatian pembaca membaca sehingga akhir. karya Warisan tebal kerana plot yang amat kompleks dan Abdul Talib Hassan amat mengambil berat pembangunan wataknya.

Kepada penulis cerita romantik, sebenarnya anda bersaing dengan begitu ramai penulis yang tumbuh bak cendawan. Anda kena tulis kisah cinta yang tidak 'klise'. Pada saya, oleh kerana novel yang bertema romantik terlalu banyak di pasaran,saya perlu menjadi cerewet sebelum mebeli novel cinta. Apa yang saya harapkan dari novel cinta ialah KELAINAN. Anda kena cari satu plot cerita yang lain dari yang lain,itulah sebenarnya cabaran sebenar sebagai penulis. Tidak kisahlah jika cerita itu kompleks atau santai asalkan kisah cinta itu 'original' dan lain dari yang lain. Cukup membosankan jika membaca novel cinta yang sama sahaja cuma penulis dan nama watak yang berbeza.

Jika perlu masukkan unsur-unsur misteri dan suspens. Unsur misteri tidak bermakna hanya pembunuhan sahaja.Kehidupan realiti itu sendiri sebenarnya bersulam dengan misteri.Jadikan misteri itu satu 'driver' untuk menarik pembaca mengetahui kesudahan cerita anda. cth misteri mengapa Rahman mencintai Julia.Masih lagi kisah cinta tapi ada unsur misteri. Life is just like a puzzle. Life without puzzles is death.

Saya tidak kisah membaca karya dari penulis lelaki mahupun perempuan.Pada saya tidak adil membuat perbandingan secara general.Penulis laki begini penulis perempuan begitu. Pandang seseorang penulis itu secara individual. Abdul Talib Hassan seorang penulis yang mampu bermain dengan emosi walaupun dia seorang lelaki. Penulis yang hebat boleh saja datang dari jantina yang berlainan. Apa yang penting bakat dan kemampuan dan usaha seseorang dalam menghasilkan karya yang hebat

Saya benar-benar berharap agar rak-rak buku di seluruh kedai buku mempunyai 90% karya yang bermutu dari penulis tempatan tak kiralah perempuan atau lelaki.

Pencarian saya dalam mencari karya yang bermutu belum berakhir. Masih ada pengharapan yang bersisa dalam diri saya untuk membaca karya-karya anak Malaysia(terutama Melayu) yang bermutu dan mempunyai 'jiwa' yang mampu menjentik rasa.

Teruskan lah berkarya!!!

Cheerio

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

well said, cuma aku kurreeng setuju dgn para no.3 pasal bahasa berbunga tu, aku pun mmg tak suka bhs yg terrlalu puitis berrbunga tk kena tempat, apa lagi yg tk realistik tu. Tapi adakalanya, some penulis mmg bisa membuai perasaan dgn kata2 puitis dan berbunga tu.

dan para no.4 tu, bg aku tu style masing2, tp bagi yg tak de magnetic power tu mmg membosankan membaca citer yg meleret2 ni, at the end pembaca jadi letih dan sebal

anyway, penulis yg kreatif tak perlu guideline panjang lebar ni

Monday, 09 January, 2006  
Blogger jualbukus said...

ya, saya setuju ngan awak nyer komen pasal para no. 3.mungkin salah saya tak menerangkan dgn baik.maksud saya dlm para. 3 tu ialah penulis yang even dialog antara dua manusia pun masih gunakan bahasa berbunga.lainlah kalau description tentang sesuatu tempat,situasi,perkara-boleh lah gunakan bahasa yang berpuitis.saya pernah membaca satu buku-dialog antara dua sahabat perempuan-penulis menggunakan bahasa yang berbunga dan puitis-this does not reflect the reality-mana ada dua sahabat berborak guna bahasa puitis.

setuju ngan komen awak yang lain-penulis yang baik tak perlu apa2 guideline pun kecuali plan untuk plot dan jaga sikit2 tatabahasa-dan yang paling penting pandai tarik pembaca.

cuma kriteria yang saya tulis tu hanyalah untuk pembaca menilai seseorang penulis dan penulis tahu kriteria yang 'kebanyakan' orang suka.

thank you for the comment

Thursday, 12 January, 2006  

Post a Comment

<< Home