Maafkanlah Aku...-Zaharah Muhammad
Judul : Maafkanlah Aku...
Penulis : Zaharah Muhammad
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-558-1
Edisi : 2004
Tema : Kehidupan/Romantik
Mukasurat : 416
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 20.90
Kod : NML0004ZAMU001LR
My Rate : ***1/2
Synopsis From Back Cover :
Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya satu, satu, gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu... berkejar di batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya... pertemuan telah tiada lagi makna... Namun kasih sayang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa...
My Review :
Sebelum saya meneruskan komen saya tentang novel ini,ingin saya nyatakan bahawa novel ini saya anggap cukup istimewa dan yang pasti saya akan membuka buku ini semula di masa akan datang untuk menghayati beberapa bahagian dalam novel ini yang saya kira amat baik untuk jadi panduan hidup kerana selari dengan ajaran Islam.Novel ini banyak 'mempromosikan' fitrah manusia dengan Khaliknya,akidah muslim dan muslimat yang sepatutnya diikuti dan cara terbaik menangani masalah yang melanda hidup manusia iaitu dekat dengan Allah.
Jarang penulis yang berani membawa persoalan ini dalam novel mereka.Watak utama dalam novel ini ialah Sufi,seorang wanita yang cuba menangani setiap masalah dan persoalan dengan berlandaskan ajaran Allah lantas dia menjadi manusia yang sentiasa mudah sedar di atas setiap kesilapannya.Plot cerita yang kompleks tetapi cara olahan dan garapan penulis ini kurang kemas.Maksud kurang kemas di sini ialah saya susah nak bezakan di antara 'flashback' dan peristiwa yang berlaku sekarang.Sepatutnya penulis memberitahu penulis dengan menulis '3 bulan yang lalu...' sebagai contoh ataupun gunakan perenggan yang terpisah.Ganti nama diri yang tidak konsisten,sekejap penulis menggunakan 'aku' sekejap 'Sufi' mengacau sedikit 'mood' saya untuk meneruskan pembacaan.
Benar,novel ini mempunyai plot yang kompleks tetapi diselamatkan dengan gaya bahasa yang 'simple'.Oleh itu maksud yang ingin disampaikan oleh penulis dapat difahami pembaca.Ada beberapa perkara yang kabur seperti pembangunan watak yang tidak seimbang.Beberapa watak dalam cerita ini dibangunkan dengan cukup baik tetapi ada watak yang tidak dibangunkan seperti watak Badrul Hisyam.Lebih baik wataknya ditiadakan langsung.Persoalan mengapa dua pasang kembar saling dipisahkan sejak lahir.Atas alasan apa kedua-dua keluarga menukar pasangan kembar masing-masing?Watak Tuk Ngah yang dibangunkan untuk mencerita kisah silam tidak memberitahu alasannya.
Subplot dalam cerita ini disulam kemas dengan plot utama jadi tidak nampak janggal.Cuma satu persoalan saya,jika lelaki A dan lelaki B adik beradik,bolehkah anak lelaki A dan anak lelaki B berkahwin?Setahu saya Islam mengharamkan perkahwinan ini kerana pertalian darah yang amat kuat.Saya hairan mengapa penulis yang mempromosikan Islam tidak mengupas isu ini tetapi secara tak langsung melalui penulisannya seolah-olah 'menghalalkan perkahwinan ini.
2 Comments:
Walaupun lelaki A dan lelaki B adik beradik. Anak-anak mereka tetap sepupu. Mereka blh berkahwin tetapi tidak digalakkan bukan haram berkahwin. Mereka bukan muhrim.
komen bukan main berjela...tapi perkara yg simple macam kawin antara sepupu pun tak tau..apa la beb haram..takder dalam hadis or al-quran pun kata haram...cuma tak digalakkan jer atas alasan tertentu..lain kali hukum jangan main hentam kromo jerk...faham betul2..apa la..
Post a Comment
<< Home