Ego-Abdul Rahim Awang
My Book Information :
Judul : Ego
Penulis : Abdul Rahim Awang
Penerbit : Creative Enteprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-578-6
Edisi : 2004
Tema : Misteri/Detektif
Mukasurat : 467
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 22.90
Kod : NML0001ARA001MD
My Rate : ****
Synopsis From Back Cover :
Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran yang ada waktu-waktunya menggegarkan hati dan emosi. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan... menyalah anggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina mangsa terakhirnya...
My Review :
Saya sudah lama meminati karya Abdul Rahim Awang malahan saya ada semua koleksi buku-bukunya kecuali buku pertamanya iaitu Konspirasi.Saya membeli buku ini pada tahun lepas ie 2004 tetapi baru berkesempatan membacanya pada bulan November 2005.
Sebelum membacanya,saya ramalkan buku ini setanding dengan karya2 Abdul Rahim Awang yang lain seperti Konspirasi,Saka,Obsesi,Verdict dan Zamrud.Ya,buku ini tiada bezanya dari genre misteri,suspens dan detektif yang pernah ditulis olehnya dan dia masih lagi ber'bisa' dalam menulis genre ini.Bahasa dan gaya penulisan yang digunakan tidak 'pretentious' membuatkan novel ini mudah dan laju untuk dibaca.
Novel ini mengisahkan sekumpulan sahabat sejak dari universiti bersahabat baik sehingga ke alam pekerjaan.Tetapi satu demi satu sahabat dalam kumpulan ini mati dan adakah setiap kematian itu saling berkait rapat antara satu sama lain.'Along the way' untuk mengetahui pembunuh mereka,konflik demi konflik terjadi.
Secara keseluruhannya, buku ini membuatkan saya ingin mengetahui kesudahan cerita kerana olahan cerita yang simple dan suspens.Kepada sesiapa yang meminati buku detektif dan peminat setia karya Abdul Rahim Awang,semestinya buku ini boleh dijadikan koleksi peribadi anda.

3 Comments:
ni buku first yg saya bc dr Abdul Rahim Awang. susah sgt nakk cr penulis lelaki yg baik sekarang. but he really damn very good. buku2 dia wat saya tergamam.. mana nak cr buku2 lama dia yer, mcm verdict??
Di shah alam, Creative Entreprise ada lelong barangan lama mereka. Novel Konspirasi saya baca zaman remaja dulu, dibeli semula di tempat lelongan tersebut. BEST oh ya verdict juga terdapat di sana. Harga buku tersebut 2 ringgit untuk satu unit.
Berhampiran Giant Shah Alam seksyen 13 ada bazaar malam tempat menjual karpet.
salam.nak jual tak buku used novel OBSESI tu?TQ
email:kellyna84@yahoo.com
Post a Comment
<< Home